Disini ada sedikit info tentang beberapa lebuh raya yang selalu ‘ambil nyawa’ orang..nak tahu sebab apa jalan ni suka ‘membunuh orang’?
Nombor 1.
Yungas Road,Bolivia
Jalan Yungas Utara, juga dikenali sebagai jalan maut, sejauh 69 km dari La Paz (ibu kota Bolivia) ke Coroico di daerah Amazon di kawasan Yungas, Bolivia. Begitu berbahaya sehingga pada tahun 1995, Inter American Development Bank mengiktirafkannya sebagai “jalan paling berbahaya di dunia”. Direkodkan 200-300 orang mati setiap tahun di jalan tersebut. Sepanjang jalan itu banyak salib(batu nisan) dipacakkan menandakan tempat kendaraan-kendaraan mengalami kemalangan maut.
Walaubagaimanapun pada akhir 2006, satu projek jalan raya baru yang memakan masa selama 20 tahun, telah siap, dari La Paz ke Coroico dibuka untuk umum. Akibatnya sekarang ini tidak ramai yang menggunakan jalan Yungas Utara yang lama.
Nombor 2.
Taihang tunnel road
Jalan di pegunungan Taihang ini dibangunkan oleh penduduk desa setempat. Memakan masa 5 tahun untuk menyelesaikan terowongan sepanjang 1.200 meter itu, dengan tinggi kira-kira 5m dan lebar 4m.Ramai penduduk yang terkorban semasa proses pembinaan,namun pembinaannya tetap diteruskan.Pada tanggal 1 Mei 1977, terowongan itu dibuka untuk lalu lintas.Lokasinya di Hunan,China.
Nombor 3.
Arica to Iquique,Chile
Jalan antara Arica ke Iquique ini terkenal dengan kemalangan jiwa, melalui lembah-lembah yang dalam dan berbelok-belok,di kaki bukit terdapat banyak rangka kenderaan yang terjatuh.Antara faktor kemalangan disini ialah kenderaan yang dipandu laju,ini kerana ramai pemandu tergesa-gesa untuk keluar dari jalan ini,faktor geografi(kebanyakkan tanah berwarna merah) selalunya menyababkan pemandu terlalai(bosan).
Nombor 4.
Serbia Road,Russia
Jalan raya federal Rusia ini menghubungkan Moskow dengan Yakutsk di mana pernah mencatatkan suhu tersejuk di luar Antartika. Yakutsk adalah kota terbesar yang pernah dibangunkan di atas tanah yang selalu membeku.Musim sejuk yang berlarutan sehingga 10 bulan dan 2 bulan lagi musim hujan menyebabkan jalan ini sukar untuk diturap.Keadaan ini menyebabkan keadaan jalan yang berlumpur pada musim hujan dan bersalji pada musim sejuk
Nombor 5.
Sichuan Road,China
Di China, angka kematian oleh kecelakaan lalu lintas hampir berlipat ganda selama 20 tahun terakhir (1985-2005), naik dari 3.9 ke 7.6 per 100.000 warga. Salah satu penyumbangnya adalah jalan raya Sichuan,Tibet.Sebuah jalan di dataran tinggi antara Chengdu dan Tibet dimana sering terjadi tanah runtuh dan gelongsoran batu.Jalan raya tersebut sepanjang 2.412km,dari Chengdu di Sichuan di sebelah timur dan berakhir di Lhasa, Tibet di sebelah barat, menyelusuri 14 gunung yang tingginya rata-rata 4.000-5.000 meter, menyeberangi sungai terkenal (seperti sungai Dadu, Jinsha, Lantsang, Nujiang), melintasi hutan tebal dan banyak lagi halangan-halangan berbahaya.
Nombor 6.
James Dalton,Alaska
Jalan raya James Dalton ini adalah jalan berkerikil sepanjang 414 km. Dari simpang Livengood di jalan raya Elliot,terus menuju utara, melintasi tundra kutub sampai ke bahagian-bahagian paling utara Alaska. Jalan ini adalah jalan utama untuk penghantaran minyak.Jika anda pernah menonton rancangan ‘ice road trucker’ di astro saluran history channel,inilah jalannya.
Nombor 7.
Trollstigen,Norway
Trollstigen (tangga Troll) adalah jalan pegunungan di Rauma, Norwegia. Jalan ini menjadi daya tarikan popular bagi para pelancong karana kecuramannya dan adanya sebelas belokan tajam di lereng gunung. Makin ke atas jalan makin menyempit dengan belokan-belokan tajam.Kenderaan yang panjangnya lebih dari 12.4m dilarang memasuki jalan tersebut.Di puncak tersedia tempat parking yang luas dimana para pelancong dapat menikmati permandangan dan juga melihat air terjun Stigfossen. Air terjun ini nampak indah, mengalir jatuh setinggi 320m sepanjang tepi gunung
Tidak ada komentar:
Posting Komentar