Assalamualaikum & Salam sejahtera
Minggu lepas, member kamceng cheq sue, Cheq Da ada bagi sebekas pie apple filling. Disuruhnya cheq sue 'buat apa-apa' dengan filling tersebut. Bila di rasa, agak ketara rasa pahit serbuk kayu manisnya. Mmmmm itulah kalau beli ni, ada aje yang tak kena. Kalau buat sendiri tu buleh kita ejas ikut citarasa.
Ada jugak cheq sue google resepi yang menggunakan epal ni. Daripada crumble hingga ke pai...terberkenan pulak dengan resepi pai goreng ni. Bukan ape...tgk ke cara membuatnya tu agak mudah dan kuantiti bahan yang digunakan tu tak berapa banyak. Nak buat pun kejap aje dalam sejam dah siap cuma nak goreng tu aje agak lambat kerana menggunakan api yang perlahan sahaja. Pai ni cheq sue buat malam tadi dan dibawa ke tuannya pagi ni.
Bila dah rasa pai ni...ok jugak cuma bahagian dalam tu ada yang tak masak sekata. Lain kali kena canai lebih nipis lagi. Masa makan panas2 tu sedap je rasa... Tq pada tuan punya resepi ni ye.... Wassalam...
Pekena sebijik dengan teh halia madu.
PAI EPAL GORENG
Sumber : Hidayah Saad
Bahan-bahan:
-2 cawan tepung serbaguna
-2 cawan tepung serbaguna
-½ cawan Margarine
-1 sudu teh Garam
-½ cawan Air sejuk
-1 sudu teh Garam
-½ cawan Air sejuk
-2 biji Epal besar
-1/3 cawan Gula
-½ sudu teh Serbuk kayu manis
-½ sudu teh Serbuk kayu manis
-Minyak masak untuk menggoreng
-Serbuk gula
Cara penyediaan:
-Buang kulit dan teras epal. Potong dadu. Gaul epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana sehingga epal lembut dan menjadi sos epal yang sangat pekat. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
-Ayak tepung dan garam. Potong margarine/shortening dan masukkan ke dalam campuran tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul hingga membentuk doh.
-Gelek adunan di atas permukaan yang telah ditabur tepung. Terap bulat-bulat anggaran sebesar bulatan berdiameter 4 inci.
-Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air. Lipat kepingan doh tersebut dan picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.
-Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga coklat keemasan. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang sekata dan mengelakkan pai dari hangus.
-Tos pai yang telah digoreng atas kertas tisu. Taburkan serbuk gula dan hidangkan panas-panas. cheq sue tak buat ni..
*Sedap juga dimakan bersama aiskrim vanilla.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar