Tampilkan postingan dengan label Bubur. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bubur. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Mei 2013

Bubur Oat Lobak Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat buat semua sahabatku. Semoga hari ini memberikan keberkatan buat kita semua. Tiga hari berkerja, tau2 dah nak cuti esok... Seronoknya!!

I have no idea tau sebenarnya  bila tengok Tun publishkan bubur oat dan lobak merah di blognya. Haiyyyoooo, saya sangat2 susah nak terima makanan berasaskan oat, yang lepas saya telan hanya oat + milo + susu sahaja, kalau kata bubur ke apa ke memang lambat sikit la nak lepas. Rasanya yang agak melekit tu memang menyiksakan saya... ^^

Tapi kebetulan baru2 ni saya buat carrot susu, dan hasil tapisan carrot tu ada banyak la pulak, jadi saya pun tergerak hati la nak mencuba setakat mana rasanya bubur oat ni. Ejas punya ejas, saya pun masaklah 3/4 pot nasi dan di campurkan dengan hampas lobak merah sebab itulah bubur ni macam kekuningan sikit. Di dalamnya juga saya masukkan sekali 2 biji kentang yang dipotong dadu, sebabnya saya memang tak suka bubur kosong gitu aje. [Banyak songeh...]


Bila dah masak tu, mmmmm macam ok la jugak rasanya di makan panas2. Tak adalah rasa oat sangat tetapi tekak sensitif saya memang awal2 menolak. Nak habiskan semangkuk ni, kata orang Kelantan "kembang tekok" la jugak. Apapun, satu perkongsian yang baik dari Tun, terima kasih ya... mungkin lain kali kalau buat tu kena kurangkan lagi kuantiti oatnya. Terima kasih Tun....


BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH
Resepi : tun telani

Bahan2:
1 mangkuk nasi saya guna 3/4 pot beras
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 btg lobak merah- sagat halus
½ kiub ayam
1 inch halia- hiris halus
Garam secukup rasa
Saya tambah 2 biji kentang dadu, didihkan bersama beras
 
Bahan tabur:
Ikan bilis goreng, Cili merah- hiris, Lada hitam, Bawang goreng

Cara2:
Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
Masukkan oat dan kacau sebentar.
Perasakan garam.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 29 September 2011

Bubur Som-Som

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua. Wah...berderet2 kuar juadah minum petang di bliglist cheqsue nih. Amboiiiiii bukan main lagi korang eh...bikin jeles cheq sue la tu. Bubur som-som ni cheq sue dah cuba beberapa hari lepas. Memang tak pernah buat dan tak pernah makan. Beli pun tak pernah. Bila tengok kak Gee buat, bahan2 pun dah ada kat rumah, cara buat pun senang, terus cheq sue nak cuba. Cuma daripada resepi tu cheq sue buat separuh adunan je supaya x pening nak habiskan.


Sekali rasa bubur som-som ni macam 'kepala santan' lompat tikam, cuma yang ni lebih keras sedikit dan agak kenyal. Yang dibuat ni pulak agak terasa ketepungannya sebab mungkin masaknya dengan api besar. Ye lah bila disebut 1st time tu banyak yang kita xleh nak agak2 lagi macam mana. Untuk 2nd time nanti insyaAllah hasilnya akan lebih memuaskan.

Nampak Kak Gee buat cantik aje guna acuan SM...cheq sue pun buat la jugak dalam acuan apam bentuk love tu yang agak susah sikit nak keluarkan. Herot berot bentuknya.


Rupanya bubur som-som ni sedap sangat dimakan tika sejuk @ dingin. Memang terasa ngamnya lemak2 dengan manis air gula tu. Kalau ada sape nak cuba tu bolehlah tengok resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

BUBUR SOM-SOM
Sumber : Kak Gee

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga mendidih.  Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.  Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara :  
Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.