Assalamualaikum & salam sejahtera
Rempah Woku? Ape tu der? Korang pernah dengar tak? Cheq sue baru baca pagi semalam di n3 Mas. Sekali tgk macam bahasa Jepun. Kalau diperatikan dalam bahan2nya tu xde pulak tertulis perkataan WOKU. Kak Ummi..Mas... cer explain siket... He he he..
Sedap! Memang sedap sangat! Wahhhhh kemain lagi melobi ikan bakar berempah woku ni ye. Cheq sue sejujurnya memang sangat menyukai ikan bakar ni. Memang terasa sangat rempah2nya, segala daun2 yang dihiris menambahkan wangi dan selera untuk memakannya. Ibarat kata Kak Ummi dan Mas, ratah gitu aje tau2 dah habes seekor...
Masa buat ni, ada jugak satu dua bahan yang xde, tapi itu sedikit pun tak mencacatkan rasa ikan ni. Cheq sue agak2 je bahan2 yang nak digunakan tu. Pi pasar malam selepas habis miting di sekolah, beli ikan talapia 2 ekor (RM 2) balik pun dah agak lambat tetapi memang nak rasa jugak ikan ni...kira2 dah siap masak tu makan sekali dengan member yang berpuasa. Dek kerana kepuasan makannya, lauk ini jugaklah yang akan menjadi bekal cheq sue!
Pada sape2 yang xde idea tu, elok sgt la mencuba resepi ni. Kalau tak gemar ikan talapia, boleh cuba dengan ikan laut. Memang tak rugi, dah buat sekali pasti akan buat lagi. Pada Kak Ummi dan Mas thanks a lot ya...
Wassalam...

TALAPIA BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi Asal : Kak Ummi
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
-2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Cheq sue guna talapia merah
-2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek) cheq sue pom-1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
-8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
-4 helai daun pandan - hiris halus
-2 helai daun kunyit - hiris halus
-3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
-5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni) x masukkan, malas nak ngambik belakang umah
-2 biji tomato merah - potong dadu x masukkan sebab lupa nak beli, ganti dengan sedikit sos tomato
-250 ml air
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu teh gula pasir
-2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur) cheq sue tu tarak
-3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
-12 biji bawang merah
-7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
-5 biji buah keras - bakar kejap
-3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
-2 cm halia
Bahan Pelengkap :
-Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
-1 biji timun - dipotong serong
-4 tangkai selasih
-6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
-Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
-Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
-Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
-Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
-Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
-Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
-Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak. cheq sue masak suhu 200'C selama 10 minit sebab nak cepat. Lagipun ikan dah masak sebelum tu. Kalau lama2 tu nanti kering pulak isi ikannya.
-Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris. cheq sue xde pun bende2 pelengkap ni. Tak daya la nak hias2 bagai...
-Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu... (** SETUJU!!!)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar