Tampilkan postingan dengan label JJCM. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label JJCM. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 Mei 2013

Restoran Nasi Lemak Kukus Ayam Kampung, Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selalu makan luar? Ehh...jarang2 je, masa balik kg boleh la singgah, kalau ada port menarik boleh share dengan korang semua. Dan masa balik kg mengundi baru2 ni saya and the gang singgah di sebuah kedai makan di Machang. Selalu kalau balik kg kami makan biasanya di Gua Musang atau Kuala Krai tapi agaknya semangat mengundi, perut pun tak lapar, tengok2 dah sampai Machang baru dengar lagu keroncong berbunyi.


Restoran ni letaknya di Jalan Machang - Pasir Puteh (highway) berhadapan dengan tempat belajar / test kereta. Memang mudah je nak jumpa. Memang laluan saya pun ni. Dulu restoran ni namanya DESA RUMBIA dan saya tak sempat pun nak masuk try, alih2 dah tutup dan sekarang digantikan dengan restoran nasi lemak kukus ayam kampung. Mungkin kepakaran dalam nasi lemak la kot, tetapi ada juga masakan panas bercirikan Thai. Ada bubur nasi berlauk dan jugak somtam.


Keadaan restoran ok, bersih walaupun letaknya di tepi jalan besar. Ada banyak kerusi meja, di dalam dan diluar, juga ada disediakan ruang makan ber'ekon' tanpa cas tambahan.


Ada kertas menu. Senang nak oder. Dekat sini jugak disediakan hidangan secara pack untuk 3 orang dan ke atas. Harganya agak berbaloi juga dengan lauk pauk yang disediakan.


Antara menu yang di pesan. Semuanya sedap, kena dengan selera saya. Tomyamnya masam, i like. Isinya pun banyak jugak. Cuma tang sambalnya tu agak kureng sikit. Satu yang saya tak puashati dengan servisnya yang kelam kabut dan slow. Saya bertiga antara orang yang pertama masuk ke restoran tu, dan antara yang pertama mengambil order. Kemudian barulah ada beberapa kereta lain yang turut singgah. Yang pelik bin ajaibnya bila orang lain dapat makanan dulu. Buka satu tapi dua...kiranya saya dapat yang ketiga lah. Nampak macam kecoh je dekat dapur, dengan tokey dok tengok kertas oder. Last2 bila dah siap yang saya punya tu, selamba je hantar, tak ada minta maaf pun, sepatah tak kata apa. Saya terus je makan, dan habis terus je bayar. Minta maaf lah, lepas ni taknak singgah dah kat sini. Im sorry!

Antara yang saya makan hari tu :

Nasi putih - 3
Tomyam ayam - 2 orang makan
Daging merah - 1
Kailan ikan masin - 1
Jus tembikai - 1
Nasi lemak (ayam bandar) - 3 bungkus
Jumlah : RM 36.00

Korang kalau terlalu jalan ni boleh la cuba singgah, rasa macam mana makan kat situ... ^^

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 09 Mei 2013

Nasi Ayam Periuk Besar (Iras Cafe), Station 18 Ipoh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Okeh...okeh...sudah cukup menenangkan diri. Kang ada pulak yang kata blog CERITA TENTANG SEGALA ni asyik dok cerita pasal politik ajerk. Tak ada la politik mana pun...sekadar catatan kenangan untuk saya saja.


Jadi saya mulakan cerita di sini tentang n3 JJCM berkaitan sebuah restoran di Ipoh. Sebanarnya kalau ke Ipoh, saya jarang sangat makan dekat sini, tapi masa pergi tu kebetulan restoran biasa tu tutup, jadi pusing2 belakang TESCO 18 terjumpalah dengan restoran ni. Keluar je dari TESCO tu ambil laluan kiri (untuk keluar ke jalan besar).


Melihat dekat papan tanda, saya agak restoran ni ada cawangannya di Tambun, tak tahu la pulak tang mana tu sebab jarang ke area sana. Pertama kali dalam sejarah saya menjadi jurugambar tak bertauliah ni, ada orang tanya kenapa ambil gambar. Saya agak terkesima jugak bila ditanya macam tu. Lepas ni gamaknya kena bagitahu dulu la orang restoran tu...saya nak ambil gambar ni, nak masuk kat blog, boleh buat promosi...boleh gitu? Tak apa...pengajaran.


Antara papan menu dan gambar yang ada di dalam restoran. Kepakaran kedai ni adalah nasi ayam, ada banyak jugak pilihan yang boleh dibuat. Masakan panas, laksa dan mee juga ada tetapi masa saya sampai tu masih tengah hari jadi ada banyak yang belum siap.


Nasi ayam panggang. Ayamnya nampak macam kering sikit. Nasinya pulak berbeza sikit dengan nasi ayam madu. Sambalnya macam ada rasa belacan sikit.

 

Nasi ayam madu. Rasa ok lah. Ayam pun lembut, sos cili tu macam sos cili + air. Cari2 salad tak ada. Masa makan ni lapaq...jadi hentam je habis ^^


Ini antara menu nasi ayam yang ada. Keadaan dalam restoran jugak agak memuaskan, kebersihan pun ok. Cuma kerusi meja di bahagaian luar tu agak panas sikit lah. Kat dalam ok lah, tengok ada kipas 2 3 bijik, kat atas ada lagi.

Ini antara menu yang kami makan hari tersebut dan jumlah harganya :

Nasi ayam panggang - 1
Nasi ayam madu - 2
Air suam - 1
Air teh O - 1
Air limau suam - 1

Jumlah : RM 15.40


Bagi korang yang ada masa tu jemput2lah singgah ke sini...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 28 April 2013

Restoran D'Hafiz, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom, kita JJCM lagi. Kali ni dengan satu restoran a.k.a kedai makan di Gua Musang. Apa hal ni? Asyik2 tayang kedai makan kat GM aje.... Owh, bukan apa ya kawan2...itulah bandar yang selalu menjadi persinggahan saya ketika balik atau datang dari kampung. IsyaAllah lain kali saya kongsikan pula kedai makan dari tempat yang berbeza.

Kedai ni letaknya di bangunan baru bersebelahan Petronas Gua Musang, memang mudah nak cari kerana lokasinya yang strategik. Parking toksah risau, memang berlambak. Dekat signboard kedai tu pun dah tertulis kepakaran masakan seperti nasi ayam, gulai ayam kampung dan nasi kerabu kampung. Masa saya singgah tu nasi kerabu dah habis...tak ada rezeki nak rasa..


** Sila abaikan jemari yang comel itu ya... Tengah kelaparan, tinggal nak ngap aje. Nasi putih + acar + kerutup daging. Memang sedap, cukup segala rempah dan dagingnya juga lembut.


Ini saya punya. Jarang-jarang dapat menikmati sajian ayam kampung. Ini pun sedap, gulai selera Kelantan. Acarnya juga sedap. Saya penggemar acar tau! Jadi tak boleh tipu!


Antara yang ada. Nasi ulam dengan sambal dan budu. Tapi ulamnya tak berapa banyak pilihan sangat. Yang saya nampak ada pucuk ketereh (pucuk gajus) dan pegaga. Satu lagi tu saya tak nampak.


Ini antara kelemahannya. Papan menu bukan main kecil, pastu gantung pulak di bahagian hujung. Dari tempat saya duduk tu langsung tak boleh baca apa yang ditulis kecuali 'HAFIZ RESTORAN' tu aje. Kebersihan secara puratanya ok...agak memuaskan.


Antara lauk pauk yang ada. Tak berapa banyak pilihan. Ada sesetengah bekas dah hampir habis. Saya tak tahu la diorang memang masak sikit ataupun memang dah habis. Ada ayam goreng, ayam masak merah, ikan patih, gulai ayam kampung, kerutup daging dan beberapa lagi yang tak sempat saya nak ingat ^^

Apa yang dimakan pada hari itu adalah :
 1 pinggan nasi putih + acar + gulai ayam kampung
2 pinggan nasi putih + acar + kerutup daging
1 teh 0 ais
1 teh panas
1 air suam
2 ketul kerutup daging + 1 ketul ayam kampung gulai 
Jumlah : RM 22

Jangan lupa singgah tau!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sabtu, 27 April 2013

Restoran Umi Sri Jenut, Cuchuh Puteri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya singgah di sini semasa balik kampung minggu lepas, jadi teringin nak share dengan kawan2 semua. Jom kita baca...


Restoran ni terletak berhadapan Stesen Minyak Caltex Chuchuh Puteri, kalau dari KB letaknya di sebelah kira selepas Masjid Chuchuh Puteri. Kalau nak lebih tepat lagi sebelum @ selepas Kampung Lemang, ala.... yang ada jual lemang di tepi2 jalan tu la...

Saya memang semangat nak tunjuk pasal restoran ni tapi bila nak singgah selalu je tutup (mungkin hari Jumaat diorang memang tutup kot). Jadi bila bukak tu terus je saya singgah.


Ini antara pemandangan dari luar restoran. Nampak ok, luas dan banyak jugak kerusi meja.


Menu yang menjadi pilihan kami. Sup ni tak ingat sup tulang ke sup daging. Rasanya sedap, stail Kelantan. Saya suka sebab tak terlalu berempah dan tak terlalu pekat. Dagingnya lembut, tak perlu nak gigit beriya. Satu pinggan ni untuk sorang makan. Saya mintak sup perut tapi katanya hari tu tak buat pulak.

Selain sup, ada juga nasi ayam dan masakan panas. Tak tahulah pukul berapa beroperasi masakan panas tu sebab masa kami makan macam tak dibuat je.


Ada juga disertakan ulam timun dan sambal. Timun tu nampak sangat yang dah beberapa hari, mungkin simpan dalam peti ais...nasi takyah citer la, apa hal kan nak makan sup saja tak ada nasik. Ye dak...


Nah, bermacam2 jenis kopi segera yang ada, cakap aje yang mana hendak...


Ada juga minuman moden, boleh dipesan sejuk ataupun secara ice blended.

Cuma secara jujurnya bagi saya restoran ni agak biasa2 aje, nampak dari luar ok tapi bila masuk baru tahu. Kebersihan pada saya agak tidak memuaskan, meja tidak berlap dan lantai agak comot (mungkin sebab lantai ada yang pecah2 kot.) Pekerjanya pulak walaupun ada pelanggan tapi tak ada inisiatif untuk berkongsi kipas, ditalanya ke dia saja. Kertas atau papan menu pun tak ada, payah sikit la nak order. Selain daripada tu, ok... kalau korang ada masa memang kena rasa supnya tu. Air milo aisnya pun sedap, pekat likat kata P. Ramlee. Mavelessss.

Ini pula menu kami pada hari tersebut :

 4 nasi putih
2 orang makan sup (tulang + daging)
2 milo ais
1 teh O
1 air suam
1 strawberry blended
Jumlah : RM 23.50


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Selasa, 23 April 2013

Warung Cendol Bawah Pokok, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom JJCM. Kali ni saya nak kongsikan satu gerai yang saya kunjungi beberapa minggu lepas. Sebenarnya gerai ni tak ada nama pun, saya je yang sengaja menamakan gerai ni sebagai warung cendol bawah pokok kerana lokasinya yang terletak di pinggir jalan betul2 di bawah pokok akasia. Kalau siapa yang selalu ke Gua Musang, warung ni berada betul2 di hadapan Masjid Besar GM dan bersebelahan Perpustakaan Awam. Memang mudah nak cari, parking pun banyak.


Nama aje letaknya di bawah poko, tapi pelanggan memang tak putus dan sentiasa ada. Mungkin juga faktor cuaca yang panas dan hangat membuatkan penduduk sekitar atau pengunjung mahukan semangkuk cendol yang dapat menghilangkan dahaga. Di kawasan warung tu juga ada disediakan beberapa meja + kerusi untuk kemudahan pelanggan. Memang masyuk lah makan cendol kat sini...sempoi!


Antara yang di makan pada petang tersebut.  Selain cendol, ada juga disediakan keropok lekor, ABC dan air minuman biasa. Cuma kena pulak masa makan haritu keropok lekornya agak gatal sikit. Pada pendapat saya, cendol yang disediakan ni tak berapa manis dan tak pekat sangat, kira2 kena la dengan selera.

Cendol kacang, ini saya punya. Memang layan la makan ni, dengan lemak manisnya..


Snap dari jauh. Kelihatannya kerusi meja semua dah berisi. Rezeki diorang yang tak putus2 dengan pelanggan.

Ini pula jumlah semua yang dimakan :

1 mangkuk cendol biasa
1 mangkuk cendol pulut + jagung
1 mangkuk cendol kacang merah
Sepiring keropok lekor (RM 2.00)
Jumlah : RM 6.50

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~