Tampilkan postingan dengan label This Is Kelantan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label This Is Kelantan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Juni 2013

Jeram Pasu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa cuti sekolah baru ni sempatlah saya dan anak buah ke Jeram Pasu, yang jaraknya kira2 15 menaiki kereta dari rumah. Saya balik saja terus budak2 ajak. Kata mereka tokmek bahitahu ajak bila makcik balik. Jadi nak tak nak kena la jugak langsaikan janji dengan kanak2 ribena yang tak sudah2 kata nak pergi. Kalau zaman sekolah dulu saya and the gang sanggup berjalan kaki dari rumah ke sana...

Nostalgianya di Jeram Pasu ni...adalah tempat di mana saya berjumpa dengan kekasih hati yang pertama. Ha ha ha ha...gelak jahat dulu. Zaman budak2 weh, gatal je lebih masa tu. Sekarang ni nan hado la. Senyum sendiri bila terkenang.


Di Jeram Pasu ni, air terjunnya ada beberapa peringkat. Yang ini kawasan paling bawah. Kalau dulu tak dapat nak mandi dekat sini sebab airnya dalam tetapi sekarang tak dah sebab banyak pasir. Saya sendiri hampir lemas di sini tapi sempat ditarik oleh seseorang. Hai, sadis bila ingat semula. Di sini juga saya sempat menguji setting kamera di mana yang ini saya menggunakan speed shutter yang perlahan.


Cantik kan, air terjun mini dalam 3 tingkat.


Ada juga kemudahan yang disediakan seperti tempat penginapan, tandas, wakaf dan tempat duduk. Di kawasan situ ada juga disediakan gerai makan, jadi tak ada masalah kalau tak bawa makanan atau tba2 rasa lapar.


Di sini juga disediakan gelongsong simen dan dihujungnya ada kolam (dewasa dan kanak2). Cuma kena hati2lah sikit, kalau simen tu licin, kang tak pasal2 boleh jatuh. Kalau ada mozek yang pecah, alamatnya berdarah la kaki. Di sini boleh tengok macam2 cara orang menggelongsor. Ada yang berdiri, meniarap, duduk dan berkumpulan.


Selain dari tempat gelongsor untuk orang dewasam ada juga disediakan untuk kanak2. Jaraknya tak la jauh, kira2 sesuai la. Cuma kalau budak2 gelongsor tu kena la hati2...bukan apa bila dah masuk ke dalam kolam boleh jugak lemas kerana tujahan air.

Kalau ada sesiapa yang nak berkunjung ke sana boleh melalui dua jalan iaitu melalui jalan lama Pasir Puteh - Machang (melalui kebun getah) dan juga jalan Kota Bharu - Pasir Puteh (melalui Sekolah Sains Pasir Puteh). Cubalah bertandang ke sana, lihat dan rasai kesegaran alamnya.

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam 

Rabu, 08 Mei 2013

"Terima Kasih Rakyat Kelantan"

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sekadar perkongsian. Dengar dan fahami. Tak boleh cakap banyak. Masih sebak mengingatkan dia yang terlalu istimewa.......


 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 07 Mei 2013

Kerana Dia Terlalu Istimewa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 
"Terima kasih. Biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Kelantan, hanya rakyat Kelantan sahaja yang tahu mengapa Kelantan sungguh istimewa di bawah kepimpinan ulamak. Terima kasih Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat." [FB]

 Masih dalam mood pilihanraya? Tidak! Saya redha dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia dalam PRU 13 ni. Segala yang berlaku, permainan politik kotor dan diluar landasan kita serahkan pada Yang Maha Mengetahui. Cuma kali ini saya ingin menulis dari sudut pandangan saya, rakyat marhaen negeri Kelantan. Umum mengetahui selepas keputusan setiap negeri diketahui, masing2 akan membentuk kerajaan baharu, begitu juga dengan kerajaan Kelantan. Sedih, sayu dan pilu apabila kali ini Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tidak lagi mengetuai negeri Kelantan sebagai Menteri Besar. Gambar dan petikan di atas saya dapat dari FB, sudah lama sebenarnya ada gambar ni, sebelum pilihanraya lagi... memang berair mata membacanya...tentang bagaimana harapan dan keinginan seorang hamba Allah yang mahu meneruskan legasi pemerintahan Islam untuk selamanya.

Sebelum itu, saya hendak tegaskan di sini yang saya bukanlah siapa-siapa ingin bercerita. Saya hanya insan biasa yang ada kelemahan dan mungkin saya menulis tanpa fakta. Tetapi itulah, saya hanya ingin tulis apa yang saya rasa.

Sebenarnya, apalah yang sangat dibanggakan menjadi rakyat Kelantan? Di dalam statement di atas pun ada tertulis...hanya orang Kelantan saja yang tahu istimewanya... Sana sini orang menghina, memburukkan kami, berkata begitu begini kepada kami... Kelantanlah negeri yang paling miskin, yang paling mundur dan tiada pembangunan di dalamnya. Saya tak tahulah di mana yang dituduhnya...tapi kalau la sapa yang pernah datang ke sini mesti menafikan semua itu. Tak perlulah saya ceritakan tentang kekayaan sumber yang ada di negeri kami. Orang lain tidak perlu tahu kerana terlalu ramai yang inginkan kekayaan itu.

Saya sendiri pun hampir separuh umur dihabiskan di luar negeri Kelantan. Dan percayalah, tanyakanlah kepada mana-mana anak Kelantan di perantauan...masuk sahaja ke Gua Musang, tanpa sedar perasaan menjadi tenang dan suka yang lain daripada biasa. Saya pun kalau nak balik je kampung, tenang je rasa dalam perjalanan...yang mana perasaan itu tidak dapat saya rasa di mana-mana. Saya tidak mengharapkan ada KLCC atau Masjid Kristal di negeri saya...cukuplah dengan apa yang ada, dengan ketenangan dan sedikit kemewahan yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

Bercerita tentang TGNA tu, jarang sangat nak dapat MB sepertinya di negeri lain. Memandang saja wajahnya cukup mendatangkan ketenangan kepada kita. Dia bagaikan datuk yang sangat menyayangi keluarga besarnya. Saya tak tahulah...saya sangat suka memandang wajahnya. Di rumah saya tu memang ada beberapa keping gambarnya (rumah ayah saya sebenarnya...saya hanya menumpang balik sekali sekala ^_^) bila tengok tu rasa tenang je dalam hati. Dengan wajahnya yang  putih bersih walaupun dah dipenuhi kedut seribu, dengan senyumnya yang teratur dan manis di pandang... sesunguhnya rakyat Kelantan sangat bertuah kerana mempunyai dia sebagai MB selama 22 tahun. Dan sepanjang tempoh itulah rakyat Kelantan di Dun Chempaka terutamanya tidak sunyi mendengar kuliahnya pada setiap hari Jumaat. Betapa cemburunya saya...

Dan pada tahun ini, beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan itu kepada timbalannya sebelum ini Datuk Ahmad Yakcop. Iyalah, dengan faktor kesihatan dan umur yang semakin meningkat, mungkin beliau mahu berehat dan hanya mahu melihat. Tetapi saya sejujurnya mengharapkan beliau untuk terus memantau dan memberi nasihat tunjuk ajar kepada barisan pemerintahan Kelantan yang baru agar dapat mengekalkan dan meneruskan pemerintahan beliau yang terbaik sebelum ini. Dan seperti ada satu komen di dalam FB yang mengatakan, kita akan kehilangan 'doa orang alim' dengan kebersaraan itu. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan TGNA.... We love Tok Guru!

Update : Alhamdulillah sampai di CH, membawa seribu perasaan...

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 27 April 2013

Masjid Jubli Perak Rantau Panjang @ Masjid Beijing

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di Masjid Jubli Perak @ Masjid Beijing di Rantau Panjang. Dah lama dok menyebut, akhirnya dapat menyempurnakan solat jamak qasar di sana. Dalam perjalanan  ke pekan Rantau Panjang, masjid ini boleh dilihat dengan jelas kerana terletak di tepi jalan.


Binaan di dalamnya sangatlah sempurna. Hampir menyamai binaan Masjid Niujie di Beijing dan menggabungkan senibina Islam dan Cina. Ruangan solat di dalamnya luas dan dapat memuatkan 1000 jemaah pada satu2 masa. Ianya mula dibina pada 2005 dan siap pada 2009 dengan anggaran kos sebanyak RM8.8 juta. Alhamdulillah...menjadi mercu tanda kebanggan rakyat marhaen Kelantan. Bukan sahaja sebagai mercu tanda Rantau Panjang, tetapi juga menjadi salah satu tempat untuk bersama mengaminkan doa pada Yang Esa.


Secara keseluruhannya masjid ni agak bersih. Saya rasa pengurusannya bagus tetapi pada bahagian atas / bumbung dah mula kelihatan sisa najis burung layang2, kalau dibiarkan memang boleh mengotorkan ruangan di dalam masjid.


Masa saya singgah tu ada beberapa khemah di hadapan masjid, tak tahulah ada program apa, jadi tak dapatlah nak ambil gambar penuh. Di kiri dan kanan pintu masuk masjid jugak ada beberapa kedai yang menjual barangan keperluan orang Islam seperti jubah, sejadah, baju melayu dan sebagainya. Beg dan makanan ringan pun ada. Mungkin konsepnya membeli sambil beramal kot.


Dekorasi di bahagian dalam. Candeliar yang cantik, mimbar yang unik dan ukiran di dinding yang bermutu tinggi. Tenang dan sejuk saja di dalamnya. Cuma saya agak konfius berkenaan tentang pemisah ruangan lelaki dan wanita. Sekejap saya nampak macam boleh tembus pandangan cerminnya ke ruangan lelaki. Tak tahulah perasaan saya atau ape pulak sebenarnya.

Pandangan dari sisi. Tandasnya di asingkan dari ruangan utama masjid. Kira ok la kan, tak adalah nak bau yang kurang menyenangkan masa tengah sembahyang.


Nah, ada jugak abang ni jual asikrim. Serius sedap aiskrimnya. Yang dibeli ni dah diampurkan dengan pelbagai bagai seperti roti, jasung, lokcing, agar-agar dan entah apa lagi. Harga tak tahu la pulak, lupa nak tanya member. Jadi buat kawan2 yang berkesempatan ke Kelantan, jangan lupa berkunjung ke sini sebagai kenang-kenangan...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 25 April 2013

Rantau Panjang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ada yang dah boring dengan n3 'bendera' saya ni? Hmmmmm, tak mengapa, daripada kosong tak ada n3 kira ok lah tu. Saya masih di dalam mood nak mencari kerajinan memasak. Setakat masak yang ala-ala aje tak kuasa pulak nak bergambar. Lagi pula saya jarang sangat menunjukkan cerita tentang tempat2 di negeri saya yang tercinta ini.

Rentetan daripada n3 ini, balik daripada KB tu kami terus ke Rantau Panjang, member nak beli barangan yang dikirim pekerja sekolah dan kemudian melawat saudaranya di Batu Melintang seterusnya balik ke CH melalui jalan Jeli-Gua Musang. Saya belum pernah lalu lagi jalan ni, memang terasa la jugak penatnya duduk dalam kereta walaupun tak drive.


Saya sebenarnya dah lama jugak tak ke sana, bukan apa...kalau tak ada kerja memang malas nak jalan2, tambah2 kalau orang ramai, dengan panas dan sesaknya, harga pulak melambung, baik la membeli-belih di Pasir Puteh sahaja. Dalam perjalanan, perang bendera tak kurang meriahnya....musim pilihanraya ^^


Rasanya apa yang ada di sana tu dah tak perli dinyatakan, korang sendiri agaknya dah lebih maklum dari saya. Saya kalau nak membeli di tempat yang ada banyak barang ni memang bermasalah sikit. Belek situy belek sini last2 apa pun tak beli. Baik saya terus ke satu kedai dan beli saja di situ. Masa saya pergi ni pun, hanya beli palazo, harga RM17.


Sempat jugak test teknik fotografi tapi tak berapa nak lawa lagi sebab cuaca mendung. Baru sekali masuk kelas Kelab Fotografi, banyak lagi yang perlu dipelajari.


Adik Naim yang sukarela menjadi bahan fokus. Sibuk aje dia nak beli kasut bola padahal dah beli satu di KB. Tapi akhirnya bukan kasut, sepasang jersi bola pula yang ditambah ke dalam koleksi. Apapun, seronok berjalan-jalan....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 24 April 2013

This Is Kota Bharu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masih lagi n3 berkisar tentang kemeriahan pra pilihanraya. Kali ini liputan didatangkan khas dari Kota Bharu. Balik hari tu memang jadi wartawan sungguh, dekat 2 kg diangkutnya EOS tu semata2 nak merakam kemeriahan yang jarang2 ditemui, kira2 5 tahun sekali. Walau bagai mana pun sekali lagi saya nak tegaskan ini bukanlah n3 politik dan saya tidak pro mana2 parti.

Ramai yang sedia maklum, kawasan KB tu kawasan 'panas'... rata2 tempat dipenuhi dengan bendera PAS. Jadi saya dedikasikan gambar2 ni buat perantau, anak Kelantan yang tak berpeluang melihatnya sendiri.


Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan, teringin sangat nak tengok... ^^



Dekat2 nak mengundi nanti mesti lagi meriah kan, macam tak sabar je nak balik...

Buat penyokong BN, ada jugak di sesetengah tempat digantung bendera parti berkenaan...


Jom kita mengundi...


Gambar ni saya snap dekat bangunan PAS, di kawasan stesen bas saya rasa... Memang meriah la kalau tengok 'live'. Cara diorang gantung ni kreatif sungguh

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~