Senin, 02 Januari 2012
Saintis Berjaya Cipta Anjing Bercahaya
Korea Selatan – Para Saintis mengatakan mereka telah mencipta anjing yang boleh bersinar menggunakan teknik pengklonan yang boleh membantu mencari penawar kepada penyakit manusia seperti Alzheimer dan Parkinson, menurut laporan agensi berita Yonhap.
Satu pasukan penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) mengatakan seekor beagle betina yang diklon secara genetik bernama Tegon dan dilahirkan pada tahun 2009 telah dilahirkan seperti sebuah lampu neon yang bersinar kehijauan di bawah sinar ultra ungu jika diberikan antibiotik doksisiklin.
Para penyelidik telah menghabiskan masa selama dua tahun untuk menyelesaikan ujian ini, mereka mengatakan kemampuan anjing tersebut untuk mengeluarkan cahaya dapat diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan menambah ubat pada makanannya.
“Kelahiran Tegon membuka pintu baru kerana gen boleh disuntik untuk menjadikan anjing ini bercahaya dan boleh membantu mengesan gen yang menyebabkan penyakit manusia yang teruk,” Kata Lee Byeong-chun.
Menurutnya lagi, anjing itu dicpita menggunakan sel somatik melalui pemindahan teknologi nuklear oleh pasukan universiti yang digunakan untuk menghasilkan anjing pertama hasil pengklonan di dunia, Snuppy, pada tahun 2005.
Saintis mengatakan bahawa terdapat 268 persamaan penyakit yang manusia dan anjing miliki. Penghasilan anjing tiruan ini membantu untuk menunjukkan gejala seperti boleh membantu kaedah rawatan untuk penyakit yang menimpa manusia.
Penemuan terbaru yang diterbitkan dalam ‘Kejadian’, jurnal antarabangsa ini menyatakan, kajian tersebut memerlukan proses yang begitu panjang iaitu selama empat tahun dan telah menghabiskan dana sekitar 3 juta dolar untuk mencipta anjing tersebut dan melakukan ujian pengesahan yang diperlukan, kata Yonhap
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar