Assalamualaikum & salam sejahtera
Siapa yang tak kenal asam gelugur? Sebagai seorang yang selalu memasak atau suka ke dapur, asam gelugur ni sangat sinonim sebagai satu rencah untuk memasamkan masakan atau menghilangkan hanyir ikan. Sepengetahuan cheq sue, asam ni ada dua jenis, iaitu daripada buah asam gelugur dan asam kandis. Kedua-dua buah ini dalam keluarga yang sama dan mempunyai morfologi hampir serupa cuma berbeza hanya pada lekuk2 di bahagian buahnya sahaja. Buah asam gelugur lebih bulat manakala buah asam kandis agak melonjong sedikit. Untuk lebih info cuba Google okah...
Pucuk asam gelugur boleh juga dijadikan ulam. Memang rasanya agak masam tetapi sedap rasanya. Cuma jangan la pulak dimakan berlebihan bimbang kalau berulang ke bilik kecik tak berhenti. Bijinya pula sedap dimakan, rasanya manis2 masam (berkata dari pengalaman....)
Beberapa bulan lepas, mek ada membuat asam keping ni di kampung. Selalunya pada musim asam gelugur memang berbaloi buat sendiri. Kalau dibeli agak mahal jugak harganya. Buah asam gelugur biasanya hanya diberikan percuma oleh makcik2 di kampung cheq sue. Dan biasanya cheq sue adalah pelanggan tetap mek yang akan mengangkutnya setiap kali stok berkurangan... >_<
Sekali pandang memang cantik buah asam gelugur ni. Untuk dijadikan asam keping, buah ni kena potong dulu tapi jangan tebal2 sangat sebab bila dah kering nanti taku jadi nipis pulak. Bila dah dibersihkan disusun pula atas dulang bersesuaian (selalunya mek gunakan badang / talam)
Separuh dah hampir kering, separuh baru dijemur. Kalau nak jemur ni kena beringat, perlu dilihat sokmo takut diserakkan oleh ayam. Kalau jemur time x panas pulak asam ni tak akan tahan disimpan.
Inilah rupanya asam keping yang sudah separuh kering. Lagi lama asam ni disimpan (warnanya hitam pekat) lagi masamlah rasanya asam tu. Bezanya asam keping ni dengan asam kandis adalah dari segi bentuknya di mana asam kandis berbentuk kebulatan, warnanya pulak agak cerah berbanding asam asam gelugur yang agak panjang dan kehitaman. Tahap kemasamannya pula tak dapat nak dipastikan tetapi yang nyata dalam kebanyakan gulai @ asam pedas @ singgang kalau x ada asam keping ni memang x sedap rasanya!!!
Wallahualam.
Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar