Rabu, 31 Agustus 2011

PERJUANGAN DALAM KESEMPITAN: CERITA DALAM CERITA PENTAS OPERA

TEKANAN oleh pemegang kuasa yang memerintah Tanah Melayu menyebabkan anak-anak wayang berada dalam kesempitan. Mereka mahu berkarya. Mereka mahu melestarikan seni bangsawan agar terus gah tidak tergugah. Akan tetapi, pendudukan Jepun dan kembalinya semula pemerintahan British menyebabkan anak-anak wayang perlu tunduk kepada kuasa yang berada di Tanah Melayu demi keselamatan dan kelangsungan hidup.


Seri Nilam Opera ialah produksi bangsawan yang sangat terkenal. Syekh Abdul Kadeer sebagai pemilik pentas opera ini telah menerbitkan pementasan berjudul "Inggeris Iblis" atas permintaan dan desakan pegawai Jepun. Demi melebarkan slogan 'keamanan' yang dibawa Jepun ke Malaya, masyarakat ketika itu disogokkan dengan kekejaman yang dilakukan British. Pentas Opera ini dimulakan dengan adegan akhir dalam babak pementasan "Inggeris Iblis" yang dilakonkan oleh anak-anak wayang Seri Nilam Opera. Adegan ini memperlihatkan Aminah iaitu watak yang dipegang oleh seri panggung Rubiah @ Ruby Soeparno hampir diperkosa oleh pegawai Inggeris. Kemunculan orang muda yang dipegang oleh Nasruddin Syah dengan watak Hassan akhirnya menyelamatkan Aminah daripada dicabul kehormatannya oleh Inggeris durjana. Mesej kedurjanaan Inggeris disampaikan melalui watak Hassan pada akhir pementasan berkenaan seperti berikut :



HASSAN : Ya, sesungguhnya mereka adalah iblis yang bertopengkan manusia! Tetapi usahlah Aminah khuatirkan lagi, kerana Inggeris akan tewas dan kita akan hidup dengan lebih selamat, aman dan makmur, di dalam sebuah negeri baru di bawah pemerintahan Nippon yang perkasa! (mengeluarkan sehelai bendera Jepun dan menjulangnya ke atas) Hidup Nippon! (1989:4-5).








Seri Nilam Opera nyata menjadi alat Jepun untuk menyebarkan dakyah mereka. Inggeris diberikan watak hitam dan Jepun memegang watak putih yang membawa segala kebaikan untuk Tanah Melayu. Konflik drama ini bermula apabila Ruby selaku seri panggung telah disunting oleh Raja Abdul Muluk dan dibawa ke istana hinggap di Kuala Lumpur. Keputusan Ruby untuk pergi telah memberi implikasi besar terhadap sikap dan pemikiran Nasruddin Syah yang mencintai Rubiah Soeparno. Kehilangan seri panggung menyebabkan Seri Nilam Opera gagal beroperasi. Hal ini kerana seri panggung dan orang muda ialah nadi yang menggerakkan sesebuah pementasan dan menjadi tarikan utama penonton.


Setelah Ruby pergi, Seri Nilam Opera tidak beroperasi hampir sebulan. Anak-anak wayang yang terdiri daripada Dolah Pacak, Osman Bombay, Abdul Ghaffur Ifrit, Juliah, Khatijah dan Tuminah semakin buntu akan nasib mereka. Apatah lagi setelah Syekh Abdul Kadeer pulang ke Pulau Pinang dengan harapan untuk mencari seri panggung yang baharu. Walau bagaimanapun, Juliah dan Khatijah nekad menjadi penari joget di Lucky World demi menyara hidup mereka. Bagi dua watak wanita ini yang nyata bertentangan pegangan hidup dengan Tuminah beranggapan tidak salah melayan lelaki berhibur asalkan mereka mendapat cara untuk menyara hidup mereka.


Anak-anak wayang ini sedar bahawa mereka tidak punya daya untuk melawan Jepun. Kekejaman Jepun menggentarkan mereka. Mereka sedar bahawa mereka menjadi alat Jepun dalam menipu rakyat Tanah Melayu sendiri. Jauh di sudut hati, mereka amat rindu untuk mengembalikan kegemilangan bangsawan yang sebenar dan melestarikan seni yang mendarah daging di dalam diri mereka.



Setelah Syekh Abdul Kadeer pulang ke Pulau Pinang, Nasruddin Syah pula ditahan oleh pegawai Inggeris sebaik-baik Jepun kalah dan menyerah diri. British Military Adminstration telah menguasai Tanah Melayu. Nasruddin ditahan kerana menjadi pengarah (program meester) kepada pementasan "Inggeris Iblis" ketika pendudukan Jepun. Apabila Syekh Abdul Kadeer pulang semula ke Seri Nilam Opera bersama Siti Zaleha iaitu seri panggung baharu, Nasruddin yang dibebaskan oleh bapa saudaranya itu pula mengambil keputusan untuk meninggalkan Seri Nilam Opera dan berhijrah untuk berlakon filem di Singapura. Hakikatnya, pemergian Nasruddin adalah kerana kekecewaan tidak berbelah bahagi terhadap Ruby dan dendamnya terhadap Abdul Kadeer yang memberi izin Ruby pergi bersama Raja Abdul Muluk sekali gus menjadi 'Mak Engku".



Pemergian Nasruddin tambah membuntukan keluarga Seri Nilam Opera. Syekh Abdul Kadeer yang berperwatakan lemah akhirnya tekad untuk menjual Seri Nilam Opera. Tekad berkenaan dilakukan atas dasar dirinya sebagai ahli perniagaan yang melihat keuntungan mengatasi perjuangan anak-anak wayang seperti Dolah Pacak, Osman Bombay, Tuminah dan Abdul Ghaffur. Anak-anak wayang ini tidak sanggup Seri Nilam Opera dijual kepada orang yang tidak bijak menghargai seni bangsawan. Hal ini membuatkan mereka tekad untuk membeli Seri Nilam Opera dengan memohon diberikan masa seminggu oleh Syekh Abdul Kadeer :


OSMAN BOMBAY : Jikalau sudah begitu pendapat kawan-kawan semua, bermakna kita bersetuju untuk mencari wang bagi membeli Seri Nilam Opera ini. Bagaimanapun, Tuan Syekh, kami perlu meminta tangguh dalam sedikit masa, kerana kami perlu juga mendapatkan perjumpaan di antara kami, dan seterusnya untuk mencari wang yang diperlukan (1989:66).


Anak-anak wayang ini akhirnya berjaya mendapat bantuan Ruby Soeparno yang bersetuju untuk membeli Seri Nilam Opera atas dasar cinta dan sayangnya akan seni bangsawan. Ruby tidak sanggup melihat Seri Nilam Opera diambil alih oleh orang yang tidak tahu akan besarnya nilai bangsawan. Dalam masa yang sama, Ruby berhasrat untuk memajukan Seri Nilam Opera bersama-sama rakan-rakannya Osman Bombay, Dolah Pacak, Tuminah, Khatijah dan Juliah.


Tidak lama selepas Seri Nilam Opera berpindah hak milik, Nasruddin Syah kembali setelah berasa kecewa dengan kehidupan sebagai pelakon yang tidak memberi kepuasan penuh seperti yang dialami ketika bergelar anak wayang bangsawan. Nasruddin akhirnya semakin tenang dan menerima kenyataan bahawa Ruby Soeparno bukanlah jodohnya dan berusaha menjalin hubungan baik dengan seri panggungnya yang baharu iaitu Siti Zaleha.


Drama ini membawa konsep cerita di dalam cerita. Khalayak pembaca naskhah yang memenangi Hadiah Kedua ESSO-GAPENA 11 (1988/1989) ini dapat menikmati susur galur kehidupan anak bangsawan, dilema dan konflik yang dialami melalui olahan Zakaria Ariffin dalam Pentas Opera. Penggunaan pentas dan belakang pentas Seri Nilam Opera sebagai satu-satunya latar dalam karya ini memberi ruang untuk khalayak menjadi lebih dekat dalam permasalahan yang dialami watak dan cerita dalam menyelamatkan seni bangsawan dan tekanan yang dihadapi akibat silih gantinya pendudukan Jepun kepada pemerintahan British semula.


Watak Jin Boragas dalam pementasan Indera Bangsawan (adegan akhir pementasan Indera Bangsawan oleh Seri Nilam Opera pascakedatangan British) menyaksikan satu tanda bahawa Inggeris dan Malayan Union itu perlu ditentang dan tidak sewajarnya mendapat tempat untuk mendirikan peraturan dan penjajahan mereka buat selama-lamanya di Tanah Melayu. Pengarang memberikan warna bendera Union Jack pada tubuh Jin Boragas yang ditikam Indera Bangsawan bagi mempertahankan dan menyelamatkanTuan Puteri sebagai perjuangan bangsa Melayu (Indera Bangsawan) menewaskan Inggeris/penjajah (Jin Boragas) demi Tanah Melayu (Tuan Puteri) :


INDERA BANGSAWAN : Akulah Indera Bangsawan, putera perkasa dari negeri Indera Kayangan. Aku datang ke mari kerana mahu membebaskan Tuan Puteri ini daripada menjadi mangsa nafsu buas engkau, jin yang tidak berhati perut!


JIN BORAGAS : Hah ... hah ... hah ...! Umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang, sudah berani mencabar aku? Hah ... hah ... hah ...!



INDERA BANGSAWAN : Cis! Besar jangan disangka ayah, kecil jangan disangka anak ... Sekarang terimalah habuan engkau ... nah! (Menikam Jin Boragas, tetapi Jin Boragas sempat mengelak dan menolak Indera Bangsawn hingga terjatuh)


Indera Bangsawan bangun dan menikam lagi. Berlakulah satu pertempuran yang amat hebat. Setelah beberapa lama beradu kekuatan, akhirnya Indera Bangsawan dapat membunuh Jin Boragas. Indera Bangsawan lalu membuka tali yang mengikat Tuan Puteri.


Dalam masa yang sama, Zakaria Ariffin mengangkat wanita melalui karya ini dengan kewujudan watak Rubiah Soeparno. Meskipun watak ini hanya muncul dalam beberapa adegan, namun keperibadiannya yang sanggup berkorban demi mempertahankan Seri Nilam Opera ialah simbol perjuangan dalam mempertahankan kesinambungan bangsawan ketika diancam zaman pendudukan Jepun. Persoalan mengenai sikap dan mentaliti masyarakat Melayu ketika itu diterjemahkan pengarang melalui kekalutan watak Osman Bombay dan Dolah Pacak.



Dalam pada itu, kebejatan sosial yang melatari orang Melayu ketika itu lantaran desakan hidup dilontarkan melalui peribadi dua wanita yang sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan dirinya beroleh faedah iaitu watak Khatijah dan Juliah. Selain itu, sikap mudah putus asa dan hilang semangat untuk berdaya saing dipertontonkan menerusi watak Syekh Abdul Kadeer. Natijah sikap pemilik opera ini bukan sahaja mencetuskan masalah kepada dirinya malah membabitkan pekerja di opera itu sendiri. Intihanya, Pentas Opera ialah cerita yang membawa cerita di dalamnya. Persoalan perasaan, kehidupan, konflik dan pengorbanan disatukan dalam adunan menampilkan sejarah kehidupan manusia zaman prakemerdekaan untuk dihayat masyarakat kini.

Selasa, 30 Agustus 2011

Kehebatan Arkitekture Zaman Purba





Sebelum ini kita ada membincangkan tentang kehebatan binaan Newgrange yang tidak mungkin dibina oleh manusia yang tinggal didalam gua. Kali ini, saya akan berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan dengan binaan stonehenge.

Kalau kita melihat gambar binaan itu sendiri, kita pasti tidak akan dapat mengagak apakah kelebihan yang terletak pada binaan blok-blok tersebut. Kita mungkin akan berfikir ia hanya dibuat hanya suka-suka tanpa sebarang motif. Entri selepas ini akan menerangkan tentang kejaiban monumen tersebut.

Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki) dan berat purata 25 tan. Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.

Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih kurang 380 kilometer (240 batu). Jika kita berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri?


Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan kayu.

Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Sekarang apa yang anda fikir? Mungkinkah terdapat bantuan dari makhluk asing? Atau dengan menggunakan kecanggihan teknologi mereka semata-mata? Adakah anda akan berfikir bahawa zaman dahulu adalah primitif? So now, think again!
 
 

Keunikan Hotel Kapsul di Jepun

Ya, Jepun masih lagi ditangga pertama untuk keunikan mereka dan ini adalah salah satu daripada keunikan mereka. Hotel kapsul adalah merupakan hotel yang menyediakan bilik berbentuk kapsul untuk para pelanggannya. Ya, kapsul! Setiap satu kapsul itu merupakan satu ruang yang besar sedikit dari keranda, sesuai  hanya untuk SEOrang pelanggan dalam satu-satu masa. Sesetengah kapsul tersebut dilengkapi dengan TV, WIFI, cermin muka dan jam loceng bergantung kepada harga yang ditawarkan. Setiap kapsul dibina rapat dan disusun seperti batu bata bagi menjimatkan ruang dan seterusnya boleh menyediakan lebih banyak ruang kapsul. Setiap kapsul juga dikunci dengan pintu ataupun dengan hanya langsir dan tandas pada kebiasaannya dikongsi. Harganya pula sememangnya agak 'berbaloi dan lebih murah' dari hotel biasa dengan setiap satu kapsul boleh mencecah 2500 - 4000 Yen (RM 89 - RM 149, jika di Malaysia harga ini adalah bertaraf 3 bintang ke atas. Well you know, Japan

Kegunaan hotel sebegini sangat popular dikalangan pekerja jepun yang sememangnya sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk pulang ke rumah, jadi mereka menyewa kapsul ini supaya mereka mudah untuk ke tempat kerja. Yeah, walaupun ramai dari orang mereka yang pelik-pelik, tetapi mereka berusaha keras untuk menjadi yang paling pelik di kalangan orang pelik. That's why their country far more superior than us! Dan kapsul ini juga terkenal dikalangan mereka yang kaki mabuk minum sake sampai ke pagi untuk menumpang seketika serta menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong atau pengembara bajet. Satu lagi, kapsul ini tidak sesuai untuk pasangan yang ingin bersenggama, harap maklum.













Misteri Kemenyan City



Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

Salam Lebaran Dari Cheq Sue

Assalamualaikum & salam sejahtera


Di kesempatan yang ada ni... Cheq Sue ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & SALAM LEBARAN  kepada semua teman blogger yang banyak mengisi suka duka dan cerita ceriti dengan Cheq Sue sepanjang 5 bulan aktif berblog ni.

Walaupun kita hanya bersapa-sapa di alam maya, Cheq Sue sesangat menghargai persahabatan kita. Harapnya semoga ikatan ukhuwwah ini akan berkekalan selamanya. Jika ada silap dan salah, ada terkasar bahasa terpesong makna Cheq Sue pohon seribu kemaafan semoga tiada yang terkesan di hati. Sebagai insan biasa Cheq Sue pasti tak pernah terlepas dari segala dugaan ini...

Kepada yang ingin balik kampung tu, jangan lupa berhati2 di jalan raya, pastikan segalanya telah diperiksa. Cheq Sue doakan semoga kita semua akan selamat beraya bersama keluarga masing-masing.. InsyaAllah

Untuk kawan2 semua, sudi2kanlah mengambil kad raya yang tidak sepertinya ini... Jangan segan2 menggantungnya di rumah masing2 ya... Walaupun tak setanding dengan yang lain, ini adalah hasil kerastangan Cheq Sue sendiri mengodek2 kat photoshop... Next raya kita bikin cantik2 lagi ya!!!



DILEMA PERAWAN TUA DALAM CINTA SUCI ZAHRANA

TIDAK ADA WANITA NORMAL yang tidak punya rasa untuk berumah tangga dengan sengaja. Tidak ada wanita normal yang enggan mengandungkan janin daripada benih suami tercinta di dalam rahim yang dimilikinya dengan sengaja. Tidak ada wanita normal yang menolak untuk menjadi makmum saban solat jemaah berimamkan suami yang menikahinya atas dasar cinta dan amanah daripada Allah dengan sengaja.


Menjadi seorang wanita berkerjaya, berprestasi, bereputasi tinggi, mempunyai pendidikan dan kecemerlangan yang bergemerlapan tetapi melewati usia tanpa teman yang halal dalam melayari bahtera perkahwinan bukanlah mudah. Zahrana berusia 34 tahun, pada usia itu wanita dari tanah Jawa itu diamuk tekanan masyarakat khususnya ibu bapa sendiri untuk melihat Zahrana bernikah, mempunyai suami dan cahaya mata penyejuk hati.


Zahrana, wanita bercita-cita tinggi mendapat penghargaan antarabangsa sebagai arkitek ulung dari Universiti Tsinghua, Beijing namun hatinya resah apabila mendapat sambutan dingin daripada ibu dan bapa sendiri. Habiburrahman El Shirazy memulakan novel terbaharu yang terbit pada Mei 2011 berjudul Cinta Suci Zahrana ini dengan pertanyaan demi pertanyaan Zahrana terhadap dirinya sendiri sewaktu dalam penerbangan menuju Beijing untuk menerima anugerah berkenaan. Dewi Zahrana tertanya-tanya, berkonflik dalam diri akan sebab ibu dan bapa menghantarnya terbang ke Negara Tembok Besar dengan dingin.














Lina, sahabat baik sejak dari SMA dihubungi agar menemui ibu bapa Zahrana seraya menggali rahsia dinginnya mereka terhadap Zahrana. Melalui Lina, Zahrana mendapat tahu akan kecewanya Pak Munajat dan Bu Nuriyah terhadap dirinya. Ya, Zahrana seharusnya cukup membanggakan ibu dan bapa apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa, bakal melanjutkan S-3 dan tulisan-tulisan Zahrana termuat dalam jurnal-jurnal antarabangsa dunia reka bina. Namun, segala pengiktirafan dan kecemerlangan Zahrana tidak mampu menandingi harapan dan impian Pak Munajat serta Bu Nuriyah yang kepingin Zahrana mengakhiri dunia sendirinya dengan pernikahan. Zahrana dilabel sebagai 'anak perawan tua'. Sesetengah jiran mula berkata tentang Zahrana yang sukar menemui jodoh pada usia sebegitu. Mengenangkan pendapat pakar perubatan akan kesukaran mendapatkan zuriat pada usia wanita lewat 30-an tambah merisaukan Pak Munajat dan Bu Nuriyah. Mereka khuatir andai keturunan mereka tidak bersambung gara-gara liatnya Zahrana menemui jodohnya.


Namun demikian, Zahrana tidak pernah membenci cinta dan menguburkan impian untuk berumah tangga. Zahrana berusaha keras untuk mencapai puncak kejayaannya dalam pelajaran dan kerjayanya. Zahrana terlalu fokus pada matlamat dan impiannya. Walau bagaimanapun, Zahrana tetap punya keinginan dan kerisauan memandangkan diri yang belum berpunya. Dia berusaha untuk mencari jodohnya tetapi dengan cara yang begitu berhati-hati. Wanita kental ini tidak mahu perkahwinannya berantakan di kemudian hari, mendapat suami yang hanya menyakitkan hati atau menzalimi dirinya sendiri. Zahrana bertahan lama hidup dengan tohmahan 'anak perawan tua' kerana mengejar jodoh terbaik buatnya.


Pak Sukarman, Dekan Fakultas Teknik di Universiti Mangunkarsa berusia lewat 50-an berusaha mendapatkan Zahrana. Kejelitaan, kebijaksanaan dan penghargaan yang diperoleh Zahrana menjadikan dia begitu tergila-gilakan pensyarah muda berkenaan. Zahrana yang mengetahui sikap mata keranjang dan kebejatan moral Pak Sukarman telah menolak lamarannya. Penolakan lamaran membuatkan Zahrana diancam sehingga menarik diri dari kerjayanya di universiti berkenaan. Dendam Pak Sukarman yang menganggap dirinya besar, terhormat dan tidak wajar setelah ditolak lamarannya oleh Zahrana mengatur strategi agar Zahrana kekal sebagai perawan tua.


Setelah menarik diri dari Universitas Mangunkarsa, Zahrana berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pesantren. Di pesantren, Zahrana tekad memenuhi impian Pak Munajat dan Bu Nuriyah dengan memohon bantuan kiyai melalui Ummi Saadah agar mencarikan calon suami yang soleh dan bertakwa untuk dirinya. Status, pelajaran dan kewangan tidak diutamakan Zahrana bagi calon suami, yang dipentingkan ialah ketakwaan dan keimanan bakal suami bagi mendidik diri dan anak-anaknya nanti. Pak Sukarman yang mendapat tahu Zahrana bakal menikahi Rahmad (penjual keropok yang soleh) mengatur strategi membunuh Rahmad pada hari pernikahannya dengan Zahrana.


Selain kematian Rahmad, Zahrana juga diterjah duka lantaran kematian Pak Munajat yang diserang sakit jantung pada hari yang sama. Zahrana semakin buntu. Pertemuan tidak diduga dengan Bu Zulaika, iaitu bonda kepada Hassan yang menjadi anak didiknya di universiti memberikan laluan baharu. Hassan yang menyambung pelajaran peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia memohon agar Bu Zulaika meminang Zahrana untuk dirinya. Jarak usia empat tahun dan kedudukan Hassan sebagai mantan muridnya membuatkan Zahrana terpinga-pinga seketika. Namun pada akhirnya, Zahrana menerima lamaran dan pada hari yang sama menuntut agar dia dan Hassan dinikahkan pada malam kedua Ramadan di masjid berdekatan rumah Zahrana.


Pengakhirnya cerita ini bagi saya agak mengejut dan terlalu tergesa-gesa. Kewajaran Zahrana menerima lamaran Hassan memberikan satu impak yang kurang mendalam dan boleh dipertikaikan. Barangkali pengarang menyimpan hikmah yang tersendiri. Akhir karya ini juga mengabaikan Bu Nuriyah selepas pernikahan Zahrana dan kematian Pak Munajat kerana pengarang 'membawa' Zahrana dan Hassan ke Fudan tanpa Bu Nuriyah.


Namun demikian, karya ini berdiri teguh atas konflik emosi Zahrana yang menjadi fokus pengarang. Kejayaan dan kecemerlangan akademik namun kekurangan nilai tambah sebagai seorang wanita ditelusuri dengan berhati-hati. Seorang wanita yang tegas, mahukan kejayaan namun cukup prihatin dalam mencari calon suami yang penuh keimanan untuk jaminan masa depan. Cinta Suci Zahrana membawa khalayak menelusuri liku jiwa pengembaraan seorang wanita 'perawan tua' mendepani kehidupannya yang sering dipandang negatif oleh kebanyakan masyarakat. Tegasnya, seorang wanita tidak pernah merancang dengan sengaja untuk melewatkan hari bergelar isteri.

Senin, 29 Agustus 2011

Keajaiban molekul Air Apabila Dibaca Dengan Ayat Suci

Adakah anda berfikir bahawa hanya manusia saja yang boleh menunjukan perasaan? Korang tahu tak sebenarnya air juga mempunyai perasaan.




jawapannya, ia air mempunyai perasaan dimana Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.




Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.

Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan apabila dibacakan doa bentuknya akan menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.




Gambar molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa

Oleh itu, kita telah disarankan supaya membaca doa sebelum meminum air. Kerana denga begitu ekspresi air akan berubah menjadi indah dan pastinya makan lebih membaka kebaikan kepada kita yang meminumnya.




Ketika dibacakan doa




ketika dibacakan Ayat suci




Ketika dimainkan music symphony Mozard, Kristal muncul berbentuk bunga




Apabila dimainkan music metal...molekul tersebut pecah




Saat disebutkan 'war' kepada kristal air ( sebelah kiri), maka bentuk kristal 'peace' (kanan) pecah.




Setelah itu ditunjukkan pula kata " Malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan apabila ditunjukan kata " Syaitan"' kristal terbentuk buruk dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).

Subhanallah....
Kalau anda sakit perut cuba anda bacakan ayat suci dan dengan niat minum...insyallah kesakitan perut tersebut akan berkurangan