Tampilkan postingan dengan label sukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sukan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 06 Maret 2012

Sejarah Kad Merah dan Kad Kuning Dalam Bola Sepak



Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Namun, inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein.

Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tak paham apa maksud pengadil yang berasal dari Jerman itu. Dia pun tak segera meninggalkan padang bola.

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Sebabnya, pengadil pertandingan, Rudolf Kreitlein, hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, ia kesulitan menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Kerana hal ini, Ken Aston kemudian berpikir. Perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang, ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain.

Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tak satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.

Selasa, 27 September 2011

Safee Sali Pulang ke Tanah Air Hari Ini dari Cardiff City

SAFEE PULANG KE TANAH AIR HARI INI

CARDIFF CITY – Penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Sali akan pulang ke tanah air hari ini selepas menjalani latihan selama dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mac- kay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales tersebut yang bersaing dalam Liga England.Safee yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya berkata, tempo permainan di England lebih pantas.
Penyertaannya dalam sesi latihan dengan Cardiff City menda- pat liputan meluas akhbar tempatan, malah beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf Safee semalam ketika pasukan tersebut menentang Leicester City.Safee tidak beraksi pada perlawanan tersebut.

“Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia berada di tahap yang sangat berbeza,” katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City semalam.

Safee yang berasal dari Selangor menyifatkan latihan yang dilaluinya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City.

“Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. Insya-Allah, saya harap dapat kembali untuk bermain dengan pasukan ini pada masa depan,” katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isteri yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.Safee yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai ‘David Beckham Malaysia’ akan bermain untuk skuad kebangsaan Malaysia pada aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 7 Oktober depan.
Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun. – Bernama


Senin, 19 September 2011

Safee Sali Dikecam Media Britain


PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali kini berdepan dengan satu lagi masalah, permit kerja!!

Masalah permit kerja itu bagaimanapun bukan satu masalah besar memandangkan Cardiff hanya beraksi pada saingan Liga Kejuaraan England, dan syarat mendapatkan permit kerja difahamkan lebih longgar dikenakan terhadap pemain berbanding beraksi bersama kelab dalam Liga Perdana England.

Jika syarat itu benar, usaha Safee untuk menyarung jersi Cardiff jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab, Queens Park Rangers (QPR) yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee. Ermm macam goreng pisang panas!!


Kini, Safee sudah mula menambat tumpuan pihak pengurusan Cardiff City ketika menjalani sesi latihan bersama kelab tersebut. Kecemerlangan Safee sepanjang mengikuti sesi latihan itu pastinya 'menutup mulut' laporan negatif segelintir media tempatan di Britain yang sebelum ini mempertikai isu permit kerja yang dikatakan menyukarkan Safee untuk beraksi di sana.

Sebelum ni media di Britain mempertikai keputusan Cardiff menguji Safee yang didakwa tidak mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan The Bluebirds bagi jangka masa pendek.Ia ekoran penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan perlu beraksi dalam kancah Liga Eropah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan permit kerja. Dengki btul diaorang 2

Bagi pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim, beliau menganggap isu tersebut seharusnya dijadikan pembakar semangat buat penyerang berbisa negara itu untuk memikat pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay.Kecederaan otot Safee dah pun semakin pulih selepas berehat. 

Jangan putus asa k. Pedulikan org yg dengki 2. Rakyat Malaysia tetap sokong ko!