Senin, 19 September 2011

Nasib Malang Pelarian Afghanistan



RAMAI pelarian Afghanistan memasang angan hendak mencari lembaran baharu di Malaysia. - Gambar hiasan



MASIH segar di ingatan Akhbar keperitannya membawa seluruh ahli keluarganya menyusup keluar dari negara kelahirannya, Afghanistan, untuk ke Malaysia.

Lelaki yang memegang status pelarian itu, memasang impian untuk mendapat kehidupan yang lebih sempurna di Australia selepas mengetahui perjanjian penuh kontroversi antara Australia dengan Malaysia baru-baru ini.
Pada Julai lalu, kerajaan Australia telah menandatangani perjanjian pertukaran pemohon suaka politik dengan Malaysia.

Mengikut perjanjian itu, Malaysia dijadual menerima 800 pendatang tanpa izin yang tiba di Australia dengan bot sebagai pertukaran dengan 4,000 pelarian dari Malaysia untuk ditempatkan semula di negara ini.
"Jika kami mati, ia bukan satu masalah. Namun jika kami tiba di Australia, itu sudah bagus, tiada lagi penyeksaan," katanya yang duduk dalam buangan di negara sendiri.Impian Akhbar itu sebenarnya sama seperti pelarian lain dari negara-negara terdesak seperti Iraq dan Myanmar.

Perjanjian itu seolah-olah telah memberi motivasi kepada mereka untuk berhijrah dan mencari kehidupan yang lebih baik dan sempurna di Australia.Kata Akhbar, dia dan keluarganya telah merentas satu perjalanan yang sukar sejak empat tahun lalu untuk keluar dari Afghanistan.Ketika wawancara diadakan di rumahnya yang merupakan sebuah flat dua bilik di Kuala Lumpur, dia memohon agar nama sebenarnya tidak disiarkan agar dia tidak dijejaki pihak berkuasa negara ini.

Gangguan tentera

Petani dari keturunan etnik Hazara dengan penuh emosi menceritakan, dia melarikan diri kerana mahu melepaskan diri daripada gangguan tentera nomad Pashtun iaitu kumpulan etnik terbesar di Afghanistan.
Orang Pashtun kata Akhbar, telah membawa ternakan mereka dan memakan gandum dan sayur-sayuran di tanah milik lelaki itu.

"Setiap tahun bila tanaman tumbuh dengan subur, mereka membawa haiwan-haiwan mereka, ternakan itu kemudiannya akan makan semuanya, kami tak dapat apa-apa.

"Jika saya masih tinggal di sana, mungkin satu hari nanti saya akan dibunuh," katanya sambil memberitahu beberapa orang rakannya mati di tangan perompak-perompak yang tidak berperikemanusiaan.
Dibantu oleh penyeludup, dia dan ahli keluarganya telah menyelinap masuk sempadan Pakistan seterusnya menuju ke Iran.

Di sana, seorang rakan memberitahu, terdapat peluang pekerjaan di sebuah negara Islam iaitu di Malaysia yang dikatakan telah menawarkan pengecualian visa.
Bertitik tolak daripada itu, Akhbar, isterinya termasuk seorang anak perempuannya tiba di Malaysia selepas bergolok bergadai kira-kira RM20,000 untuk membayar penyeludup dan tiket penerbangan.




SEORANG wanita Myanmar sedang melayan kerenah anaknya di sebuh kem pelarian sementara di Kuala Lumpur.



Namun tegas Akhbar, pengembaraannya masih belum tamat.
Mereka bertiga mendaftar sebagai pelarian secara bona fide (niat baik) dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuala Lumpur. Namun, ia tidak diiktiraf di Malaysia hingga menyebabkan mereka sukar untuk memperolehi pekerjaan yang sah, pendidikan mahupun rawatan kesihatan.
Kini, Akhbar bekerja secara tidak sah sebagai pembantu restoran makanan Iran di Kuala Lumpur. Dia dibayar sebanyak RM1,200 sebulan yang mana separuh daripada jumlah itu digunakan untuk membayar sewa rumah.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu gambaran nasib Akhbar. Dia dan abangnya pernah sekali ditahan selama 17 hari ketika sedang bekerja.
Kejadian itu menyebabkan isteri dan anaknya yang berusia dua tahun jarang sekali keluar dari rumah gara-gara gentar diburu pihak berkuasa.

Tinggal harapan

Malaysia secara kasarnya menjadi rumah' kepada dua juta pendatang tanpa izin dari seluruh Asia. Lebih daripada 94,000 adalah berstatus pelarian yang kebanyakannya dari Myanmar manakala hanya kira-kira 500 orang merupakan rakyat Afghanistan.
Menurut kaunselor yang juga salah seorang ahli Health Equity Initiatives, Sharuna Verghis, kebanyakan pelarian Afghanistan menderita akibat kurang diberi sokongan.
"Generasi baharu yang lahir membesar dalam buangan tanpa ada identiti yang sah. Anda tidak boleh hidup seumur hidup tanpa identiti dan tujuan," tegas wanita itu.
Jelas Sharuna, kebanyakan pelarian Afghanistan di Malaysia terdiri daripada mereka yang berfahaman Syiah yang diharamkan oleh kerajaan.Lebih malang, mereka turut dipandang serong oleh sesetengah pihak yang mengaitkan mereka dengan Taliban.


Bagaimanapun, pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di Australia telah menghalang rancangan pemerintah negara itu untuk menghantar imigran tersebut ke Malaysia. Mahkamah menegaskan, pelarian tidak boleh dihantar ke negara yang tidak melindungi mereka dengan undang-undang.

Keputusan itu merupakan tamparan kepada rancangan untuk menempatkan semula pelarian.
"Hari ini, mahkamah tinggi membatalkan pengumuman Menteri Imigrasi dan Kewarganegaraan mengenai Malaysia yang boleh memproses tuntutan suaka buat kumpulan pencari suaka yang memasuki Australia melalui Pulau Christmas," kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Keputusan itu sekali gus memadamkan impian bukan sahaja Akhbar dan ahli keluarganya malah semua pelarian yang mengharapBagaimanapun kata Akhbar sebelum ini, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan."Saya memang berharap dapat berada di sebuah tempat yang menghormati hak manusia. Saya mahu berada di situ selamanya," katanya. - AFP

sumber : kosmo.my 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar