Sabtu, 12 November 2011

Custard Tea Cupcakes ~ La La La La...




 
 
Mula-mula nak gelak dulu. Dek kerana kecuaian sendiri, terhasillah custard tea cupcake, tetapi dalam bentuk yang berbeza? Kenapa? Dalam resepi tu rupa2nya custard yang dibuat tu untuk 1 1/2 adunan, cheq sue bantai buat untuk 1 adunan aje...sah2 la lagi banyak custard dari kek. Eh eh eh...nape la masa buat tadi x terfikir. Dah suka dah sebab sukatannya tu tak banyak sangat. Dapat dalam 6 biji aje. Tapi yang tak tahannya jumlah custard tu berlebih-lebih pulak. Sayang nak buang, cheq sue masukkan banyak jugak dalam satu2 cup tu. Mmmm takpelah. Lain kali kalau buat kena berhati2 lah..kan dah dapat satu pengajaran percuma harini.
 


 
Rasa CC ni memang sedap, kena pulak dengan custard tu memang sedap di makan. Cuma kalau kastard tu cukup2 aje lai sedap. Bak kata omputeh, less is more. Nak menyesal tak berguna, sebiji dah habis. Kira ok la tu... Ayat cover nak sedapkan hati.... 
 
Ramai kawan2 yang dah buat resepi ni samada dalam bentuk kek @ CC. Cheq sue nengok yang versi CC ni di dapur Kak Diana, memang tergoda betul dengan persembahannya. Punya la lama dok bookmark baru sampai seru nak cuba. Itupun setelah dah rasa xde kempunan nak makan kek coklat. Sebab kes pagi tadi, terus hilang kempunanku...
 





Pada sape yang nak cuba tu, samada versi kek atau CC, harap jangan careless cam cheq sue. Untuk CC tu, adunan kastard yang diberikan adalah untuk 1 1/2 adunan kek. Kalau nak buat 1 adunan aje silalah kurangkan sukatannya tu... (*_*)
 
Wassalam...

CUSTARD TEA CUPCAKES
(Olahan Dalam Tulisan Merah)

Bahan²
125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ d cairkan )
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1/2 tsp pewarna perang ( Nie Diana tambah yer )

Bhn² Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Cara² Untuk Kastard
Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
Masukkan butter dan vanilla.
Sejukkan.

Cara² Untuk Kek
Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
Guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat... 
Letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180°C.
Keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

Versi Diana Pula ( Menggunakan Cawan Kertas )

Cara² Untuk Kek
Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.
Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastard.. Gaul rata.
Kemudian masukkan mentega yang telah d cairkan dan pukul sebati.
Bubuh pewarna perang dan gaul rata.
Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam cawan kertas dan tuangkan sedikit adunan kastard dan bubuh lagi adunan kek sehingga 3/4 penuh.
Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang d gunakan ) d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C. 

Note: Doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar