Kamis, 29 September 2011

Kek Karamel ~ Cobaannnn..................................

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akhirnya...demam kek karamel sudah pun singgah di bumi CH. Kemain lama rasanya dok pendam perasaan, asik nengok aje kawan2 dok tayang, mana boleh tahan beb.  Disabar sabar aje dalam hati sehinggalah petang semalam akhirnya terseru jugak untuk membuat kek karamel ni. Berpandukan helaian resepi yang diprint, memang terpampang di depan mata. Bismillahirrahmanirrahim....


Rasanya sebelum ni dah berapa kali khatam resepi tu sampai dah naik lunyai kertasnya. Tetapi ada jugak tersilap satu langkah semasa mengadun kek (bahan 1). Sepatutnya gula dimasukkan selepas telur kuning, minyak dan air dipukul tetapi cheq sue dah termasukkan gula awal2 dalam telur kuning. Aduhhhhhh mula la nak gelabah badak takot kek tu tak jadi. Tapi tetap jugak diteruskan. Kira tawakkal ajelah kalau jadi alhamdulillah kalau tak berapa nak jadi tu dapat satu pengajaran berguna. Ye dak? Begitulah kita hidup ni, belajar dari pengalaman, bukan dari cikgu aje!

Tengah2 dok bakar tu, tengok2 kek ni punya la gebu geban naiknya sampai menggelembung satu loyang. Aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...mula la dok pikir bukan2, kotnya dibuat tersengih macam apam kembang abes la punah harapanku. Siap tanya member lagi, sebab dia dah beberapa kali buat. Katanya idok le kembang sesangat. Tapi bila dah abes masa bakar, lega jugak hati ni sebab kek tu mulai turun sikit demi sikit. Nasib baik ko...


Personally...apa yang korang rasa bila nengok kek jadi camni? siyes wehhhhh bedebar giler...kot tak jadik

Bahagian atas caramel tu ada retak2 sikit, tapi just nice rasanya tak manis sgt..

Untuk lapisan kek tu cheq sue hanya gunakan 3 warna sahaja...baru 1st time kan, nama pun baru cuba so xnak la buat kaler2 yang over sangat, kot dah pandai nanti baru buat warna2 pelangi... Untuk setiapa adunan yang menggunakan gula, cheq sue kurangkan kepada 50g sahaja. Bagi sape yang suka kek yang manis tu boleh guna sukatan yang asal. Tapi cheq sue ni lebih suka memaniskan senyuman daripada makanan. Wiwittt...

Pada sesape yang belum terbuat2 lagi tu, jangan takut untuk mencuba. Follow aje langkah2 yang dinyatakan insyaAllah... cheq sue pun ni rasa nak buat lagi nak dapatkan hasil yang betul2 memuaskan... Yang ni tahap2 okeh aje... Cuba tau...jangan lupa. Wassalam...

KEK KARAMEL
Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor cheq sue guna 50 g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor (50 g)
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor (50 g)
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Jenis-Jenis Syaitan


picture from google images.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang kepada kita hidup di atas muka bumiNya serta masih lagi memberikan dua nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. Hari ini kita berbicara sedikit tentang satu makhluk Allah yang sesat lagi menyesatkan yang mana telah berjanji kepada Nya untuk memesongkan aqidah dan fitrah sebenar manusia sampai hari kiamat, tak lain dan tak bukan ialah syaitan laknatullahi a'laih .

Ramai yang masih tidak tahu jenis-jenis musuh kita ini. Bagi menangkis fitnah dan dugaan yang telah direncanakan musuh, seharusnya kita terlebih dahulu mengenali mereka serba sedikit. Mari kita teliti kata-kata Khalifah ke-2 umat Islam tentang anak-anak syaitan yang menyesatkan manusia.

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahumendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya keti! ka berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Petua Menguatkan Daya Ingatan




Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seoran
g Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.


Filem Superman Terbaru : Superman Tidak Pakai Lagi Seluar Dalam di Luar




Superman memang terkenal sebagai superhero dalam komik dan filem yang sentiasa pakai seluar dalam di luar. Tapi nampaknya, watak Superman terbaru yang dilakonkan oleh Henry Cavill mempunyai pakaian yang lebih normal dari dulu.  Seluar dalamnya sudah tidak kelihatan di luar :D

Superman baru sudah tidak pakai seluar dalam di luar

Tapi dalam satu babak lain pula, kelihatan dia memakai seluar dalam merah itu di luar juga,




Superman at movie set
Foto kredit: Daily Mail

Mungkin mereka sedang mempertimbangkan pakaian mana yang paling sesuai untuk Superman terbaru. 

Cuma, jika Superman terus memakai seluar dalam di bahagian luar, ia tidak boleh dipanggil seluar dalam lagi. Kerana seluar dalam dipanggil sedemikian kerana dipakai di sebelah dalam. Maka yang paling sesuai jika dipakai di sebelah luar, ialah 'seluar luar'.


Nenek 101 Tahun Ada Tanduk di Dahi


GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China. 


LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.
Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit. -  Agensi 




14 Tanda Sedang Dilamun Cinta







1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan untuk menikmati saat indah bersama.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang jer..
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada dan fikiran melayang hanya ingat kan si dia sahaja.
9.  Setiap saat si dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya (kalo badan yang berbau tu tak lah kot….:-) )
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Anda akan menjadi alergik  apabila mendengar bunyi handphone anda kerana tertunggu-tunggu panggilan atau SMS dari dia.
14. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.



Wanita Ini Dipukul, Dibogelkan , dan Dibakar Oleh Orang Ramai



Guatemala City Sept 2011: Alejandra Maria Torres duduk di sebuah jalan berlumuran darah setelah dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar selama di sini. 

Ditelanjangi sampai pinggang, dia memohon belas kasihan kerana ia dipukul dengan kejam oleh orang ramai di tengah jalan.

Mengapa? Alejandra Maria Torresadalah sebahagian dari geng bersenjata yang cuba merompak penumpang bas di Guatemala City. Tetapi ketika hendak melarikan diri dari penumpang dia tertangkap dan ditelanjangi, dipukuli dan sebelum menyiram petrol dan membakarnya .

Polis memadamkan api dan menangkap dia. Tiga temannya melarikan diri di Guatemala City.

Hukuman awam sering terjadi di Guatemala. Pada tahun lalu, orang ramai telah menyerang lebih dari 250 orang, meninggal dunia setidaknya 40 orang. 

Penumpang bas awam menuduh Torres dan tiga orang, yang melarikan diri dengan berjalan kaki, terlibat dalam rompakan bersenjata.


Penjahat adalah sasaran paling kerap tetapi kadang-kadang menyerang kakitangan pejabat, termasuk hakim. 

Hakim yang mengeluarkan keputusan kes pemerkosaan dianggap tidak adil oleh masyarakat. 

Hukuman awam berasal dari perang awam dari 1960-1996 ketika pasukan pertahanan awam banyak melakukan pembunuhan dalam genosida yang didalangi negara pemberontak sayap kiri. Kebanyakan mereka dari petani.



sumber : http://www.ibnuhasyim.com/