Minggu, 14 Agustus 2011

Design Kek Yang Sangat Kreatif dan Menakjubkan



Amacam Sedap tak kek nih?? nak lagi sedap klik baca lagi….
dan rasailah kek nih…!!! hahaha








































Gambar Proses Penghasilan Mutiara



 
 
 
 

Password Paling Popular Digunakan di Dunia

 

Mungkin ada ketikanya kita buntu memikirkan apakah password yang paling sesuai di gunakan untuk melindungi akta rahsia peribadi kita.

Mengikut kajian, terdapat 10 password yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. Jom kita terjah password paling popular di dunia :-




1. Tarikh lahir

2. Tarikh kejadian / pernikahan

3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)

4. 123456789

5. 111111

6. ILoveYou

7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan

8. Kata "password"

9. Nombor Telefon rumah / handphone

10. a1b2c3d3....


Misteri Lukisan di Gurun Nazca


SEBELUM terciptanya kapal terbang, tiada siapa menyangka ada suatu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Selama ribuan tahun, misteri itu terus menjadi rahsia yang tidak disedari sesiapa sehinggalah zaman berubah melewati masa dan kemajuan teknologi apabila pesawat mula dicipta. Ketika itu tatkala sebuah pesawat komersial terbang tinggi melintasi gurun berkenaan sekitar 1920-an, juruterbang dan penumpang tergamam melihat pelbagai objek aneh tertera di bumi Peru. 

Di hadapan mata mereka, tertera pelbagai lukisan raksasa dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun.Lukisan yang amat besar sehingga mencapai ratusan meter panjang itu tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara, itupun dari lokasi yang amat tinggi. Sebaik melihat puluhan objek misteri berbentuk haiwan dan tumbuhan itu, juruterbang dan penumpang berasa hairan dan fikiran masing-masing dipenuhi pelbagai teka-teki.


Lukisan apakah ini? Siapa yang melakar lukisan yang amat besar ini dan apa tujuannya? Sejak bila ia dilukis dan bagaimana dengan bersaiz gergasi, manusia dapat melukis objek itu dengan tepat sehingga membentuk gambar haiwan dan tumbuhan? Sejak itu, penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca. Ratusan pesawat berterbangan di atas kawasan itu semata-mata mahu melihat dan mengkaji misteri kewujudan lukisan aneh berkenaan. 

Kajian mendapati ada ratusan lukisan gergasi yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer. Antara objek gergasi yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh. Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun lalu iaitu antara 200 Sebelum Masihi (SM) hingga tahun 700. Akan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang bertanggungjawab menghasilkan lukisan itu atau lakaran objek aneh terbabit sudah dilukis pihak lain sebelum kewujudan penempatan purba berkenaan. 

Proses pembinaannya adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek. Bagaimanapun, misteri yang paling membingungkan penyelidik dan ramai pihak adalah siapa yang melukis lukisan berkenaan dan apakah tujuannya?



Teori Lukisan Gurun Nazca
  • Lukisan aneh Nazca dibina oleh makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba. Dengan teknologi canggih makhluk asing itu, tidak mustahil mereka mampu melukis ratusan lukisan gergasi terbabit. Melewati masa, makhluk asing meninggalkan tapak pendaratan itu dan kawasan berkenaan dihuni kaum tertentu. Akan tetapi, disebabkan ia hanya dapat dilihat daripada udara, manusia yang menghuni kawasan itu tidak menyedari wujudnya lukisan gergasi berkenaan sehinggalah pesawat dicipta.

  • Lukisan gergasi itu dikatakan dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah dewa. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan dewa yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.

  • Lukisan di Gurun Nazca itu berkaitan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan kuasa tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena fata morgana.

  • Lukisan itu juga dibina sebagai kalendar astronomi sekali gus memperlihatkan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan lakaran itu sudah mengkaji ilmu kaji bintang sejak zaman purba.

  • Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.

  • Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu.

  • Satu lagi teori mengatakan penduduk yang menghasilkan lukisan itu sebenarnya sudah membina pesawat menyerupai belon udara panas walaupun ketika itu adalah zaman purba dan lukisan itu berupa tapak pendaratan. Bagaimanapun, sehingga kini, jawapan sebenar kepada tujuan penghasilan lukisan raksasa itu serta teka-teki mengenai siapa yang menghasilkannya, masih kekal menjadi misteri.


Fakta Lukisan Gergasi Nazca
  • Ada lebih 300 lukisan yang berselerak di kawasan seluas kira-kira 500 kilometer persegi.

  • Lukisan terbesar dilukis dengan saiz panjang 270 meter.

  • Terletak antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru.

  • Doktor yang juga antropologis tempatan, Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara saintis pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927.






Kehancuran Kota Pompeii Bukti Azab Dari Allah




Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain.

Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.



Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu. 

Pada 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.


Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.



Sejarah Kota Pompeii
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
  • Selepas sekian lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu sepi selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
  • Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta melenyapkan Pompeii dari sejarah beradaban dunia  malah menukarkan penduduknya seolah- olah menjadi patung batu.





Keindahan Air Terjun Niagara Yang Memukau

Air Terjun Niagara merupakan air terjun yang paling besar di wilayah Sungai Niagara iaitu terletak di persempadanan New York, Amerika Syarikat dan Ontario, Kanada. Berkedudukan sekitar 17 batu (27 km) dari Barat Laut daerah Buffalo, New York dan 75 batu (120 km) dari Tenggara Toronto, Kanada.

Air terjun ini terhasil daripada 3 buah air terjun utama iaitu Air Terjun Horseshoe (kekadang digelar juga sebagai Air Terjun Kanada), Air Terjun Amerika dan air terjun yang lebih kecil saiznya yang disebut sebagai Air Terjun Bridal Veil yang telah dipisahkan oleh sebuah pulau yang bernama Luna Island daripada air terjun utama.

Meskipun Air Terjun Niagara tidak terlalu tinggi namun air terjun ini merupakan air terjun yang sangat lebar dan sangat terkenal di seluruh pelusuk dunia. Lebih daripada 6 juta Kubik (168.000 m3) air per minit dijatuhkan dan ini menjadikan Air Terjun Niagara sebagai air terjun paling deras di dunia.