Minggu, 01 Januari 2012

Kuih Bom

 
 
Hujan renyai-renyai di petang tahun baru. Moh la tengok kejadian kuih bom yang dibuat minggu lepas. Lama dah jugak nak membuat kuih ni, kebetulan ada inti kacang merah, barulah boleh cuba. memang rasa sedap cuma rupa paras tu tak vage-da-vass la sebab adunan tu meletup/pecah. Sebenarnya inti yang cheq sue guna tu agak lembik dan basah, jadi bila dibulatkan dengan adunan kulit, makin jadi lembik. Tapi untuk 1st try ni alhamdulillah, sebab semuanya dah habis disantap. Dapat pun tak banyak, kira2 sekali habis je.
 

Dalam resepi ni, ada dimasukkan sekali cara2 untuk membuat inti kelapa. So kalau nak cuba bolehlah ikut resepi tu. Seelok-eloknya jangan tebalkan sangat kulit kuih ni sebab nanti xnak goreng lama. Kalau ada kesempatan tu sila-sila la cuba. Tq pada tuan resepi yang sudi berkongsi. Wassalam..

KUIH BOM
Resepi : Noreen@MyR

Bahan-bahan ( 10-11 biji )
50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan doh:
200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa:
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara
Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering 
Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
Dan siap untuk dimakan 

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 
2. Minyak jgn terlalu panas. 
3. Jgn menggoreng terlalu lama. 
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar