Tampilkan postingan dengan label Perniagaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Perniagaan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 06 November 2012

Ayam Kampung Semakin Membiak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat ayam kampung.Setelah lama menyepi daripada memberi info-info terkini, pada bulan ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan ayam kampung saya selepas mendirikan kurungan pada kawasan farm saya bermulai Julai yang lepas.Saya mendapati pembiakan dan pembesaran ayam-ayam kampung saya amat menggalakkan apabila kaedah yang digunakan ini dan penjadualan pemberian vitamin serta ubat-ubatan dapat mengurangkan kadar kematian.Ayam-ayam semakin sihat dengan bulu-bulu yang berkilat dan aktif.
Usaha yang giat dan tanpa jemu, membuahkan hasil berbanding sebelum ini membuatkan saya tak henti-henti melayan karenah ayam-ayam kampung ini.Atas nasihat dan bantuan kawan-kawan seperjuangan juga memberi input yang berkesan sehingga saya merasakan untuk mendirikan lagi beberapa kurungan untuk anak-anak ayam yang masih kecil yang tidak beberapa kuat antibodinya terutama musim hujan ini.Semoga Allah SWT merahmati usaha saya ini untuk membantu orang di sekeliling.Saya mesti kaya dan berjaya.Anda bagaimana pula :-)

Jumat, 26 Oktober 2012

Ayam Organik

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.

Rabu, 15 Agustus 2012

Ayam Kampung Untuk Hari Raya ini

Selamat Hari Raya daripada saya kepada semua peminat ayam kampung.Semoga ibadat Ramadhan tahun ini amat bermakna pada kita semua.Tidak lupa dan bersyukur kita atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT supaya kita tidak leka dan berpada-pada menjalani hidup di muka bumi ini.Setiap rezeki yang telah dilemparkan wajib kita mensyukuri-Nya. Sepanjang Ramdhan ini amat bermakna bagi saya kerana diberi hidayah dan taufik untuk memajukan lagi Penternakan Ayam Kampung saya ini.Walaupun banyak cabaran yang dihadapi,ini adalah ujian dan pelajaran bagi saya untuk meningkatkan lagi produktiviti saya kalau nanti diberi dengan banyak tidak terpikul bahu saya ini.Insyallah lepas ini saya nak boom lagi kuantiti ayam saya lebih kepada kualiti dari permintaan pasaran.
Begitu juga pada anda semua buat lah sesuatu itu dengan matlamat yang jelas dan dapat membantu orang-orang lain di sekeliling.Tidaklah orang ramai tercari-cari ayam kampung ke sana-sini.Kalau anda semua ada ayam kampung kan dapat membantu orang lain kan.... Tidak kira apa jua perkara yang kita buat selain menternak ayam kampung janji kita boleh membantu orang disekeliling kita. Ayam kampung saya tidak lah banyak sangat untuk hari raya ini kerana sebelum Ramadhan dan habis dijual.Tinggallah beberapa ekor saja yang tinggal.Mungkin itu untuk dijadikan lauk santapan raya ini.See more

Sabtu, 21 Juli 2012

Kurungan Ayam Kampung Bakal Ditambah

Hari pertama bulan ramadhan 2012 ini saya telah mendapat kayu terpakai yang bakal saya gunakan untuk menambah kurungan bagi ayam saya.Dengan adanya kurungan ini membolehkan saya menambahkan stok ayam yang saya hasilkan mahupun ayam yang dibekalkan dari luar.Di samping itu saya dapat mengawal kadar penyakit pada ayam dengan mengkurantinkan ayam-ayam kampung yang sakit dan memberi rawatan khas daripada ayam-ayam sihat terkena jangkitan. Walaupun hari pertama saya berpuasa,badan ini dah macam zombie kerana sehari suntuk kena turun tapak reban bagi fokus kurungan ayam kampung.Bagi permulaan ini saya hanya mendirikan satu baris saja bagi memerhatikan sama ada design saya ini sesuai atau sebaliknya dengan keadaan cuaca dan persekitaran kawasan reban dalam tempoh tertentu.Jika ia berjaya mengawal kesihatan ayam kampung saya ini,maka design yang sama akan digunakan dan banyak baris atau block akan ditambah.Semoga usaha saya ini diberkati dalam bulan yang mulia ini

Selasa, 26 Juni 2012

Anak ayam dipindahkan ke reban

Anak ayam kampung saya sudah 3 bulan berada di dalam brooder dan tiba masa nya mereka terpaksa menempuh kehidupan yang sebenar menjadi ayam kampung yang sejati hidup bebas di luar mencari rezeki dan bersosial seperti ayam kampung yang lain.Baru ini yang dikatakan ayam kampung. Setelah hidup sihat di dalam brooder diberi makan dan minum yang cukup,anak-anak ayam kampung ini perlu dipindahkan ke ruang reban yang lebih luas agar kehidupan mereka lebih ceria dan sihat bila dapat berlari dan berkenalan antara satu sama lain.Jika tersilap langkah alamatnya memang kena belasah lah. Sebelum anak-anak ayam ini dilepaskan saya telah memperkenalkan mereka nasi.Semoga selepas ini mereka akan makan nasi bersama-sama ayam kampung dewasa yang lain.Ini adalah menjadi makanan asas bagi mereka dan seterusnya anak-anak ayam kampung akan belajar sendiri menjamu pelbagai menu yang berada disekeliling kawasan ternakan apabila berkawan dengan ayam dewasa.See more

Minggu, 17 Juni 2012

Terpaksa Memulakan Stok Ayam Kampung Yang Baru

Belum sampai bulan Ramadhan dan Syawal bulan yang menjadi permintaan yang tinggi ayam kampung muda di dalam reban saya telah habis dijual atas permintaan pelanggan.Saya pun tidak menjangka perkara ini berlaku.Hanya yang tinggal sekarang hanyalah ayam kampung yang masih saiz kecil lagi dalam usia 2 hingga 4 bulan.Jikalau ada pun kawanan ayam kampung yang tinggal di atas pokok rambutan. Itu yang telah terjual tetapi pelanggan yang meminta jumlah ayam kampung yang banyak terpaksa saya tolak.Oleh yang demikian saya terpaksa membuat semula ayam kampung saya dengan kuantiti yang banyak mengikut permintaan yang sebelum ini. Kepada yang sesiapa yang saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka,saya memohon jutaan maaf atas kesilapan teknikal ini.Mungkin akan datang kita boleh bertemu semula.See More

Kamis, 17 Mei 2012

Ayam kampung sedia untuk dijual pada bulan ini

Ayam dewasa muda yang semakin banyak menyukarkan anak-anak ayam kampung untuk mencari makan dan berlindung kerana terpaksa bersaing untuk meneruskan hidup.Oleh kerana pada tempoh ini ayam muda seperti ini sesuai untuk dibuat masakan seperti lauk masak asam pedas,lemak cili padi,kari dan sup terutamanya sup herba yang dikatakan boleh memulihkan tenaga dalaman bagi orang yang bekerja kuat dan lain-lain lagi.Oleh itu jika anda berminat untuk menikmati isi dagingnya tidak perlu lagi teragak-agak untuk mendapatkannya.See video
Jika berminat sila hubungi saya emel: okochadt@gmail.com

Jumat, 11 Mei 2012

Anak ayam kampung dipelihara di dalam brooder

Kebelakangan ini jumlah telur anak ayam kampung yang menetas amat mengalakkan secara semulajadi dengan menggunakan ibu ayam.Jumlah ayam dewasa yang semakin banyak menyukarkan lagi untuk anak-anak ayam yang berusia sebulan ke bawah untuk terus hidup walaupun bersama ibunya.Jika perkara ini masih dibiarkan anak-anak ayam kampung ini bersama ibunya maka potensi untuk hidup dengan peratus yang tinggi adalah tipis. Kebelakangan ini pula anak-anak ayam kampung yang dibawa atau dibimbing oleh ibunya sendiri akan mengalami sakit-sakit atau jangkitan kuman apabila ibunya sedang melalui proses penceraian.Seekor demi seekor akan tumbang disebabkan sudah tiada arah tuju apabila tiada pembimbing.Hanya anak ayam kampung yang bernasib baik sahaja boleh meneruskan kehidupan di masa akan datang.Jadi langkah yang diambil adalah memelihara anak ayam ini dari usia mereka baru menetas hingga usia 2bulan hingga 3 bulan baru dilepaskan.Oleh kerana itu terpaksa lah saya memelihara anak-anak ayam kampung ini di dalam brooder.See More

Sabtu, 21 April 2012

Ayam Kampung yang Dieramkan Dengan Inkubator

Ini adalah anak ayam kampung hasil penetasan inkubator daripada telur ayam yang berlebihan untuk dieramkan oleh ibunya.Oleh kerana telur ayam yang berlebihan akibat perkongsian sarang oleh ayam-ayam betina lain,saya menghadkan kepada 10 biji saja.Selebihnya saya menggunkan inkubator untuk mengeramkan nya.Sihat anak-anak ayam kampung ini.See more.....

Jumat, 06 April 2012

Ayam Makan Pagi


Pada bulan April ini,setiap pagi ayam kampung ini dilepaskan terlebih dahulu untuk meragut rumput sebelum mereka diberi makan.Ini kerana dalam keadaan lapar ayam kampung ini akan makan apa saja dihadapan mereka dan senang bagi penternak untuk membiarkan mereka meragut.Rumput-rumput atau tumbuhan ini merupakan herba atau antibiotik bagi tubuh badan mereka dan hanya ayam kampung ini saja yang tahu.Setelah lama dibiarkan barulah ayam kampung ini diberi makan lebihan nasi,jagung serta dedak sedikit.See More

Rabu, 01 Februari 2012

Stok ayam kampung pada bulan Jun dan Julai 2012

Baru-baru ini anak-anak ayam kampung saya dapat diturunkan lebih kurang 70 ekor.Penetasan tersebut memberi suntikan semangat saya untuk mempertambahkan lagi bilangan ayam kampung saya ini.Ia juga selari dengan jatuh nya bulan puasa dan raya.Sekurang-kurangannya tak ada lah pelanggan merungut bekalan ayam kampung tidak mencukupi.



Dengan bilangan ayam kampung yang bertambah ini memberi suntikan semangat saya untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kualiti pada penternakan ayam kampung saya ini.Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini.See more

Rumah untuk dijual di Melaka

Senin, 02 Januari 2012

Anak Ayam Kampung Kembali Lagi



Alhamdulillah baru-baru ini anak ayam kampung saya menjadi dan menetas.Saya menggunakan kaedah serkap dan brooder untuk melihat kaedah mana efektif untuk pembesaran anak ayam



Anak ayam kampung dikurungkan bersama ibunya di dalam kurungan berkaki





Anak ayam kampung yang dikurung dengan ibunya didalam serkap lebih aktif dan berdikari



Ini adalah anak ayam kampung yang dibesarkan menggunakan brooder dan mentol lebih sihat dan pembesaran ia pun cepat.See More





Rabu, 21 Desember 2011

Google pelindung keselamatan dalam reban

Baru-baru ini saya dijangkiti penyakit ketumbit.Keadaan ini begitu merimaskan apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai dan kebanyakkan memandang sinis lalu mengusik 'mengendap' orang ke?Saya tak peduli apa orang nak cakap janji saya nak sihat.Apabila berhadapan dengan masalah ini,saya berjumpa dengan doktor mengatakan lain kali kalau nak bawa motor pakai helmet yang bervisor jika tidak habuk akan masuk mata.Jika dibiarkan atau tidak dititik beratkan penyakit ketumbit boleh berulang.Walhal saya ini dah lama tak bawa motor.Punya lah sakit bila operasikan mata ni.Baru saya sedar bahawa penyakit ketumbit yang saya hadapi ini adalah berpunca daripada habuk yang berterbangan di dalam reban.

Apabila kita menternak ayam kampung ini kita akan berhadapan dengan banyak habuk.Bila kita kendalikan jagung ada habuk,pegang dedak ada habuk,bersihkan sarang ayam ada habuk malah ayam terperanjat terbang pun kena habuk.Oleh kerana itu saya sarankan janganlah jadi macam saya ini,pakailah cermin keselamatan untuk menghindarkan habuk daripada terkena pada mata yang boleh mengundang pelbagai penyakit dan kemalangan.



Selasa, 13 Desember 2011

Anak Ayam Kampung Baru Menetas

Selepas serangan anjing liar ke reban saya ini yang mengakibatkan kematian sebanyak 30 lebih ekor,anak ayam sebanyak lebih kurang 30 ekor telah menetas...Rasa dan gembira bila anak-anak ayam ni menetas.Syukur alhamdulillah.Semoga ia cepat membesar dengan sihat hingga boleh dituai.See More


Ibu ayam dikurung dalam serkap membolehkan anak-anak ayam kampung menjadi lebih sihat


Tidak kurangnya pula anak ayam kampung dari inkubator

Kamis, 24 November 2011

Reban Ayam Kampung diSerang Anjing Liar


Baru-baru ini sedang sibuk membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan adik saya reban ayam kampung saya telah diserang anjing liar.Ketika itu saya berada di tempat kerja.Alangkah terkejut apabila saya mendapat tahu apabila bapa saya menelefon mengatakan hampir separuh ayam saya mati dibunuh oleh anjing-anjing liar tersebut.Walaupun reban ayam kampung saya ini dipasang dengan jaring besi halus tetapi ia masih boleh dibolosi oleh anjing-anjing liar tersebut.Anjing-anjing ini menggunakan kekuatan gigi yang tajam boleh merobek jaring besi tersebut.



Memang sudah lama saya bercadang untuk memasang zink yang sudah dibeli tetapi memandangkan tukang kayu asyik sibuk melayan pelanggan lain untuk menyiapkan rumah binaan.Apa kan daya anjing-anjing liar sudah menyerang dahulu reban ayam kampung.Saya redha saja apa yang telah berlaku.Mungkin tak ada rezeki.Oleh itu kena terus bangkit daripada kegagalan untuk menjadi insan yang hebat :-) See More