Tampilkan postingan dengan label Kek Lapis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kek Lapis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Juni 2013

Kek Lapis Alwani (Kukus)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat semua. Buat apa tu? Barangkali sedang menunggu kepulangan ahli keluarga lelaki untuk makan tengah hari bersama-sama. Agaknya apalah menu istimewa hari ini ya? Tentu seronok menikmatinya bersama-sama.

Cerita tentag n3 kali ini, sebenarnya yang saya buat minggu lepas. Rasa macam nak makan kek lapis, tapi sedaya upaya cari kek yang tak berapa besar dan tak guna telur yang banyak. Alhamdulillah kek ini nampaknya menepati apa yang saya mahukan. Saiznya pula loyang 6 inci. Jadi tak la banyak sangat yang kena habiskan.
 
 

Kek lapis selalunya menggunakan warna-warna terang yang ceria untuk menarik perhatian. Saya kurang suka dengan kek lapis yang dibeli kerana kadang kala rasanya tidak menepati piawaian. Kadangkala penggunaan pewarna secara berlebihan untuk mendapatkan warna yang menarik.


Di dalam setiap lapisan kek saya taburkan dengan coklat chip. Rasanya agak sedap jugak pahit2 coklat dengan manis kek. Tapi kek ni sebenarnya tak la manis sangat. Mungkin sebab saya dah kurangkan sedikit susu pekat dan menggantikan horliks dengan nestum original. Mungkin jugak sebab itu kek ni jadi agak padat. Nampak sedikit berminyak kerana masa tengah kukus tu tak sedar gas terhabis. "_" Tapi keseluruhannya saya suka dengan kek ni. Iyalah, kek lapis yang guna horlicks pastinya ada rasa yang berbeza. Tapi nak buat samana, saya ni bukannya suka horlicks. Nak buat minuman pun saya tak berapa. Tapi InsyaAllah kalau ada kemahuan tu boleh la di buat semula.
 

TQ pada Kak Dayang yang berkongsi resepi ini. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.

KEK LAPIS ALWANI (KUKUS)

Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan horlicks (original) saya ganti dengan nestum original
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
200 gm marjerin
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan kismis hitam saya gunakan coklat chips
1 sdt esen vanilla
sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong. 
***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas. 

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Rabu, 14 September 2011

Kek Lapis Seri Kaya Versi Bakar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hai...bila petang aje mendung...walaupun mendung tak bererti hujan, tapi memang akan hujan pada petang ni. Sat2 lagi tu siap la berderu2 datangnya... pastu mula la rasa berat aje kat kelopak mata... Agak2 apa menu minum petang ni? Cheq sue ni nasik belum masuk lagi, tengah layan cappucino instant dengan kek lapis seri kaya ni. Sebenarnya buat malam tadi untuk makan2 kat sekolah, dah raya enam kan...

Pada sesetengah orang, bila sebut kek lapis je terus xmo buat. Pengalaman cheq sue mula2 buat dulu dari pukul 11 pagi sampai ke lima petang. Masa tu kite xde pengalaman lagi...resepi kata 2 sudu kite pun taruk la dua sudu...sekarang ni kite main  ikut aje, tu yang layernya jadik tak cantik...takpelah untuk makan2 sendiri aje kalau nak jual lain citenye.... Kan???


Kalau ikutkan Tun Telani, kek ni adalah versi kukus tapi cheq sue ni malas nak mengukus2 bagai...tu yang guna oven dan jadikannya sebagai kek lapis seri kaya versi bakar pulak. X perlu nak bungkus2 loyang ke nak tutp2 tudung ke... lagipun cheq sue ni tak berapa suka kek lapis yang dikukus, macam tak kena aje pada selera cheq sue ni. Aishhhh macam2 kan cheq sue ni..


Pada bahagian atasnya cheq sue taburkan sedikit dengan coklat urai. Warnanya pulak agak tak berapa jelas, macam tak masuk pulak merah dengan oren...patutnya biarkan aje plain macam Tun dan Nani buat. Takpelah nanti next time kita cuba kaler lain pulak.

Kek lapis yang cheq sue buat ni alhamdulillah tak berapa manis sgt sebab dikurangkan gulanya dan disapu jugak 2 lapisan dengan jem strawberi untuk membuatkan rasa masam sikit. Cuma ye lah, bila dibakar ni kek tu jadi kering la sikit ye...


Yang ni di bawak ke sekolah pagi tadi, alhamdulillah dapat sambutan. Pada sape2 yang nak cuba tu bolehkan semak resepi kat bawah ni ye...  Wassalam...

KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega cheq sue guna buttercup + planta (tetibe je buttercup abes stok)
  • 200 gm gula pasir cheq sue masukkan 180g je
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah & oren
  • -Ana tambah pewarna kuning - tun x letak
  • hawflakes- tun tambah
  • cheq sue guna 2 sudu besar jem strawberi untuk dilapiskan pada 2 lapisan kek ni (bukan semua lapisan ya..)
Cara:-
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit.
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • cheq sue bakar dalam oven (api atas) pada suhu 150'C selama 5 minit untuk setiap lapisan. Bila dah masak @ keperangan (jangan sampai hangit pulak nanti kek lapis tu mudah tertanggal), tekan dengan penekan kek dan baru dimasukkan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, tabur coklat urai dan turunkan suhu pada 130'C bakar selama 20-30 minit @ sehingga masak
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.