Minggu, 13 November 2011

Nasi Jintan Manis & Daging Dendeng Masak Merah


 
 
Alhamdulillah. Dah kenyang pun makan tengahari. Di hari minggu ni boleh masak spesel sikit, dari pagi dah ketung ketang di dapur. Lepas subuh tu kalau tidur rasa rugi sangat. Apa taknya, sebelum tidur malam tadi bermacam2 resepi dah list nak dicuba. Aduhhhh, nasib baik tidur tak mengigau pi masak. Dah la dok dekat dengan dapur, kang tetibe je member atas terbau orang menumis. Tak ke haru? Jangan la ye...mintak jauh!
 



 
Dah lama jugak simpan resepi nasi jintan manis ni. Dah ramai pun yang mencuba. Cheq sue ni memang selalu tertinggal keretapi. Bila nak makan sorang ni memang kena fikir 3 4 kali la nak buat. Paling banyak kena masak nasik pun 1 pot. Yang ni cheq sue masak 3/4 pot aje, lunch dan bekal esok. Masa masak tu memang wangi aje bau jintan manis. Kena pulak dengan pelbagai rempah ratus kat dalam tu memang masyuk!





Nasi jintan ni cheq sue lawankan dengan daging dendeng masak merah, resepi yang disyorkan oleh CB untuk GA baru2 ini. Daging korban dari kampung ada la cheq sue bawak dalam seketul besar penumbuk budak. Kalau bawak banyak2 seksa nak habiskan. Bahan2 yang dinyatakan tu cheq sue ejaskan sikit bergantung pada jumlah daging. Cuma x berapa nak merah sgt sbb cheq sue guna cili serbuk aje. Rasa memang sedap, unik. Cheq sue tak pernah makan masak dendeng ni. Agaknya betul la kot apa yang cheq sue rasa tu tadi.. :)
Kalau sape2 yang ada lebih2 daging tu bolehlah cuba. Wassalam...
 
NASI JINTAN MANIS
Sources : mesra.net & Shilpa@aayisrecipes.com
Sumber : Kak Ayu S'pore

Bahan2:-
41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak sapi ganti dengan majerin
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa

Cara2:-
Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.
Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu.
Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.
Biarkan masak macam masak nasi biasa.
 
DAGING DENDENG MASAK MERAH
Resepi : Cikadakbiru @ CB
 
Bahan-bahan :
  1 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 3cm halia dihiris serta 1 ulas batang serai dititik
4 @ 5 hirisan lengkuas dan 1 sudu kecil menimbun jintan manis ~ Tumbuk lengkuas sehingga hancur. kemudian masukkan jintan manis..tumbuk jintan manis ala kasar gitu!tidak perlu terlalu hancur
Cili giling, air asam jawa, gula, garam secukupnya

1kg daging direbus..kemudian di hiris lebar...kemudian rebus sekali lagi daging tersebut dgn sedikit air dan 3 sudu makan gula merah...rebus sehingga kuah kering..tutup api...dan tumbuk sekeping2 daging tuh..jangan la tumbuk bagi hancur..sekadar memecahkan sedikit daging itu.supaya bila masak nanti..daging mudah mesra dgn rempah

Cara-cara :
               Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai yang dititik td sehingga layu
Masukkan pula cili kisar bersama-sama lengkuas dan jintan manis yg telah ditumbuk tadi..masak sehingga pecah minyak.boleh letak sedikit air jika hendak berkuah
Kemudian boleh terus tuang daging berserta kuah gula merah td....sambil kacau2 tuh...masukkan air asam jawa..time ni bole la tambah sikit gula pasir, garam dan serbuk perasa (jika suke). Masak la sehingga pecah minyak..dan sedia la dihidangkan...Tabur dgn bawang goreng

Tidak ada komentar:

Posting Komentar