Macam jugak resepi kuih bakar yang lain, sedapnya kuih bakar ni tang kerak yang keriuk-keriuk tu. Kena yang pahit2 sikit, yang garing time suam-suam tu memang layan habis. Kalau sapa yang belum terbuat lagi tu sila-sila la ushar resepi kat bawah ni. Dah ramai pun yang buat... Antaranya Kak Ros, Kak Yatie, Kak Rabiatun, Nieza, Kak Azlita, Wanieyra, yang dah buat tapi tak tersenarai tu minta maaf ya... Wassalam...
KUIH BAKAR LEMAK MANIS
Resipi: Kak Fida@MyResipi
Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
3 sb susu manis
garam secukup rasa
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning
bijan - utk tabur (opt)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
Masak adunan hingga pekat.
Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar