Jemput-Jemput Roti
Panjangggggggggggggggggggggggggg je rasa hari ni. Dah la cuti, xde ape program pulak. Ish ish ish...puas tergolek sana-sini, baru pukul 4 lebih. Nak jalan2 ke Brinchang @ Tanah Rata x sanggup nak lalu jem. Nampaknya kena lepak2 aje kat rumah. Jemput2 roti ni sarapan pagi tadi. Masih menggunakan CCB yang belum habis, nampaknya sedap jugak. Dengan 3 biji roti tu nampaknya cukup untuk mengenyangkan semua yang ada. Errrr, malam tadi tido umah member, meriah sungguh dengan rakyat jelatanya yang ramai itu... :)
Cucur camni rasanya dah ramai pun yang tahu buat. Macam jugak buat cucur yang lain, kuantiti dan kandungan bahan2 boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cuma untuk cucur ni bila dah masak tu x la berminyak dan lembut je. Kalau nak tambah ubi kentang dadu boleh, nak letak cili boleh, terpulanglah pada kreativiti memasing. Kalau ada belen2 roti tu sila la cuba. Boleh dibuat minum petang. Memang sedap! Wassalam...
JEMPUT-JEMPUT ROTI Resepi : Cheq Sue Bahan-bahan :3 biji roti - cheq sue guna CCB, kalau guna roti slice dalam 6 keping - potong dadu 1 biji telur1/2 cawan air (agak2)3/4 cawan gandum (agak2)1/2 kiub ayam1/2 biji bawang besar - daduSegenggam daun bawang / kucai - hiris nipis cheq sue guna daun bawangSegenggam ikan bilis - rendam sekejap dan tumbuk kasarSecubit garamMinyak untuk menggoreng
Cara-cara :Rendam roti yang didadu dengan air sehingga kembang.Tambahkan telur dan kiub ayam, kacau hingga agak2 hancur.Masukkan tepung gandum, bawang besar, daun bawang, ikan bilis dan garam (agak2 la takut termasin). Kacau sebati.Goreng hingga kekuningan @ garing. Toskan minyak dan bolehlah dihidangkan.Enak dimakan bersama sos pencicah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar