Sabtu, 12 Mei 2012

Nasi Kuning Ekspress


 

Pertama kali tengok Rahel publish ni, terus je cheq sue mark. Dengan nama sempoinya, dengan bahan2 yang mudah dan cara yang senang, memang kena sungguh tang 'ekspress'nya tu. Cheq sue tak pernah makan pun nasi kuning ni, kalau nasi warna kuning tu dah berkali-kali lah ^^

Dengan menggunakan resepi ni, cheq sue cuma ubah kuantiti dan bahan2 untuk disesuaikan dengan apa yang ada di rumah. Masak pun sikit je, 3/4 pot, dapatlah makan 2 kali. Kita nak makan sorang kan, jangan buat alasan. Kalau ikutkan memang la malas. Setakat 3/4 pot nak masak nasi camni memang kena kuat semangat la.

TQ pada Rahel kerana berkongsi resepi ni. Kalau korang xde masa nak masak tu boleh la cuba resepi ni, gerenti ekspress punya.... Sedapppppppppppp...
Wassalam...

Note : Selamat Hari Jururawat & Selamat Hari Ibu 


NASI KUNING EKSPRESS
Resepi : Rahel

Bahan-bahan :
150g beras
30g beras pulut 
400ml santan sederhana pekat* cheq sue guna bancuhan susu tepung (Omega)
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 lembar daun pandan-disimpul* tak masukkan
1 lembar daun salam* xde stok
2 lembar daun limau purut*
1/4 bawang besar-dicincang*
1 sm halia dicincang*
1 batang serai,diketuk*
1 sudu kecil jus limau nipis* cheq sue ganti dengan 1sk sunquick
Garam secukup rasa*

Cara-cara :
1.Cuci beras hingga bersih dan letak dalam periuk elektrik.Ketepikan.
2.Satukan bahan bertanda di dalam periuk kecil.Panaskan hingga mendidih.
3.Tuangkan ke dalam beras tadi dan teruskan memasak sambil dikacau skali-skala
   untuk mengelak santan pecah.Kemudian biarkan nasi kuning masak sepenuhnya.


Stylish Thankyou

Tidak ada komentar:

Posting Komentar