Tampilkan postingan dengan label alam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label alam. Tampilkan semua postingan
Minggu, 18 September 2011
Keindahan Alam Semesta
Jumat, 16 September 2011
Bintang-Bintang Yang Berkelipan di Bawah Gua
Bintang-bintang yang menakjubkan ini sebenarnya adalah kelip-kelip (glow worm) di dalam gua bawah tanah yang hitam legap. Cahaya yang i keluarkan oleh glow worm ini menghasilkan seolah-olah kerdipan bintang yang indah.Gua batu kapur ini terletak 150 kaki bawah tanah, dan boleh di temui di Waitomo, New Zealand
Glasier Paling Indah di Dunia
Glasier yag di beri nama Perito Morino ini merupakan antara salah satu glasier yang tidak mencair. Glasier sepanjang 30km ini membeku menjadi ais kerana suhu yang terlalu sejuk di sana.
Glasier Perito Morino juga merupakan sebahagian daripada Selatan Patagonia Field ice, iaitu rizab air segar (bebas dari pencemaran) ketiga terbesar di dunia
Hutan Berbatu yang Indah di Russia
Menakjubkan..
Minggu, 11 September 2011
Jenis-Jenis Awan
Sirus
di definisikan sbg awan yang tampak tersusun dari serat lembut dan halus berwarna putih mengkilap bagaikan sutera, tanpa bayangan sendiri
Sirokumulus
sirostratus
awan yang tampak seperti tirai kelambu halus keputih-putihan
Altokumulus
lapisan awan berwarna putih atau kelabu yang terdiri dari unsur2 berbentuk bulatan pipih
Altostratus
awan yang nampak berserat/seragam tapi berwarna kelabu/kebiruan menutupi sebagian/seluruh langit
Nimbostratus
lapisan awan yang seragam, luas dan berwarna kelabu tua.
Stratokumulus
lapisan awan yang terdiri dari unsur bulatan pipih/memanjang berwarna kelabu. masing2 unsur dapat saling menyambung.
Stratus
awan rendah yang seragam umumnya berwarna kelabu tetapi tidak menyentuh permukaan bumi
Kumulus
awan yang umumnya mampat dan berbentuk gumpalan yang menjulang
Kumulonimbus :
awan yang sangat mampat dan padat menjulang tinggi menjadi gumpalan yang besar, pada awan ini dapat mengangkut 300.000 ton air biasa juga disebut awan badai
source: http://www.indogamez.com/
Jumat, 09 September 2011
Keajaiban " Morning Glory Pool " di Taman Negara Yellowstone
Sebuah lagi keajaiban alam semulajadi yang patut kita kagumi ialah "Morning Glory Pool", yang terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Dengan gelaran kolam 'seribu wajah' kerana penampilan warnanya yang berwarna-warni, biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga.

Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan "Morning Glory Pool" sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini. Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai "Morning Glory Pool" sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.
Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannya telah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.
Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.
Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas "Morning Glory Pool" suatu masa nanti hanya tinggal kenangan yang terakam di dalam foto-foto sahaja.








Langganan:
Postingan (Atom)