Kamis, 02 Februari 2012

Bahulu Gula Melaka @ Soft Brown Sugar



 
 
Selamat pagi dan salam sejahtera.... Salam Jumaat yang mulia. Di kesempatan ini syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan meneruskan langkah di dunia olehNya. Semoga sepanjang hari ini kita semua memperoleh keberkatan  dalam apa jua yang dilakukan.

Bahulu gula merah ni cheq sue buat 2 hari lepas, saja2 untuk dibuat kudapan di bilik guru. Masih ada lagi 2 3 ketul, time2 xde kelas tu memang layan makan sebijik-sebijik. Sebenarnya dah lama nak buat bahulu, tapi xde mood sebab selalu kalau buat mesti payah nak keluar dari acuan. Tapi kali ni memang tawakkal, dan alhamdulillah menjadi. Cuma hasil yang cheq sue dapat ni sedikit padat. Agaknya tepung tu elok disangai @ dijemur terlebih dulu tak, untuk dapatkan bahulu yang gebu.
 
Dengan menggunakan resepi Kak Fida ni, cheq sue gunakan soft brown sugar menggantikan gula melaka. Nak guna gula nissan tapi tak tahu nak agak jumlahnya. Apapun, rasanya sedap dan memang layan dimakan dengan teh O atau kopi panas. Pada sape yang nak menambah koleksi resepi bahulu tu, apa kata cuba yang ini pulak. Wassalam...


 
BAHULU GULA MELAKA

Bahan-bahan ( 22 keping )
2 biji telur - grade A
125 g gula melaka cheq sue ganti dengan soft brown sugar
125 g tepung gandum
1/4 sk baking powder
1 sk esen vanilla (opt) cheq sue masukkan

Cara-cara
Racik gula melaka hingga halus. Buang kekotoran pada gula melaka jika ada.Tepung dan baking powder diayak bersama.
Pukul telur bersama gula melaka hingga kembang.Masukkan esen jika suka dan pukul terus.
Masukkan campuran tepung gandum dan gaul kaedah kaup balik hingga sebati.
Sapu acuan bahulu dgn sedikit mentega atau minyak dan panaskan sebentar.Bubuh adunan bahulu hingga habis dan bakar hingga masak pd suhu 180'C. cheq sue bakar dalam 10 minit je... bergantung pada oven memasing tau
Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan.Siap untuk disajikan. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar