Rabu, 18 Januari 2012

Kuih Bakar Kentang


 
 
Akhirnya SM pemberian Kak Mynn telahpun selamat ditest dan sudah pass QC. Tengoklah betapa senang dan jelitanya kuih bakar kentang ni. Dengan menggunakan acuan SM, kuih lebih mudah dikeluarkan dan langsung tak melekat. TQ akak!!! Makin berkobar2 ni nak tambah koleksi SM... Aishhhh...
 
Kuih bakar ni sebenarnya dah dibuat 2 3 hari lepas. Satu adunan ni tak berapa banyak, suka sebab sekali habis je. Cuma tang santan tu cheq sue ganti dengan susu full cream. Bukan xde kelapa, tapi malas nak mesin. Kalau dah malas tu kan...dah ada depan mata pun xjadi keje. Tapi yelah, bila guna susu ni x la lemak macam guna santan...ala-ala aje, tapi just nice dan x muak.

Istimewanya kuih bakar kentang ni bila ia memberikan rasa yang sedikit lain dan pilihan yang boleh dibuat selain dari kuih bakar biasa. Dengan adanya kentang yang dilenyek tu, bila makan terasa-rasa lemak kentangnya. Sesuai sangat dijadikan pelengkap dengan teh atau kopi semasa minum petang. Jadi bagi sesiapa yang dah cukup bahan-bahannya tu bolehla cuba. Senang dan ringkas aje. Wassalam...





KUIH BAKAR KENTANG
Resepi : Kak Jun
Sumber : Izah

Bahan-bahan (1 family)
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair (ni akak tambah)

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min

Tidak ada komentar:

Posting Komentar