Senin, 07 Mei 2012

Roti Dam Coklat


 
 
Kembali bekerja setelah 3 hari bercuti. Ish ish ish...kena cari ni semangat yang hilang entah ke mana. Semangat nak kerja, nak berblog, adehhhh...ni la padahnya kalau tinggal lelame. Dok kg tenet asyik putus2 aje, hampeh sungguh.
 
Pagi ni nak tunjukkan roti yang entah bila cheq sue buat...memang dah selamat dah, bukan setakat jadi baja, kalau ada benih dah tumbuh dah pun. Alkisahnya masa buat ni teringin sangat nak makan roti. Bila tengok2 buku, terjumpa satu resepi yang tak guna banyak tepung. Cheq sue uli adun guna food processor aje dan kemudian diuli secara manual dalam 20 minit. Hasilnya tak mengecewakan, memang lembut aje kejadian rotinya. Tapi cheq sue ada jugak la tukar sikit2 bahan2nya tu... 

Konon2 nak buat roti dan, dah susun pun kedudukan selang seli doh coklat dan doh plainnya tapi entah camana bila dah masak jadi macam ular katam tebu pulak. He he he... Nanti nak buat lagilah biar jadik damnya. Geram betul bila pikirkan. Kalau sesape yang nak buat tu bolehla dijadikan kudap-kudapan. Memang sesuai sangatlah. TQ penyumbang resepi. 

Wassalam...
 


 
ROTI MARBLE COKLAT
Resepi : Onigiri @ MyR

Bahan-bahan
200g tepung roti
50g tepung gandum
1 sb majerin @ butter
140 ml susu segar (cheq sue guna 1 telur + air suam = 140ml)
1 sk yis
2 sb gula
½ sk garam
1 sk bread improver
1 sb serbuk koko bancuh dengan sedikit air

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sehingga tidak lekat di tangan. 
Perap selama 40 minit, kemudian tumbuk2 keluarkan anginnya
Bahagi doh pada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko. Kalau terlebih boleh tambah tepung. 
Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
Tutupkan keseluruhan adunan tadi
Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
Letak dlm sandwish loaf.
Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar