DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH dalam akhbar Sinar Harian, 16 Mei 2013 menyarankan UMNO agar bertaubat nasuha. Anjuran itu disebut Dato' Saifuddin itu diluahkan dalam Wacana Sinar siri ke-20 berjudul "Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu" di Auditorium Karangkraf. Menurut Dato' Saifuddin, UMNO perlu terima kritikan rakyat dengan hati terbuka. Hal ini menjurus pada kritikan rakyat yang semakin jelas menolak segala unsur korupsi dan penyelewengan kepimpinan UMNO.
Dalam wacana yang sama, Dato' Saifuddin juga menganjurkan Barisan Nasional agar mewujudkan satu garis seperti yang pernah dilakukan di Hong Kong. Bagi Dato' Saifuddin, "Pertamanya, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memohon maaf atas kesilapan lalu. Itu sangat penting. Kedua, menyatakan dengan tegas bahawa perkara lama [kesilapan] itu tidak akan diulangi dan ketiga bermula ke hadapan mengurus tadbir yang bru dengan mengamalkan politik baru, mengangkat diskusi politik ke paras yang tinggi."
Pada saya, agak jelas bahawa PRU 13 memperlihatkan wujudnya dua kelompok pengundi. Pertama, pengundi yang masih menagih pembangunan seperti pembinaan jalan raya. Kedua, ialah kalangan pengundi yang menuntut kepimpinan yang lebih 'bersih', yang mahukan demokrasi dan cengkaman daripada rasuah. Hal ini juga disentuh Dato' Saifuddin dan mencetuskan idea beliau agar BN mengadakan garis putih.
Tidak terlepas daripada pengamatan, Dato' Saifuddin turut memperakui bahawa rasuah sememangnya wujud dalam kalangan tertentu dalam pelaksanaan transformasi yang diuar-uarkan. Menurut Dato' Saifuddin, "Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan rasuah, kita akui masalah itu berlaku. Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus. Ini dikatakan tidak mencukupi. Kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu. Kita terima teguran rakyat terutamanya pada PRU 13 dan 2008, kami ditegur 2013; taubat nasuha."
Cadangan dan pengakuan Dato' Saifuddin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang amat diminati golongan belia ini perlu direnung UMNO dengan akal yang waras. Ambil pengajaran bahawa rakyat kita semakin jelas dan menolak segala penyelewengan dalam pentadbiran. Sebagai pemimpin, tidak semua yang dilakukan adalah benar. Ambil teguran rakyat, dan berubahlah sebagai tindakan. Teladan kepimpinan yang harus dipraktikkan sudah lama ditunjukkan oleh sirah nabawiyah, tinggal lagi mahu dijadikan teladan atau hanya dikesampingkan. Yang lama, tidak semestinya tidak berguna dan yang baharu, bukanlah sesuatu yang baik sekiranya tidak menyumbang kepada pembangunan insan, sebaliknya hanya bertumpu pada pembangunan material.
Kepada Dato' Saifuddin Abdullah, semoga istiqamah dalam menyatakan kebenaran, walaupun pahit dan tergugat kedudukan.
kenangan bersama Dato' Saifuddin Abdullah |
kenangan bersama Dato' Saifuddin Abdullah |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar