Mungkin kebanyakan orang mereka akan menganggap haiwan yang dikatakan babi laut itu terlihat seperti makhluk laut yang terhasil daripada persilangan antara babi dan siput. Tetapi secara ilmiahnya, inilah babi laut iaitu haiwan yang berada dalam golongan scotoplanes atau teripang yang termasuk ke dalam spesis Holothurians laut dalam.
Holothurians ialah haiwan laut yang mendiami kawasan laut cetek dan dalam. Beberapa contoh lain daripada kehidupan laut daripada spesis Holothurians ini adalah termasuk bintang laut, kerang, spons dan landak laut. Babi Laut mungkin terlihat seperti siput. Mereka memiliki tentakel dan kaki yang berbentuk seperti rod. Terdapat dua kaki rodnya (mungkit bersifat seperti sesungut berbanding fungsi kaki) yang mungkin kelihatan seperti dua antena yang terletak di bahagian atas depan dan belakang tubuhnya. Sementara kaki rodnya yang lain pula berbaris teratur dalam urutan pada sekitar lingkaran di bahagian bawah tepi tubuhnya. Untuk mencari makanan, babi laut akan menggunakan tentakelnya bagi mendorong makanan masuk ke dalam mulutnya. Makanan babi laut dijangkakan adalah kandungan lumpur yang ada di dasar laut
Tidak ada komentar:
Posting Komentar