Senin, 05 September 2011

Almond London... Tak Siap-siap

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmm ni merupakan n3 biskut raya yang penghabisan. Ada satu lagi sebenarnya iaitu cornflakes bar Kak Diana tapi xdan nak memotoshoot dek kesibukan yang melampau.... phewwww.. Cheq sue pasti kebanyakan kita membuat biskut almond london ni. Kalau raya xde sekut ni memang xsah kan...tak kira ceruk mana, rantau mana, negara mana....semua dah boleh berpoya2 ke london dengan sekut ni. Every year memang tak miss buat biskut ni tetapi nampaknya tahun ni timing + jadual agak lari, sampai sekarang masih ada suku balang yang belum disalut coklat. Kira2 boleh dihidangkan untuk raya enam nanti.

Ada seorang kawan cheq sue dulu menggelarkan biskut ni sebagai biskut seprais...sebabnya... memula coklat dulu pastu baru adunan tepung dan tetibe pulak ada kacang badam di dalam. Sekali pikir memang ye jugak. Tapi kalau dah makan xde nak separais2 dah, gigit je bagi dua terus ngap!

Kalau kata nak beli memang x berbaloi. Sekarang tak tahu dah berapa ringgit sebalang... kalau kena anak ramai, sebalang memang takdan untuk raya...kalau nak beli 2 3 balang aduhhhhhh terasa sangat ruginya. Jadi buat sendiri lebih puashati. Cheq sue terbaca di blog sape ye....tak ingat dah... katanya london aje yang lebih, almondnya kurang. he he he... ye lah, dalam tester badamnya sebijik, pastu coklatnya salut semua, tetibe bila dapat badamnya separuh aje, coklatnya pun tuang kat atas je...nak marah tak? So moh le buat sendiri..



Untuk satu adunan resepi ni memang boleh dapat banyak, puashati la makan. Kalau cheq sue buat selalunya adunan tu dibuat di CH dan disalut coklatnya di kampung. Resepi ni cheq sue tak pasti sumbernya dari mana, tetapi rasanya sangat kena dengan selera dan memang xmo dah berpaling pada resepi lain. Ada member buat guna adunan ni sampai 3 adunan untuk dibahagi2kan... Fuhhhhhhh kalau cheq sue surrender!

Wassalam...
 

BISKUT ALMOND LONDON
Sumber : My Old Recipi Book

Bahan-bahan :
250g mentega
1 cawan gula castor / gula aising
1 biji telur
Esen vanila
*3 cawan gandum
*1/2 cawan tepung jagung
*1/2 cawan tepung naik sendiri
Badam yang dipanggang (dalam setengah kilo)
Coklat masakan secukupnya yang dicairkan secara double boiler

Cara-cara :
- ayak semua bahan *
- pukul gula dan mentega hingga kembang
- masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati
- masukkan sedikit demi sedikit epung yang telah diayak bersama dan gaul rata
- ambil adunan sebesar telur puyuh dan leperkan
- bubuh badam ditengah2 dan buatkan bentuk bujur (balut aje badam tu dengan adunan, jangan terlalu tebal sebab adunan sedikit mengembang)
- bakar suhu 170'C selama 15 minit (bergantung oven masing2)
- biarkan sejuk sebelum disalut dengan coklat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar