Jumat, 02 September 2011

Rahsia Senibina Piramid



PIRAMID-PIRAMID MESIR PURBA menakjubkan sesiapa saja yang memandangnya. Ia adalah struktur-struktur yang masih wujud di kalangan Tujuh Keajaiban Dunia, mengharungi ribuan tahun dipenuhi cuaca padang pasir yang ganas dan kerja tangan manusia. Hakikat bahawa ia masih berdiri juga adalah satu misteri, memandangkan kawasan sekitarnya adalah zon gempa bumi dan banyak binaan telah tumbang sejak piramid-piramid Giza selesai didirikan dahulu.

Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil "kuasa piramid", dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama - Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku.

Pada tahun 1959, satu patent telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu "alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur". "Alat" itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. Beliau meletakkan di bawah piramid itu - pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid - pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan patent tersebut.

Para piramidologis - mereka yang mengkaji sifat-sifat piramid - mengatakan terdapat penumpuan tenaga dan medan magnetik di dalam piramid. Kajian terbaru menunjukkan bahawa sememangnya terdapat satu penumpuan kecil medan magnetik di dalam sebuah model skala piramid, diorientasikan dengan betul terhadap mata angin. Kita sedia maklum bahawa medan magnet memberikan kesan terhadap kehidupan di bumi - jerung berkepala tukul, sebagai contoh, bergantung kepada medan magnetik semula jadi di dasar lautan untuk memandu arah pergerakan mereka.

Mungkin penumpuan tenaga dan medan ini menghasilkan perubahan dalam sifat-sifat objek yang diletakkan di bawah piramid, tetapi kenapa ia berlaku di dalam piramid yang memiliki ukuran yang betul dan diorientasikan dengan tepat - soalan ini masih belum terjawab sepenuhnya. Banyak eksperimen turut gagal membuktikan kewujudkan "kuasa piramid".Walau bagaimanapun, ramai orang secara tidak sedar mula mempercayai bahawa piramid boleh membawa kebaikan kepada mereka. Dapatkah anda perhatikan bahawa banyak bangunan pencakar langit baru-baru ini memiliki puncak berbentuk piramid? Trend baru dalam senibina, atau pendekatan mistik ke arah kesempurnaan?


Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.

Malah sebuah kajian juga pernah dilakukan di negara matahari terbit, Jepun berkenaan dengan struktur binaan model piramid yang dibuat dengan ketepatan yang jitu. Eksperimen itu dilakukan dengan menggunakan sepasang bangkai tikus putih dan dua buah epal segar. Eksperimen itu dilakukan pada 2 buah eksperimen yang berbeza tetapi bukan sekaligus. Ia dilakukan dengan meletakkan seekor bangkai tikus putih dan sebiji epal segar di tengah² binaan piramid yang dipercayai tempat terletaknya makam firaun di dalam piramid yang sebenar. Sementara seekor lagi bangkai tikus putih dan sebiji epal berkenaan diletakkan di luar bersebelahan binaan model piramid dan dibiarkan selama beberapa hari.

Hasilnya setelah dibiarkan beberapa hari adalah memeranjatkan kerana didapati bangkai tikus putih dan buah epal yang diletakkan di tengah² binaan piramid tersebut kelihatan lebih baik berbanding dengan bangkai tikus dan buah epal yang diletakkan di luar bersebelahan model piramid berkenaan yang dibina pada ukuran yang jitu dan tepat. Padahal bangkai tikus dan kesegaran buah epal itu telah ditetapkan kualitinya adalah sama sebelum ia diletakkan di dalam dan di luar model piramid.

Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai 'sacred geometry'. Semua 'sacred geometry mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang 'sacred geometry' ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip "sacred geomery".


Tidak ada komentar:

Posting Komentar