Esok...Dah Sedia Ke Belum Ni?
Kebanyakan sekolah akan memulakan sesi persekolahan 2012 esok, kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah yang sudah pun memulakannya pada hari ini. Dan tugas pertama cheq sue yang akan dibuat adalah sebagai guru penyelaras perhimpunan, yang akan memastikan perhimpunan pertama dapat dijalankan dengan sempurna. Harap2 segalanya berjalan lancar. Bagaimana? Dah sedia ke belum? Soalan ini untuk kawan2 yang akan mula bertugas esok setelah hampir sebulan atau sebulan bercuti. Khasnya untuk diri sendiri, kalau dikira peratusannya masih belum 100%. Sebab? Tubuh badan, kakitangan dan minda memang penat sangat2. Perjalanan bemula pada 29 Disember '11, dari Kelantan ke CH. 30 Disember '11 pula bersesat2 ke Ipoh, sampai ke Kuala Kangsar. 31 Disember '11, bermesyuarat sepanjang hari & turun ke Gua Musang lagi. 1 Januari '12, sambung mesyuarat pengurusan - tambah selirat dalam kepala. 2 Januari '12, balik ke Kelantan kerana ada kecemasan (takziah pada Mok Ja atas kematian abangnya). Semalaman di kampung, balik semula ke CH sampai petang tadi. Rasa2 drebar bas ekspress pun tak gini. Kalau kira kilometer perjalanannya dah habis pusing satu Malaysia!
Sesungguhnya memang takleh nak cakap, takleh nak cerita bagaimana rasanya. Cuma harap2 dapat menempuh esok seadanya. Buat kawan2 guruku sekalian, selamat kembali ke sekolah ya! Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar