FACEBOOK mampu merapatkan hubungan manusia. Aplikasi Facebook juga menjadi alat untuk penyatuan setelah melewati satu sesi perpisahan. Seorang murid boleh menjejaki guru-guru semasa berada di sekolah menengah hingga ke peringkat universiti melalui Facebook. Jaringan kenalan dalam aplikasi Facebook juga berupaya menjana idea kreatif, semangat atau iltizam untuk melakukan sesuatu perkara, terutama sekali perkara yang bermanfaat.
Tidak sedikit orang yang beranggapan, Facebook menjadi punca keretakan institusi rumah tangga. Perceraian suami dan isteri yang menemui cinta baharu melalui Facebook bukan sedikit bilangannya. Tidak ketinggalan masalah yang menimpa remaja. Facebook ialah medium komunikasi alaf baharu yang begitu digilai remaja. Sesetengahnya menjadikan Facebook sebagai alat penyamaran. Ada juga yang obses menjadikan Facebook sebagai medium melepaskan tekanan melalui aplikasi permainan yang ada dalam Facebook.
Cetusan ilham menghasilkan cerita pendek "Qistina Obses Facebook" apabila saya melihat gejala obses terhadap Facebook yang begitu ketara melanda sesiapa sahaja penggemar internet, terutama sekali remaja. Di mana-mana sahaja, mereka berbicara tentang Facebook. Namun begitu, kadangkala obses memakan diri. Seseorang individu boleh hilang kawan, saudara mahupun keluarga kerana obsesi terhadap Facebook. Saya cuba memikirkan satu bentuk cerita yang tidak bersifat realis sepenuhnya.
Temui Qistina dan Facebook di dalam siri MCK ini
Watak Qistina sebagai remaja, anak bongsu yang obses terhadap Facebook saya wujudkan. Latar fantasi, mimpi dan real saya masukkan di dalam novelet ini. Sekiranya anda seseorang yang obses terhadap Facebook. Anda suka akan Facebook dan mahu tahu peristiwa yang menimpa Qistina kerana Facebook, bolehlah dapatkan Siri Merah Cinta Kita ini.
Peraduan Merah Cinta Kita masih terbuka yaMengintai sejarah penubuhan Facebook. Aplikasi ini diwujudkan pada tahun 2006 apabila facebook membuka jaringannya kepada umum dan tidak lagi terhad kepada golongan pelajar. Facebook terus berkembang pesat dan menjadi perhatian gergasi-gergasi internet seperti Yahoo, Google dan juga Viacom. Namun demikian, Facebook tidak terlepas daripada perbagai kontroversi yang cuba mengugatnya sebagai salah satu platform sosial yang popular. Antaranya dituduh sebagai :
Meniru laman web “ConnectU”
Platform untuk mengumpul maklumat peribadi
Platform untuk menyampaikan propaganda
Platform untuk mengumpul maklumat peribadi
Platform untuk menyampaikan propaganda
Walau bagaimanapun, manfaat Facebook bergantung kepada individu yang menggunakannya. Gunakanlah Facebook dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Syukur, Siri Merah Cinta Kita dalam senarai Top 10 buku remaja terbitan Buku Prima
Tidak ada komentar:
Posting Komentar