Rabu, 15 Agustus 2012
Ayam Kampung Untuk Hari Raya ini
Selamat Hari Raya daripada saya kepada semua peminat ayam kampung.Semoga ibadat Ramadhan tahun ini amat bermakna pada kita semua.Tidak lupa dan bersyukur kita atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT supaya kita tidak leka dan berpada-pada menjalani hidup di muka bumi ini.Setiap rezeki yang telah dilemparkan wajib kita mensyukuri-Nya. Sepanjang Ramdhan ini amat bermakna bagi saya kerana diberi hidayah dan taufik untuk memajukan lagi Penternakan Ayam Kampung saya ini.Walaupun banyak cabaran yang dihadapi,ini adalah ujian dan pelajaran bagi saya untuk meningkatkan lagi produktiviti saya kalau nanti diberi dengan banyak tidak terpikul bahu saya ini.Insyallah lepas ini saya nak boom lagi kuantiti ayam saya lebih kepada kualiti dari permintaan pasaran. Begitu juga pada anda semua buat lah sesuatu itu dengan matlamat yang jelas dan dapat membantu orang-orang lain di sekeliling.Tidaklah orang ramai tercari-cari ayam kampung ke sana-sini.Kalau anda semua ada ayam kampung kan dapat membantu orang lain kan.... Tidak kira apa jua perkara yang kita buat selain menternak ayam kampung janji kita boleh membantu orang disekeliling kita. Ayam kampung saya tidak lah banyak sangat untuk hari raya ini kerana sebelum Ramadhan dan habis dijual.Tinggallah beberapa ekor saja yang tinggal.Mungkin itu untuk dijadikan lauk santapan raya ini.See more
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar