BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula ...ida tambah lg 1 sb
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)....ida guna minyak salad minyak mazola
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)..ida buh 1 sk serbuk nescaffe
Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C)....ida bakar 150C cheq sue guna 150'
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. lupa nak lapik
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.
KRIM MENTEGA
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber : Rahel
Bahan :
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
cheq sue tambah sedikit esen vanila
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
Bahan :
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
cheq sue tambah sedikit esen vanila
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar