Assalamualaikum & salam sejahtera
Roti Arab ni cheq sue buat di kampung, Sabtu lepas. Memang dah lama nak try kebetulan pulak haritu ada sikit makan-makan. Kali ni memang dapat hasil yang sungguh membanggakan. Rasa2 memang dah jadi dah roti arab ni. dengan kembangnya, dengan gebu dan lembutnya memang sedaplah walaupun hanya dimakan dengan kauh kacang. Kalau makan dengan kuah kari ke gulai ke agaknya lagi sedap!
Resepi ni cheq sue ambil dari dapur Kak Sofea. Masa tengok tu alahai memang gebu lah roti arab dia...cheq sue dah pernah buat dulu, ala2 roti arab jugak tapi namanya roti puri, hasilnya tidak sesukses yang ini. Makcik sebelah rumah chek sue siap mintak lagi tau resepi ni...
Yang cheq sue buat ni sebenarnya idok le secantik kak sofea tu...kalau tgk dia buat aduhhhh smooth aje licin macam pakai SKII...yang cheq sue ni pulak huh...xleh nak banding la.. Nasib baik la rasanya buleh cover bentuk yang tak menawan tu... :) Kalau ada sape yang nak cuba. linknya ada di bawah ya. Kat MyR dah ada diuplodkan...jenguk2 la... Wassalam...
ROTI ARAB
Sumber : Kak Sofea@after6am
BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.
Cara-cara :
Penyediaan yis (bahan A):
masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
Tepung gandum + gula + garam + marjerin , gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2. Uli hingga jadi doh.
Doh harus lah lembut dari doh roti canai. Tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. Tak mengapa jika adunan melekat ditangan, jgn tambah tepung.
Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Buat bulat2.
Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sendiri lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
Bila selesai semuanya bolehlah digoreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
Alih2 kan roti dan masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap utk dihidang.
Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging...SELAMAT MENCUBA..!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar