Selamat petang..... TQ banyak2 pada kawan2 yang meninggalkan komen pada n3 sebelum ni. Maaf banyak2 sebab x dapat nak reply, BW pun mana2 yang sempat aje. InsyaAllah kalau ada kelapangan cheq sue buat mega BW pulak. Maklumlah di awal tahun begini, tambah pulak dah mula aktiviti kokurikulum, masa memang sentiasa cemburu. Ok, berbalik pada resepi ni, cheq sue buat petang semalam. Nampak aje di blog biru nun, terus je cuba separuh adunan. Bila menengokkan hasil yang Hasue buat, cantik aje berbanding dengan yang ini. Takpelah, janji ada rasa dan sedap dimakan. Rasanya lebih kurang sama aje dengan butter cookies, cuma yang ini ada sedikit tepung kastard. Rasanya pun memang sedikit lain.
Alkisahnya cookies yang cheq sue buat ni agak terkeras bila dah siap adun. Adunan tu x berapa nak buleh dipaipkan dalam nozzle, agaknya sebab buttercup tu x lembut sangat kot walaupun dah dalam suhu bilik. Maklumlah kat CH ni cuacanya agak2 lembab, bila mix butter dengan gula tu x la creamy sangat. Jadi cheq sue tambah sedikit majerin, tu yang hilang bentuk barangkali.
Kalau sape yang tercari2 resepi yang agak berbeza tu bolehlah cuba resepi ni. Memang sedap digandingkan tengah teh O di petang2 hari begini. TQ Hasue berkongsi resepi ni... Wassalam...
OYSTER COOKIES
Resepi : HaSue Sumber : Majalah Chef
Bahan-bahan:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya
Cara-cara:
- Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
- Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170'C.
- Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
- Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba! Cheq sue guna suhu 150'C selama 10-15 min
Tidak ada komentar:
Posting Komentar