Tampilkan postingan dengan label Pai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pai. Tampilkan semua postingan

Kamis, 04 Juli 2013

Apple Crumble Pie

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat semua. Apa khabar hari ini? Cuaca di CH mendung je...sejuk pun sejuk sampai dah tak ada mood nak kerja. Semalam tak ada n3 pun, jenguk2 je nak komen tak sempat nak naip n3 lagi la buat-nuat tak sempat. *_*

Jadi hari ni saya nak post satu n3 la pasal pai epal yang saya buat minggu lepas. Nak kata gemar tak gemar sangat tapi rasa nak makan. Tambah2 bila tengok Mieza keluarkan resepi pai ni. Dengan gambar yang menarik sesangatlah menggoda saya. Jadi beli epal hijau dalam 5 biji, maka jadilah epal pai dengan ropa yang tak berapa nak mengancam.


Saya tak ada acuan yang boleh keluar macam Mieza tu,jadi saya guna je apa yang ada. Nasib baik tak berapa susah nak keluar bila ditelangkupkan. Memang nak kena beli la satu acuan tu gamaknya.

Dengan menggunakan resepi Mieza tu, alhamdulillah menjadi cuma untuk pastri tu saya terlebih air sikit. Gabungan masam2 epal dengan pastri rangup tu sangatlah sesuai sampai makan pun tak terada asyik masuk mulut saja. Cuma itulah, saya ambil gambar malam, tak berapa nak berseri la pulak. Suram je jadi. Tapi percayalah, pai ni memang maveless.

TQ pada Mieza yang sudi berkongsikan resepi ni. InsyaAllah saya nak cuba buat lagi untuk dapat hasil yang lebih baik. Saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang.



APPLE CRUMBLE PIE
Resepi : Mieza

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula icing
4 sudu besar air ais

Penyediaan:
1. Satukan tepung dan gula icing dalam mangkuk dan digaul rata.
2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan sehingga ia menjadi doh.
4. Balut doh dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Penyediaan:
1. Apple dikupas kulit dan biji dan kemudian dipotong dadu. Ketepikan.
2. Panaskan gula dan mentega di dalam periuk. Kacau rata dan masukkan apple yang telah dipotong dadu. Boleh dimasukkan sedikit air jika perlu.
3. Renehkan sehingga apple lembut sambil dikacau sentiasa. Reneh sehingga pekat.
4. Masukkan garam, serbuk kayu manis dan juga tepung jagung yang telah dibancuh dengan 2 sudu besar air.
5. Kacau hingga kuahnya pekat.
6. Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula

Penyediaan:
1. Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
2. Boleh disediakan awal dan disimpan di dalam peti ais.

Penyediaan Pie:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 220C dan sediakan acuan pie 12"
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
3. Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
4. Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
4. Tutupkan atas pie dengan crumble. Hiaskan dengan baki hirisan appledan taburkan sedikit chocolate chip
5. Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C. Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 30- 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 19 September 2011

Pai Epal Goreng

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Minggu lepas, member kamceng cheq sue, Cheq Da ada bagi sebekas pie apple filling. Disuruhnya cheq sue 'buat apa-apa' dengan filling tersebut. Bila di rasa, agak ketara rasa pahit serbuk kayu manisnya. Mmmmm itulah kalau beli ni, ada aje yang tak kena. Kalau buat sendiri tu buleh kita ejas ikut citarasa.


Ada jugak cheq sue google resepi yang menggunakan epal ni. Daripada crumble hingga ke pai...terberkenan pulak dengan resepi pai goreng ni. Bukan ape...tgk ke cara membuatnya tu agak mudah dan kuantiti bahan yang digunakan tu tak berapa banyak. Nak buat pun kejap aje dalam sejam dah siap cuma nak goreng tu aje agak lambat kerana menggunakan api yang perlahan sahaja. Pai ni cheq sue buat malam tadi dan dibawa ke tuannya pagi ni.


Bila dah rasa pai ni...ok jugak cuma bahagian dalam tu ada yang tak masak sekata. Lain kali kena canai lebih nipis lagi. Masa makan panas2 tu sedap je rasa... Tq pada tuan punya resepi ni ye.... Wassalam...

Pekena sebijik dengan teh halia madu.

PAI EPAL GORENG
Sumber : Hidayah Saad

Bahan-bahan:
-2 cawan tepung serbaguna
-½ cawan Margarine
-1 sudu teh Garam
-½ cawan Air sejuk
-2 biji  Epal besar
-1/3 cawan Gula
-½ sudu teh Serbuk kayu manis
-Minyak masak untuk menggoreng
-Serbuk gula

Cara penyediaan:
-Buang kulit dan teras epal. Potong dadu. Gaul epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana sehingga epal lembut dan menjadi sos epal yang sangat pekat. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
-Ayak tepung dan garam. Potong margarine/shortening dan masukkan ke dalam campuran tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul hingga membentuk doh.
-Gelek adunan di atas permukaan yang telah ditabur tepung. Terap bulat-bulat anggaran sebesar bulatan berdiameter 4 inci.
-Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air. Lipat kepingan doh tersebut dan picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.
-Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga coklat keemasan. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang sekata dan mengelakkan pai dari hangus.
-Tos pai yang telah digoreng atas kertas tisu. Taburkan serbuk gula dan hidangkan panas-panas. cheq sue tak buat ni..
*Sedap juga dimakan bersama aiskrim vanilla.