Tampilkan postingan dengan label My Blog. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label My Blog. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 11 Mei 2013

Header Baru Lagi????

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Hasil keboringan hujung minggu.... Blog kedua [di sini]

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 07 Agustus 2012

Dah Lepas Angka Lima, SUKA!

 
Jika nak dibandingkan dengan traffik blog kawan2 yang dah mencanak tu, angka yang terpapar di blog cheq sue ni apalah sangat nilainya. Tetapi secara peribadi, tuan tanah kedaung tersangatlah suka dengan peningkatan angka tersebut, dari satu, dua, tiga, empat, lima dan enam angka, nilai itu tersangatlah berharga.
Selama hampir 2 tahun berblog, dengan pelbagai rencah n3 dan suka duka dengan teman-teman, ini adalah harga yang mengukirkan senyum di bibirku. Pict tu di screen pagi tadi, dan nampaknya sehingga n3 ini dikeluarkan, makin bertambah nilainya. Sebenarnya untuk mendapatkan angka itu, sudah terlalu banyak yang cheq sue pelajari. ^_^
Walaupun pergerakan traffiknya tu tak la sehebat mana tapi cukuplah untuk pencapaian sendiri...dah suka sangat-sangat ni... Ada orang kisah? Wassalam...
 
Stylish Thankyou

Sabtu, 07 April 2012

Secara Rasminya... AKU BUKAN CHEF


 
 
 
 
Sepanjang berblog, dah berapa kali rasanya cheq sue menukar watermark dan header
Semuanya berdasarkan perasaan suka mencuba dan membuatnya sendiri
Kebanyakan header / watermark adalah hasil godekan cheq sue di CS2 ataupun photoshop
Sebenarnya sangat jeles dengan blogger lain yang mempunyai watermark @ header mahupun background yang cantik2 belaka
Tapi xpelah, dengan usaha sendiri cheq sue sangat berbangga dengan apa yang ada di blog ini
Namun
Sukacita ingin dikongsikan di sini bahawa blog kesayangan cheq sue ni
Kalau dulu dikenali sebagai Ila_Cheq Sue
Tapi cheq sue dah ambil keputusan untuk menamakannya semula sebagai
 
'AKU BUKAN CHEF'
 
Bertepatan dengan blog ni yang banyak menampilkan hasil-hasil masakan
Walaupun hanya masakan yang biasa-biasa saja
Cukuplah sumbangannya pada mereka yang baru berjinak di alam dapur
Mahupun orang2 lelaki yang mahu cuba memasak
Semoga dengan adanya blog AKU BUKAN CHEF ini akan lebih memajukan lagi diri cheq sue
Sebagai seorang wanita berkerjaya yang tidak pernah lupa tugasnya di dapur
^_^
Wassalam...

Sabtu, 22 Oktober 2011

1st Anniversary

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wahhhh...kemain special menu lunch hari ni ye....Cheq sue belum lunch lagi, masak pun belum siap. Di kg jadual makannya berbeza sedikit. Maklumlah pagi dah sarapan berat, ladi lunch agak lewat. Kat rumah ni senang, tak perlu nak pk macam2...nak masak ape, nak gulai ape. Selalu masak yang simple2 aje, kalau la masak pelik2 macam grilled rosemarry chicken tu alamat x laku la.... (jangan marah ye Zack!) Keluarga kita ni tipikal aje, kalau yang 'diluar norma kebiasaan' ni dipandang ajelah...

Sebenarnya nak citer tentang ulangtahun pertama blog "Ila_CheqSue" hari ni. Eeeeeeee cepatnya masa berlalu. Walaupun dah tertubuhnya blog ni tahun lepas, aktifnya hanya pada bulan Mei tahun ini. Berapa lama blog tu tersadai. Lupa password, x reti nak guna macam2 alasan la. Cheq sue masih ingat, follower pertama adalah Nani, yang kebetulan masa tu kenal melalui somtam betik di MyResepi. Terus cheq sue berhai-hai dengan dia sampai sekarang. TQ nani...

Sekarang ni rasa berbaloi jugak bila ada blog. Harap sangat ianya dapat memberi manfaat kepada semua, samada follower ataupun silent reader. Cheq sue xde apa nak diberikan sebagai tanda terima kasih. Cuma nanti insyaAllah cheq sue nak buat 1 GA ringkas sebagai tanda penghargaan. Agak2 ada orang nak join tak ye? Nanti tengok la ya camana... Cuma satu harapan cheq sue agar blog ni akan terus hidup dengan pelbagai resepi akan datang, tak kira la dicuba dari dapur orang lain atau dicipta sendiri. InsyaAllah... Wassalam...

Minggu, 18 September 2011

Header Oh Header

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Buat apa tu? Agaknya ada yang sedang mengemas rumah...mungkin ada jugak yang sedang menyiapkan kelengkapan esok untuk anak2...atau ada tak yang sedang menyiapkan mana2 kerja pejabat yang belum lunas. Cheq sue rasanya masih di awang-awangan...beginilah senarionya bila baru sampai dari kampung, perubahan angin begitu ketara. Ambil masa 2 3 hari jugak nak sesuai dengan environment kat sini. Nak tidur apatah lagi...bertukar sarang, bantal dan bau...agak2 puas golek dulu baru tertidur...

Cerita tentang header ni..kalau ada sape yang perasan kat blog cheq sue ni bermacam2 pesen header yang pernah ada... Daripada perkataan aje...pastu ada gambar sesikit, pastu xde gambar, dok tengah dok tepi semuanya ada. Cheq sue sebenarnya belum dapat satu header yang betul2 memuaskan hati...yang betul2 ngam tanpa mahu di edit lagi. Susah jugak...buat sendiri ghupe itu jugak... Takpelah...belajar usaha sendiri, from zero to hero...berpuashatilah dengan header nan ado tu aje ye dulu..... Xusah dibandingkan dengan header kawan2 yang maveless itu yer...header kite tahap budak tadika aje... *_^

Wassalam...