Senin, 03 Oktober 2011

Misteri Ukiran Angkasawan di Dinding Katedral

Bangunan Cathedral di Sepanyol yang dibina oleh Episcope de Salamanca pada tahun 1102 SM, terdapat satu misteri dimana terdapat satu ukiran angkasawan pada dinding bangunan tersebut. Namun pada tahun 1992 bangunan ini telah diubahsuai untuk menambah beberapa tambahan motif moden dan pembina pada masa itu ialah Jeronimo Garcia yang memilih seorang angkasawan sebagai simbol abad kedua puluh.
 
 
 
sumber :  http://klik-aje.blogspot.com/


Minggu, 02 Oktober 2011

Cendol Oh Cendol

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apa khabar semua hari ni? Apa? Monday Blues? He he he...nampaknya tak cukup ya dua hari bercuti. Takpe, keje 5 hari je pastu kita cuti pulak. Dengar2 orang gomen nak dapat bonus 7 Oktober ni betul ke? Kalau betul segar sikit 'kita-kita' ni....

Berbalik pada cerita cendol ni pulak... Kalau lepas ni terasa nak makan cendol tu xyah dah oder dari kampung, atau berkirim pada sesape yang nak ke Gua Musang. Boleh dapat dari dapur sendiri you! Tak sedar rupa2nya memang teramat mudah proses membuatnya. Sebelum ni memang dah skodeng dah beberapa resepi tapi belum rasa nak cuba. Kebetulan hari Sabtu lepas ada banyak stok pisang, terfikir untuk cuba buat cendol ni, boleh di makan dengan sira pisang.

Memanglah hasil pertama kali ni banyak yang x memenuhi selera. Nama pun 1st time...bila dah buat baru la belajar. Cheq sue menggantikan tepung beras tu dengan tepung jagung. Suke je nak oter resepi orang... :) Memang la ada yagng patah2 sikit, tapi xpelah. Air pulak cheq sue tak guna air pandan sebab macam sayang je nak amek pandan yang baru nak tumbuh belakang rumah tu. Nanti kendian nak guna air pandan pulak...mesti lagi sedap rasanya. Tapi satu yang cheq sue suka pasal resepi ni, hasilnya tu tak dapat banyak sangat, senang nak habiskan. Kalau dapat banyak2 ni mula la pening nak pikir...nak memuding la menalam la nak habiskannya. Jadi kalau sape2 yang nak belajar buat cendol tu bolehlah guna resepi ni ya... Wassalam...


CENDOL
Sumber : Siti Mariam @ MyR

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk cheq sue guna senduk berlubang aje
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Budak Yang Mempunyai Banyak Jari



Dipercayai disebabkan oleh mutasi genetik semasa dalam kandungan. Mari kita tengok berapa banyak jari budak ni ada.


Setiap yg terjadi ada hikmah dan rahsianya....-Ade bper semua jari dia?


Kasih Zakiah Ep. 9


"Kenapa abang merahsiakan semua ini dari Yah bang?" Zakiah mengajukan soalan pada Azmi setelah hampir dua minggu dia bertemu madu dan anak tirinya.
"Yah, sebenarnya Kak Mas melarang abang berterus-terang, tetapi abang tak sanggup tipu Yah, sebab tu abang bagitahu. Perkahwinan abang dengan Yah pun dia yang restukan, dia kasihankan abang."
"Abang sayangkan Yah?" Zakiah mendongak memandang Azmi.
"Sayang. Dua-dua pun abang sayang."
"Apa kata kalau Yah yang jaga Kak Mas dan Ajmal? Abang setuju tak?"
"Tak susahkan Yah ke? Kita boleh lawat dia bila-bila masa." Azmi cuba mematah keinginan Zakiah.
"Abang, Yah tak sanggup. Kita bergembira di sini tetapi dia di sana entah bagaimana. Sekurang-kurangnya dengan adanya kita berdua mungkin Kak Mas lebih gembira. Boleh ya bang?"
"Boleh...boleh sayang. Terima kasih kerana memahami abang."
"Terima kasih bang." Zakiah mengucup tangan suaminya.

Sabtu, 01 Oktober 2011

Jus Nenas & Asam Boi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Suram aje pagi minggu ni ya... Ibarat kata kak Rosa, ramai yang mengunci pintu dan meng'off' pc untuk melaksanakan aktiviti masing-masing. Bershopping barangkali atau sekadar berjalan2 mencuci mata. Mmmm rasa2 nak ke Ipoh pulak, macam nak makan pizza je!

Sebelum tu nak hidangkan korang dengan jus nenas yang dah habes ni. Buat pagi semalam, tapi xleh nak upload gambar sampai la ke pagi ni. Konon2 minum jus di pagi hari nak cuci segala isi perut la... Jus ni macam jus yang dibuat selalu la, cuma kali ni nak habiskan nenas dalam tin. Kebetulan ada pulak asam boi tu yang dimasukkan sekali. Asyik2 asam boi...asyik2 asam boi... He he he... Kalau ada yang nak mencuba tu sila2 la ya... Wassalam...


JUS NENAS & ASAM BOI
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- nenas dalam tin + airnya, sedikit madu, 2 biji asam boi, air masak secukupnya, ais (opt)
*bahan2 ni korang agak2 la ye...nak dapat 2 ke 3 gelas...

Cara-cara :
- rendam asam boi di dalam air masak sebentar (sehingga kembang)
- blendkan sehingga hancur nenas dan madu.
- masukkan ke dalam gelas yang mengandungi asam boi tadi
- siap untuk diminum sejuk @ begitu sahaja

Kraftangan Ninja Turtle Yang Sangat Cute

 
Empat ekor set ninja tetel yang comel ini dihasilkan oleh Andrea Wuethrich, seorang pelajar sepenuh masa di Los Angeles yang menjual semula bakat beliau disebuah kedai bernama Etsy. Senjata tersebut dibuat daripada tanah liat polimer, memang suatu hasil yang kreatif dan sesuai untuk dijadikan sebagai keychain.

The Versatile Blogger Award ~ Nani, Yana, Quinnie, Kak Diana

Assalamualaikum & salam sejahtera
Wah...tetibe je dapat award berangkai. Sekali lagi tau... Kali ni dihantar menaiki belon oleh Nani (sebab n3 dialah yang cheq sue paling awal baca...) Memula baca post tu pagi semalam, tak sempat nak hambek. Pastu Yana pulak datang pssstttttt dari Penang untuk ambek award. Tetibe Q pun  datang dari Ipoh dok ketuk pintu dapur soh amik jugak. Haaaaaaaaaaaaaaa memang dah xleh nak menyorok ni. Kena buat jugak untuk menghargai kawan-kawan.
** Baru sehari tinggal award ni, Kak Diana pulak datang dengan kete Honda, sambil  tin tin tin... bawak award ni untuk Cheq Sue jugak. Ok ok...cheq sue buat sekarang naaaaaaaaaaaaa........ 

Nah...assignmentnya!
1. Thank and link back the person who gave you this award 
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
 Setel. Kalau ada sapa lagi yang tag cheq sue tu, dan x di back link kan kat sini cheq sue minta maaf ya..

2. Share 7 things about yourself on the post
 
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)

Bende yang paling saya teringin untuk buat @ makan adalah LAKSA SARAWAK, tapi tak tercapai lagi hasrat ni sebab x jumpa kat mana jual pes nya. So kalau ada sesape yang termurah hati nak mendapatkan pesnya tu untuk cheq sue...padang bola ni cheq sue tadahkan ye.......... ** Tak malu

Sangat addict dengan rambutan a.k.a moktam. Tambah2 kalau boleh makan yang fresh kat bawah pokok terus. Kalau demam + batuk pun memang tak tolak. Mmmmmm sedapnya kalau dapat makan moktam gula batu @ anak sekolah. Huh...telan liur dulu lah!

'Semangat' orangnya. Memang lebih berat....  GEMUK la senang citer. Apa nak malu kan. Kalau nak kata dayet tu memang la, tapi semuanya ke laut. He he he................ *Pengakuan jujur!  

Saya adalah seorang manusia yang sangat GELI kepada ULAT...tak kira la ulat bulu ke, ulat sayur ke, ulat ape-apelah... Kalau kena timing nya memang boleh pitam tau. JAdi tolonglah jangan kosek saya dengan ulat2 ni... Please ya!!  

Tengah dok kumpul duit nak beli wafer maker, food processor, caserol, penimbang digital, dapur stimboat, acuan SM, acuan kek chifon, set pinggan mangkuk, dot dot dot... (aishhhh banyak benar yang nak dibeli ni). Errrrr, nak beli suami boleh?  Sebenarnya cheq sue ni kalau boleh, bende2 yang biasa diguna untuk masak2 ni memang selesa kalau dapat beli sendiri. Macam sekarang ada yang bukan kepunyaan. Tapi nantilah slow2 ye..

Dalam dunia blog ni, berharap sangat che mat DTS datang menjengah blog cheq sue yang tidak sepertinya ini...memberi tunjuk ajar dan pendapat tentang apa yang saya masak. Boleh gitu? InsyaAllah...

Kalau ada sape yang nak bergurau tu tolonglah jangan sergah2 saya okeh. Kalau tengah dok ralik buat something, tetibe ada orang sergah dari belakang memang saya akan bertempik dan terkejut beyok lah. Pernah ada seorang kawan buat macam tu kat saya, sampai termenangis saya dibuatnya. Terus rasa tekanan darah naik dan saya sampai tak terkata. Mujur tak masuk wad!  

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
 
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
Kalau boleh nak tag semua orang, tapi kali ni cheq sue pilih 15 orang yang belum cheq sue kenali dengan lebih rapat. Yang lain jangan terasa pulak ya. Kalau tak di tag pun, sudi2 kanlah mengambil award ni....)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award. 
(Hubungi semua yang menerima)
 Ting tong.... ting tong.... Jangan lupa ye...