Selasa, 07 Mei 2013

Kerana Dia Terlalu Istimewa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 
"Terima kasih. Biarpun pelbagai dakwaan dilemparkan kepada Kelantan, hanya rakyat Kelantan sahaja yang tahu mengapa Kelantan sungguh istimewa di bawah kepimpinan ulamak. Terima kasih Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat." [FB]

 Masih dalam mood pilihanraya? Tidak! Saya redha dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia dalam PRU 13 ni. Segala yang berlaku, permainan politik kotor dan diluar landasan kita serahkan pada Yang Maha Mengetahui. Cuma kali ini saya ingin menulis dari sudut pandangan saya, rakyat marhaen negeri Kelantan. Umum mengetahui selepas keputusan setiap negeri diketahui, masing2 akan membentuk kerajaan baharu, begitu juga dengan kerajaan Kelantan. Sedih, sayu dan pilu apabila kali ini Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat tidak lagi mengetuai negeri Kelantan sebagai Menteri Besar. Gambar dan petikan di atas saya dapat dari FB, sudah lama sebenarnya ada gambar ni, sebelum pilihanraya lagi... memang berair mata membacanya...tentang bagaimana harapan dan keinginan seorang hamba Allah yang mahu meneruskan legasi pemerintahan Islam untuk selamanya.

Sebelum itu, saya hendak tegaskan di sini yang saya bukanlah siapa-siapa ingin bercerita. Saya hanya insan biasa yang ada kelemahan dan mungkin saya menulis tanpa fakta. Tetapi itulah, saya hanya ingin tulis apa yang saya rasa.

Sebenarnya, apalah yang sangat dibanggakan menjadi rakyat Kelantan? Di dalam statement di atas pun ada tertulis...hanya orang Kelantan saja yang tahu istimewanya... Sana sini orang menghina, memburukkan kami, berkata begitu begini kepada kami... Kelantanlah negeri yang paling miskin, yang paling mundur dan tiada pembangunan di dalamnya. Saya tak tahulah di mana yang dituduhnya...tapi kalau la sapa yang pernah datang ke sini mesti menafikan semua itu. Tak perlulah saya ceritakan tentang kekayaan sumber yang ada di negeri kami. Orang lain tidak perlu tahu kerana terlalu ramai yang inginkan kekayaan itu.

Saya sendiri pun hampir separuh umur dihabiskan di luar negeri Kelantan. Dan percayalah, tanyakanlah kepada mana-mana anak Kelantan di perantauan...masuk sahaja ke Gua Musang, tanpa sedar perasaan menjadi tenang dan suka yang lain daripada biasa. Saya pun kalau nak balik je kampung, tenang je rasa dalam perjalanan...yang mana perasaan itu tidak dapat saya rasa di mana-mana. Saya tidak mengharapkan ada KLCC atau Masjid Kristal di negeri saya...cukuplah dengan apa yang ada, dengan ketenangan dan sedikit kemewahan yang diberikan oleh Yang Maha Esa.

Bercerita tentang TGNA tu, jarang sangat nak dapat MB sepertinya di negeri lain. Memandang saja wajahnya cukup mendatangkan ketenangan kepada kita. Dia bagaikan datuk yang sangat menyayangi keluarga besarnya. Saya tak tahulah...saya sangat suka memandang wajahnya. Di rumah saya tu memang ada beberapa keping gambarnya (rumah ayah saya sebenarnya...saya hanya menumpang balik sekali sekala ^_^) bila tengok tu rasa tenang je dalam hati. Dengan wajahnya yang  putih bersih walaupun dah dipenuhi kedut seribu, dengan senyumnya yang teratur dan manis di pandang... sesunguhnya rakyat Kelantan sangat bertuah kerana mempunyai dia sebagai MB selama 22 tahun. Dan sepanjang tempoh itulah rakyat Kelantan di Dun Chempaka terutamanya tidak sunyi mendengar kuliahnya pada setiap hari Jumaat. Betapa cemburunya saya...

Dan pada tahun ini, beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan itu kepada timbalannya sebelum ini Datuk Ahmad Yakcop. Iyalah, dengan faktor kesihatan dan umur yang semakin meningkat, mungkin beliau mahu berehat dan hanya mahu melihat. Tetapi saya sejujurnya mengharapkan beliau untuk terus memantau dan memberi nasihat tunjuk ajar kepada barisan pemerintahan Kelantan yang baru agar dapat mengekalkan dan meneruskan pemerintahan beliau yang terbaik sebelum ini. Dan seperti ada satu komen di dalam FB yang mengatakan, kita akan kehilangan 'doa orang alim' dengan kebersaraan itu. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan TGNA.... We love Tok Guru!

Update : Alhamdulillah sampai di CH, membawa seribu perasaan...

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar