Minggu, 14 Agustus 2011

Perang Nuklear di Zaman Purba ?




Lakaran Shakuna Vimana

DUA epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan. Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga
kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri. 
 
Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan. Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan.

Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.

Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear. Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.

Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM. 

Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu. 

Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu. Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu. 




Lakaran Shakuna Vimana

Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat. 

"Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah. 

"Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati. 

"Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus."

Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: "Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah. 

"Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya." 

Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu. Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata. 

Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian. Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.

Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear. Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif. 





gambaran ledakan nuklear


INFO:

Peperangan India kuno 

  • Dikatakan membabitkan bom atom, nuklear, pesawat dan senjata laser.

  • Gambaran teknologi yang wujud pada zaman India kuno itu hampir menyerupai gambaran kemajuan sains dan teknologi yang dicapai Atlantis, yang diceritakan ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam teks 'Timaeus and Critias'.

  • Ada pihak percaya Kerajaan India kuno itu berperang dengan Atlantis.

  • Di kota kuno India, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, ditemui batu-bata dan batuan yang berubah bentuk dan ia hanya mungkin berlaku akibat suhu tinggi hasil ledakan bom atom atau nuklear. Selain India, kesan peperangan menggunakan senjata nuklear itu turut dijumpai di Babilon kuno, gurun Sahara di Afrika dan guru Gobi di Mongolia.

  • Reaktor nuklear berusia dua juta tahun pernah dijumpai di Oklo, Afrika Selatan.

  • Di kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan), ahli arkeologi pada akhir abad lalu pernah menemui kerangka yang bergelimpangan di jalan, ada yang berpegangan tangan seolah-olah mereka dilanda malapetaka yang amat dahsyat secara tiba-tiba. Pada kerangka itu ada kesan sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki.

  • Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini. 


Menarik bukan? Selama ini kita menyangka bahawa zaman dulu adalah zaman yang belum mencapai apa2 perkembangan teknologi pun.. Tapi penemuan demi penemuan telah berjaya diselongkar diseluruh dunia yang menjadi bukti akan teknologi pada zaman kuno contohnya penemuan sel bateri di Iraq ynag dianggarkan berusia 2000 ke 5000 tahun yang lalu, ukiran kenderaan yang ditemui salah satu piramid dimesir, Dropa Stone yang berbentuk seperti sebuah cakera, reaktor nuklear berusia lebih kurang 2juta tahun yang ditemui di Oklo, Republik Gabon, Afrika dan banyak lagi penemuan lain. 

Kalau kita lihat dalam Al-Quran sekali pun kita akan dapat lihat perkembangan sejarah manusia yang dibinasakan sama sekali atas kemungkaran2 yang mereka lakukan dan kemusnahan tu adalah bersifat menyeluruh. Secara kesimpulannya boleh kita nyatakan bahawa adalah benar tamadun2 kuno pada zaman dahulu adalah lebih maju daripada apa yang kita capai sekarang. Bukan hanya sekadar kata kosong, tapi banyak pembuktian telah berjaya dilakukan. Wallahu'alam
 
 

Chand Boari Telaga Paling Dalam di Dunia

Chand Baori adalah telaga air terkenal yang terletak di Abhaneri Jaipur di bahagian Rajasthan wilayah India. Telaga Chand Baori ini telah dibangunkan pada abad ke-9 dan memiliki 3.500 langkahan atau anak tangga pada kedalaman 100 meter. Ini adalah contoh keunggulan rekaan yang menakjubkan pada masa zaman dahulu yang pernah dicipta. dan telah diiktirad sebagai telaga paling dalam di dunia










Misteri Kewujudan Naga Tasik Chini

Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera iaitu Tasik Chini. Beratus tahun telah berlalu, namun lagenda ini masih terus lagi melingkari dan memomokkan penduduk setempat terutamanya pada kanak² komuniti masyarakat orang asli.




Gambar Sekadar Hiasan
Kisah Pertama


" Peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. "Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya.

"Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. "Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.

Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lengkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air."Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu.

"Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya. Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri.

"Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu."Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampurkan dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh juga tetapi kenangan itu meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya."




Ilustrasi rupa naga di barat
Kisah Kedua

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. 

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di pinggir kawasan yang dibersihkan. 

Seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terkejut apabila mendapati bunyi salakkan itu datang daripada sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Lalu dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila melihat darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi rakan²nya tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu yang dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. 

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika cuba menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada masyarakat dahulu sehingga sekarang walaupun Tasik Chini itu seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.




Ilustrasi rupa naga di China
Kisah Ketiga


BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang. Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.

Bagaimanapun, katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu. "Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri.

"Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya. "Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang.

"Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampailah demam," kenang Bahrain.

Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu. Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan dari mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.

"Ia diperturunkan sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air," ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini.

Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.

"Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu saja yang boleh nampak, bukan semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain," kata Bahrain. Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan tentang sang naga.

"Ia bukan ancaman untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat di permukaan air," sambungnya.

Menurut Bahrain, tiada sebarang upacara dibuat untuk 'mententeramkan' haiwan itu, jauh sekali memujanya. Yang pasti, penduduk Tanjung Puput hidup seperti biasa, jauh daripada ketakutan terhadap seekor naga yang entahkan ada entahkan tidak.

Bahrain berkata, sudah ada antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. "Seorang sudah habis belajar dan sekarang menjadi pengurus Risda di Sungai Terpai, Pahang. "Ada juga yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia," jelas Bahrain. Namun dia juga mengakui ramai anak kampung yang tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat sekolah menengah.

Pandangan dilempar ke pondok terbuka bersebelahan. Sekumpulan wanita sedang asyik meraut batang kayu renyah, gedomba dan relung untuk menghasilkan sumpit. Sima yang merupakan isteri Bahrain, cukup bersahaja melakukannya.

"Inilah aktiviti kami setiap hari. Yang perempuan buat kerja-kerja kraf atau masuk ke hutan mencari produk hutan. "Yang lelaki masuk ke hutan untuk berburu atau ke laut mencari ikan," katanya yang menjelaskan perkataan laut sebenarnya merujuk kepada bahagian-bahagian tasik di sini.

Kemas dan halus saja buatannya. Mengukir motif daun bertangkai untuk menghiasi hasil kraf itu, Sima berkata setiap wanita boleh menyudahkan dua batang sumpit dalam sehari mengikut kemahiran masing-masing. Alat yang suatu ketika dahulu dihasilkan sebagai senjata kini lebih cenderung dijadikan alat perhiasan. Jika dahulu ia terdiri daripada kayu sepenuhnya, kini bahagian dalamnya sudah berlapik besi.

"Dulu kami dapatkan sumber sepenuhnya dari hutan. Namun sekarang kami beli hampir separuh daripadanya dari pekan," ujarnya yang menambah, barangan yang dihasilkan dijual sehingga ke pasaran Indonesia manakala harganya ditentukan mengikut kepanjangnya. Selain sumpit, mereka turut membuat bekas pensel dan perahu kecil untuk mainan kanak-kanak.

Langsung tidak membuatkan kami berasa jauh di pedalaman, Sima mudah saja berkongsi bahawa legenda naga tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Lima keluarga yang dianggotai lebih lapan orang setiap satunya meneruskan hidup di kampung ini tanpa rasa terhimpit dengan legenda yang masih 'bernyawa' itu.

Di sebuah lagi pondok terbuka, tiga orang wanita muda sedang rancak bermain batu seremban atau selambut. Membaling-balingkan bungkusan kecil pasir ke udara, kedengaran gelak tawa mengekek penuh keseronokan. Namun, tatkala kami menghampiri, masing-masing mendiamkan diri. Mungkin malu agaknya.




Gambar sekadar hiasan
Kisah Keempat


Sebuah lagi lagenda Tasik Chini adalah berkenaan kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat bahawa teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.
 
Walau apapun telahan berkenaan kewujudan naga di Tasik Chini, kehadirannya masih belum dapat lagi disahihkan melalui pembuktian ilmiah ataupun melalui tangkapan² gambar bagi menyokong dakwaan tersebut. Misteri Naga Tasik Chini masih kekal sebagai lagenda dan ada juga berpendapat ia hanyalah sekadar mitos untuk menakutkan anak² penduduk setempat agar berhati² ketika pergi bermain di tasik berkenaan. Wallahualam. 
 
Ditambahkan lagi belum ada sebarang bukti yang jelas tentang kewujudan naga di dunia. Apakah ia hanyalah sebuah cerita dongeng yang direka² kewujudannya atas tujuan tertentu atau sememangnya ia adalah sebuah fakta yang masih lagi kabur, belum terungkai longgar dalam ikatan simpul matinya yang kuat. Sesungguhnya, hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui Segalanya.




Gambar sekadar hiasan
a

Sabtu, 13 Agustus 2011

Perihal Tujuan Allah Menciptakan Kita ?

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa


Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Ada yang berkerja sebagai jurutera contohnya,dia amat tahu apa tujuan mesin-mesin atau jentera-jentera diciptakan.Seorang jurutera kereta amat tahu apakah tujuan kereta diciptakan.Seorang jurutera kapal terbang amat tahu apakah tujuan kapal terbang diciptakan.Seorang chargeman B4 misalnya tahu apakah tujuan stesen penjana diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan gas circuit breaker,oil circuit breaker atau vacuum circuit breaker diciptakan.

Dia juga tahu apakah tujuan transformer,switchboard,generator set ataupun RMU diciptakan.Seorang jurutera enjin tahu mengapa enjin V8 atau V12 diciptakan.Dia amat tahu tujuan carburator,crank shaft,heat plug atau piston diciptakan.Seorang jurutera perisian amat tahu mengapa HTML,Perl,SQL injection dan Apache diciptakan.Seorang programmer tahu apa tujuan C++, Pascal, COBOL, FORTRAN  dan Micro-C diciptakan.Seorang hacker tahu tujuan NMap, OpenSSH, JohnTheRipper, Aircrack,Kismet,NetCat dan BackDoor diciptakan.Seorang tukang masak tahu tujuan mesin pengisar dan ketuhar diciptakan.

Tetapi seringkali mereka lupa APAKAH TUJUAN DIRI MEREKA SENDIRI DICIPTAKAN.


Seorang gadis yang menyertai pertandingan Dewi Remaja tahu apakah tujuan segala mekap diciptakan.Dia tahu apakah tujuan SunSilk,Pantene,SilkyGirl,Dove dan sebagainya diciptakan.Dia tahu apakah tujuan pengering rambut,mask,conditioner,shower gel dan syampu diciptakan.Namun dia seringkali lupa apakah tujuan dirinya diciptakan.

Cuba lihat manusia di dunia.Mereka sibuk berbincang tentang bisnes,politik,cuaca,ekonomi dan lain-lain.Sibuk bekerja.Ada yang jadi kuli.Ada yang jadi bos.Ada yang pangkat besar ada yang pangkatnya kecil.Kadang-kadang mereka berkerja sehingga lupa untuk apa diri mereka diciptakan.Kadang-kadang mereka sibuk berhidup di dunia tanpa tahu apakah tujuan sebenar mereka dihidupkan.Adakah mereka diciptakan hanyalah untuk bermain-main?Adakah mereka tercipta secara kebetulan?


"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"

(Ad-Dukhan ayat 38)
Ada manusia yang amat megah dengan kenderaannya.Dia amat megah dengan kekayaannya.Katakan dia memiliki RX-7,maka sebenarnya keretanya itu bukanlah tujuan dia diciptakan di dunia,malah semua kekayaan itu bukanlah sebab dia diciptakan di dunia.Tuhan bukan ciptakan dia di dunia untuk kumpul harta benda berkoyan-koyan sampai 7 keturunan tidak habis makan.Tuhan tidak ciptakan dia semata-mata untuk memiliki Lamborghini Miura SV ataupun Jaguar XJ6.Tuhan tidak pernah ciptakan dia di dunia semata-mata untuk beli tanah berlot-lot di Diamond Height.Tidak perlu semua itu.Manusia tidak perlukan semua itu untuk memenuhi TUJUAN DIA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Lihat seorang mekanik.Dia amat tahu fungsi jentera yang dibaikinya.Dia tahu semua perkara tentang jentera itu.Dia tahu TUJUAN JENTERA ITU DICIPTAKAN.Namun adakah dia tahu TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?

Adakah Gottlieb Daimler yang mencipta enjin pembakaran dalam tahu tujuan dirinya diciptakan?

Adakah Bill Gates yang mencipta perisian Windows tahu tujuan diri diciptakan ke dunia?

Adakah Wak Karman yang sedang berkerja di tapak pembinaan di kilang SunPower di Melaka tahu untuk apakah dirinya diciptakan?

Fatihah,gadis jelita yang menyertai pencarian Dewi Remaja amat tahu tujuan maskara diciptakan oleh manusia.Namun adakah Fatihah tahu tujuan manusia yang mencipta maskara itu DICIPTAKAN OLEH PENCIPTA-NYA?

Dan adakah Fatihah juga tahu untuk apa TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?

Ramai wanita mengejar kecantikan dan kesempurnaan tubuh badan.Kulit yang gelap dicerahkan.Mana yang kecil minta dibesar-besarkan.Mana yang muram,biar ceria dan cantik dipandang.Yang tak lentik,dilentikkan.Yang nampak kosong ditampal-tampal bedak,dilukis,diwarnakan dan dicat-cat bagaikan kanvas lukisan.Tambah bulu mata palsu.Tambah bulu kening.Itu belum lagi bab aksesori.Pasang anting-anting di telinga.Pasang rantai di leher.Itu belum bab rambut lagi.Pendek kata memang rumit bab kecantikan wanita ini.Patutlah manusia yang paling cantik di dalam dunia adalah LELAKI.Orang lelaki tak perlu semua itu.Tak perlu nak di cat-cat mukanya.Semua semulajadi dan original.

Namun adakah semua itu adalah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN?Wanita seringkali lupa bahawa kecantikan paras muka bukanlah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN TUHAN

Ramai orang lelaki mahu memiliki tubuh yang gagah perkasa.Mereka pergi ke gym semata-mata mahu kacak bergaya.Ada yang angkat besi berkilo-kilo semata-mata mahu mengejar kegagahan tubuh badan.Namun adakah mereka berfikir sejenak,apakah TUJUAN MEREKA DICIPTAKAN DI DUNIA?Adakah aku ini diciptakan semata-mata untuk semua ini?Mengapa Tuhan ciptakan aku???

Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk ke sekolah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk masuk universiti?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi engineer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi lawyer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi doktor?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup mewah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup papa kedana?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup susah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi kuli orang?Semata-mata untuk kayakan orang lain?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk dihina,dipijak atau dimakihamun orang lain?


Tidak tuan-tuan sekalian,TUHAN TIDAK CIPTAKAN ANTA-ANTA SEMUA KERANA ITU.

JADI MENGAPA TUHAN CIPTAKAN AKU???

Maulana semua kena sedar,Tuhan tidak ciptakan maulana semua semata-mata untuk kerja teruk sampai lupa waktu solat.Tuhan tidak ciptakan maulana sekalian semata-mata makan minum berak cangkung tidur berdengung.Tuhan tidak ciptakan maulana semua untuk menongkat dunia sampai mati.Tuhan tidak ciptakan anta-anta semua untuk berpolitik sampai lupa HUKUM TUHAN dalam AlQuran.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk berhibur di night club sampai ke pagi.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk boros menggunakan nikmat-Nya.Tuhan tidak ciptakan kita semua untuk buat maksiat kepada-Nya.Na'uzubillah...

Jadi tolong beritahu aku,MENGAPA AKU DICIPTAKAN???

Sebelum itu mahu tanya dahulu mengapa anta sibuk sangat bekerja?

Aku bekerja untuk cari rezeki.Salahkah aku berkerja untuk sara hidup aku dan keluarga aku?

Tapi mengapa anta bekerja sampai lupa waktu solat?

Ahh...itu perkara kecil sahaja,mengapa mahu diperbesar-besarkan.Kubur masing-masing lah.Buat apa anta sibuk?Aku punya hal lah.

 Tapi bukankah anta mahu tahu APA TUJUAN DIRI ANTA DICIPTAKAN?

Ya...ya...memang aku mahu tahu mengapa tujuan diri aku ini diciptakan.Cepatlah beritahu.Tak payahlah ungkit-ungkit soal sembahyang atau tidak.Tiada kaitan langsung.

Masya Allah ya maulana.Soal sembahyang itulah jadi perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Malah memang ada kaitan.Tersangatlah ada kaitan.Tidak boleh tidak.

Apa dianya?Aku tak pahamlah.Straight to the point lah.Jangan nak berdolak-dalik.Aku mahU TAHU LEKAS APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!?CEPAT BERITAHU AKU SEKARANG APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!!?

Masya Allah,jangan lah marah-marah begini.Kenalah bersabar.Tujuan diri anta diciptakan bukan untuk marah-marah begini.Betullah solat itu adalah perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Ini bukan tipu.Ini betul-betul punya.

Aku tidak kira,beritahu aku cepat APAKAH TUJUAN HIDUP AKU INI DICIPTAKAN!!!!?

Fatihah:Ya lah saya pun mahu tahu apakah tujuan diri saya diciptakan.Ibu saya selalu beritahu saya,perempuan diciptakan untuk jadi penyeri.Jadi saya perlu cantik dan jelita selalu.Sekarang ini saya telah berjaya menjadi finalis Dewi Remaja.Kordinator program sarankan saya pakai baju ketat-ketat supaya lebih menarik.Kalau boleh biar terbelah sana,terbelah sini.Ada can boleh menang.Rambut saya panjang beralun-alun.Saya tidak suka rebonding-rebonding ni.Saya suka rambut ikal mayang.Saya pun tidak suka warnakan rambut.Tengok minah tu,rambutnya merah.Perasan konon macam minah saleh.Geram aku tengok dia.Tergedik-gedik...

Sabar...sabar dik.Adik Fatihah kena faham tujuan adik diciptakan di dunia bukanlah semata-mata untuk melaram melawa bergaya cantik jelita.Malah perbuatan adik itu hanya menambahkan kemungkaran sahaja.Jika adik percaya bahawa diri adik diciptakan semata-mata jadi penyeri sahaja,maka samalah adik macam pokok bunga plastik.Jadi penyeri sahaja.Tidak lebih dari itu.Tahukah adik,adik diciptakan di dunia semata-mata untuk buat satu PERKARA MULIA.Adik diciptakan bukan jadi penyeri malah bertambah-tambah lebih mulia dari itu.Untuk buat satu PERKARA MULIA.Itulah beza penciptaan adik dengan pokok bunga plastik.Penciptaan pokok bunga plastik hanyalah sebagai penyeri sahaja.Tetapi PENCIPTAAN DIRI ADIK ADALAH UNTUK BUAT TUGAS MULIA.Gunung-ganang,kambing,awan,bintang,matahari,planet-planet pun tidak dapat buat TUGAS MULIA INI tau.

Fatihah:Ya Allah!Apakah dia TUGAS MULIA itu?Saya mahu tahu.Saya tidak mahu lagi jadi macam bunga plastik.Kecantikan saya ini juga satu hari nanti akan hilang.Dah tua kerepot,tak berguna lagi Dewi Remaja ini.Saya mahu jadi insan mulia,buat sesuatu yang mulia.Macam bunga plastik,bila sudah pudar kecantikannya,ia akan dibuang,dan digantikan dengan yang baru.Begitulah juga dengan kecantikan saya.Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata.Eh,betulkah peribahasa saya ini?



Masya Allah!Sungguh benar kata-kata adik Fatihah itu.Kecantikan akan hilang.Ia bukan TUJUAN PARA WANITA DICIPTAKAN.Begitu juga kegagahan dan kepandaian bukanlah TUJUAN LELAKI DICIPTAKAN.Lelaki dan perempuan diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.Manusia diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.

Heii!!Apa TUJUAN ITU??Beritahulah cepat!!Aku sudah tidak sabar ni!!APA TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN!!

Fatihah:Ya,APA TUJUAN DIRI SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri Fatihah dan maulana-maulana semua DICIPTAKAN ada dijelaskan di dalam firman Allah ini:


"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)


Fatihah:Jadi apakah TUJUAN SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri adik diciptakan adalah UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Bagaimana?Itulah dengan MENINGGALKAN APA YANG DILARANG-NYA DAN MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAH-NYA.

Berikankan aku contoh.

Mahu contoh ya maulana?Maulana sibuk bekerja sampai lupa tujuan diri sendiri diciptakan.Bagaimana?Sampai masuk waktu zohor,maulana masih lagi sibuk berkerja tanpa mahu berhenti sebentar pun untuk solat menyembah-Nya.Padahal solat bukannya makan waktu sampai berjam-jam.5-10 minit sahaja.Kadang-kadang maulana kena outstation.Dalam perjalanan,maulana tidak mahu berhenti sebentar di mana-mana masjid pun untuk BUAT KERJA YANG JADI TUJUAN DIRI DICIPTAKAN TUHAN.

Salahkah aku berkerja?Salahkah?

Kerja tidak salah TAPI JANGAN SAMPAI KERJA BOLEH GANGGU TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Kita ada fikiran.Gunakanlah ia untuk cari kesempatan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Untuk buat KERJA MULIA.Kerja mulia yang jadi TUJUAN KITA DICIPTAKAN.

Jadi ya maulana,apakah TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN DIRI KITA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN LELAKI DAN PEREMPUAN DICIPTAKAN?

APAKAH TUJUAN SAYA DAN ANDA DICIPTAKAN???

 Iaitu MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.




Ya Allah!Rupanya itulah tujuan diriku diciptakan!Maha Suci Engkau Ya Allah!Maha Suci Engkau!!!


sumber

10 Fenomena Alam Yang Menakjubkan

Begitu banyak fenomena alam yang terjadi di dunia ini, malah ada yang beberapa fenomena tidak boleh kita percayai kerana tidak langsung melihatnya. dan fenomena alam ini menakjubkan

1. Ice Circles
Lingkaran ais merupakan fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu sejuk. Lingkaran ais-ais besar ini dapat ditemui di Skandinavia dan Amerika Utara, dan kejadian yang terbaru terjadi di England, pada Januari 2009.

2. Red Tides
Sebuah fenomena alam yang terjadi kerana berkumpulnya mikroorganisme dipesisir tempat bercantumnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah.

3. Columnar Basalt
Formasi batu-batuan yang terbentuk disebabkan lava dari letusan gunung yang membeku. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant’s Causeway di Irlandia Utara.

4. Sun Dogs
Fenomena di mana matahari kelihatan seperti ada 3.

5. Moeraki Boulders
Batu-batu berbentuk bulat yg berada di tepi pantai, terbentuk kerana hakisan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe.

6. Penitentes
Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chile dan Argentina, iaitu salji di permukaan yang tinggi yang runcing kerana tiupan angin yang kuat di Pergunungan Andes.

7. Light Pillars
Fenomena visual yang tercipta kerana pantulan cahaya.

8. Catatumbo lightning
Orang Venezuela menamakan petir misteri itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di muara Sungai Catatumbo di Tasik Maracaribo, Venezuela. Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi 140 kali malah sehingga 160 kali di malam hari dalam 1 tahun.

Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran. Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran!!! Petir ini terjadi kerana tumbukan angin kencang yang berasal dari Pergunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi.

9. Cave of the Crystals
Gua yang berisi crystal terletak di kawasan perlombongan di Chihuahua. Mexico.

10. Pink and White Terraces

Keajaiban alam yang tinggal kenangan kerana dihancurkan oleh letusan gunung berapi arawera pada tahun 1886, Fenomena alam air panas ini terbentuk dari semburan geiser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan ais, kolam air panas terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum
kehancurannya fenomena ini masuk kedalam “The Eighth Wonder of the World”


Nostalgia Pelenyek Nasi

Assalamualaikum & salam sejahtera

 Pelenyek nasi ni pun dah pecah2 dah... dah selalu guna kan...lama lak tu umurnya...

Aduiiii...bila nak tayang menu masak2 ni ya??? Rindu sesangat dah ni... Macam2 menu dah ada untuk dibuat. InsyaAllah ya bila dah ada di CH....boleh la buat. Kawan2 pun dah banyak yang buat beskut raya.. kite pulak baru nak pi beli barang2...

Okeh... masih lagi dalam mood nostalgia-nostalgia ni. Maklumlah masih ada di kampung. InsyaAllah lepas Zohor nanti nak bertolak la ke CH. Tengah2 kemas dapo tadi terjumpa benda ni... Haaaaa korang pernah guna @ tgk tak? Cheq sue sebenarnya tak berapa arif akan namanya, tapi biasa dok panggil pelenyek nasi aje. Bende ni diperbuat daripada kayu...memang dah banyak umurnya ni, banyak pulak jasanya pada kami adik beradik.

Apa gunanya? Lebih kurang namanya, bende ni digunakan untuk melenyek nasi yang akan diberikan kepada bayi. Ala...kalau sekarang macam nestum tu laaaa... Caranya adalah dengan menggunakan nasi lembik yang baru je masak...memang kalau lenyek masa panas2 tu kejap aje hancur. Kalau nasi dah sejuk alamat kena guna tenaga lebih la sikit. Bila nasi tu dah hancur masukkan sedikit gula dan lenyek semula sehingga gula hancur. Rasa2 cheq sue adik beradik semua membesar dengan makan nasi lenyek tu...xde pun yang makan nestum2 tu bagai... tu yang sehat2 aje semuanya...

Sekarang bende ni dah xde orang guna dah...semuanya dah ada tersedia...kalau nak buat nasi lenyek pun, masuk aje dalam blender...zzzzzzzzzzzzzzzzz je kejap dah siap. boleh pulak dimasukkan sayur2 atau lauk... apapun..sesape yang pernah guna pelenyek nasi ni mesti tahu kan suka duka kisahnya... :)

Ciptaan Hebat : Rumah Atas Basikal





Ini lagi salah satu produk buatan China yang unik. Seperti yang kita tahu, populasi negara China adalah yang terbanyak sekali di dunia. Ini menyebabkan hartanah di China melonjak naik terutama di kawasan bandar. Bagi mereka yang miskin memang tidak berpeluang untuk mendirikan rumah.
 
Seorang pemuda China telah mencari alternatif untuk mendirikan rumah tanpa membuat setinggan. Pemuda china itu telah membina rumahnya di atas sebuah basikal tua. Jom layan gambar seterunya :D .. Sungguh kreatif pemuda ni..








p/s siap ada tv lagi dan gambar potret Moa zedong lagi tu...