Tampilkan postingan dengan label Jahitan/Manik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Jahitan/Manik. Tampilkan semua postingan

Senin, 12 Agustus 2013

Alkisah Border Lace

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni nak cite sikit pasal baju raya lepas. Kalau tgk trend skang ni memasing tak kalah dgn peplum atau border lace. Saya kalau peplum x berapa la sgt...maklumlah org pendek gemuk mcm sy ni idok le seswai nk menggayakannya. Jadi saya buatlah baju kurung pesak gantung untuk dipasang dgn border lace tu. Kalau nk kira..lebih baik beli je sbb harga x beza sgt. Tapi saya ni mmglah. Kalau yg beli nk kena oter sana sini. Kat tangan, bawah baju, kain...serba tak kena.  Untuk pengetahuan, border lace yg saya beli ni RM28 semeter. Sy beli 2.5 m utk tgn dan keliling baju. Tambah kos kain dlm 50 dalam RM120 la...itu pun x masuk upah. Tu yg saya kata baik beli aje....


Untuk menjahitnya pula mmg memberi satu pengalaman berharga. Border lace ni ada mcm2 pattern. Kalau mcm saya ni kn jahit guna 2 warna benang. Kalau yg satu warna rasanya lebih mudah nk jahit. Semuanya saya jahit guna mesin je. Nk tindih dengan manik rasa macam sarat sgt la pulak.

Saya ada la tgk beberapa contoh cara nk menjahitnya. Bahagian yg nk dijahit tu seeloknya jgn dicantumkan sampai habis sebab nanti senang kita nak pinkan lace tu.


Antara contoh la mcm mn saya menjahit border lace. Kalau tak sabar memang lambat la nk siap. Tapi sebab ini baju sendiri nk tak nk kena siapkan awal2.... Rasa2 next time mcm boleh je kalau nk buat baju dgn border lace...nampak cantik je. Heeeee...

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 26 Januari 2012

Memotong VS Menjahit


 
 
Salam Jumaat yang mulia... Dah sarapan ke belum kengkawan? Cheq sue dah pekena teh O secawan. Dengan cuaca mendung + sunyi sepi kat kampung ni, adehhh syahdu sungguh.
 
Okeh, kalau sesape yang boleh menjahit tu pasti dapat menelah apa yang cheq sue nak sampaikan dalam n3 kali ni. Cheq sue cerita ni dari sudut seorang yang x pernah belajar cara2 memotong kain @ menjahit, hanya belajar sendiri2 berdasarkan baju yang telah siap. Sebenarnya lepas SPM teringin sangat nak belajar menjahit, tapi takut nak mintak dengan ayah. Agaknya kalau belajar menjahit dulu, macam2 pesen baju agaknya boleh buat. 

Dengan pengetahuan yang tak berapa nak ada ni, lama jugak baru dapat memberanikan diri untuk menggunting kain. Bagi amatur ya, kalau tak berani memang x jadi. Biasanya cheq sue memerlukan kawasan yang agak luas bila nak memotong kain. Kalau di kampung, ruang tamu yang tak ada apa-apa perabot memang cukup selesa untuk bergerak bebas bila memotong kain. Bukan ape, kalau kawasan yang sempit2 ni macam sesak napas aje bila nak bentangkan kain tu. Udah kita pun tak reti mana, habis satu kawasan tu dikecahnya. Kalau sape yang dah mahir tu, biasanya deme guna teknik 'tarik benang' ataupun 'koyak kain' aje, tapi cheq sue masih memerlukan tali ukur, kapur dan pembaris. Jadi bayangkanlah berapa lama masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu potongan baju kurung? 

Berbeza pula dengan menjahit, kalau kena anginnya, tak sampai 2 jam sudah boleh siap sepasang baju. Cuma ambil sedikit masa untuk bahagian leher dan susun kain. Secara peribadinya cheq sue lebih suka menjahit (mencantum) berbanding dengan memotong. Agak2 kalau nak upah orang memotong kain, berapa ya? Kita tinggal jahit aje...lagi senang kan?

Walau apapun, menjahit ni memang satu hobi yang sangat menguntungkan. Faham2 ajelah bila jadi cikgu ni, asyik2 pakai baju itu aje naik segan jugak jadinya. Sesekali nak jugak tukar2 pesen. Sekarang ni kalau upah baju kurung dalam RM25-RM35 jugak rasanya. Kalau baju yang payah2 sikit tu lain pulak regenya. Jadi, dengan kemahiran yang sedikit ni tak terasa la sangat bila nak jahit baju dua tiga pasang tu. Cuma, antara rajin dan malas ajelah yang menjadi penentu. He he he... Wassalam...