Minggu, 04 September 2011

Tragedi Akhir Ramadhan... Bawa Pergi Dua Sepupuku

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejujurnya Aidilfitri kali ini agak suram bagi kaum keluarga cheq sue dengan pemergian mengejut dua orang sepupu akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan kereta, dua hari sebelum hari raya. Patutlah dalam hati ni tak berapa nak ada rasa nak beraya...baju pun x berjahit, dan biskut raya pun ada yang belum siap sampai sekarang.

Pada pagi 29 Ogos, cheq sue ke rumah sebelah untuk menjahit tepi baju anak-anak buah. Tiba-tiba anaknya heboh bercerita tentang kemalangan di kampung berdekatan yang melibatkan budak kampung cheq sue...katanya seorang mati di tempat kejadian. Masa tu belum tahu lagi siapa... sudah tentulah rasa terkejut sangat...pada akhir2 ramadhan sebegitu...tak dapat dibayangkan dengan dugaan yang datang. Bila balik ke rumah barulah tahu yang sepepu cheq sue yang dipanggil Duan (Mohd Ridzwan) yang meninggal itu. Subhanallah... lemah longlai seluruh anggota... Selalu kita baca kemalangan pun dah seriau bulu roma...bila melibatkan keluarga terdekat ni masyaAllah hampir pitam jadinya..

Mek dan cek bergegas ke hospital... cheq sue dan yang lain2 menunggu di rumah. Sungguh tak percaya...rasa macam bermimpi-mimpi je... Sungguh berharap berita itu tidak betul tetapi bila Allah telah suratkan ajalnya begitu...terpaksa juga redha. Sepupu yang seorang lagi, mesra dipanggil Kimi (Nuzul Haqimi) diberitakan masih ada harapan, tetapi dengan kecederaan serius di bahagian mulut dan pendarahan dalaman, Allah akhirnya menamatkan juga penderitaannya sejam kemudian.

Kata orang, apalah gunanya air mata menangisi yang telah pergi...tetapi kita tumpang bersimpati. Duan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga manakala Kimi pula baru saja bekerja dan belum sempat berbakti lama. Dengan hubungan adik beradik yang erat, sayu hati melihatkan wajah suram kaum keluarga yang ada.

Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang2 yang soleh dan diampunkan segala dosa-dosanya... Ingatlah semua...bila sudah sampai masanya kepada kita...sesaat pun tak akan dilambatkan atau dicepatkan.. Bersedialah...
Alfatihah..

Wassalam...

Keratan akhbar Sinar Harian, muka hadapan

Antara keratan akhbar, kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana ada sedikit fakta yang bercanggah. Wallahua'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar