Sabtu, 07 Januari 2012

Bun Burger


 
 
Bur burger ni cheq sue buat hari Khamis lagi, tapi baru tadi habis. Dah beberapa kali jugak buat bun burger guna resepi ni, alhamdulillah x mengecewakan. Cuma kali ni cheq sue buat 4 biji, sepatutnya 6, tu yang jadi bun burger ala Burger King, dengan saiz XL.  Kalau buat burger, makan sebiji tu memang kenyang lah.
 Cheq sue buat 3 burger, 2 makan sendiri, 1 bagi pada Kak Hawa dan 1 lagi dimakan gitu aje. Memang bercinta bila buat roti ni, bercinta nak habiskan. Apa kes nak makan burger tiap-tiap hari kan??






Bila dah ada bur burger ni, sah2 la kena buat burger. Cheq sue gunakan daging burger (ayam) segera dan buat burger macam biasa2 je. Hanya letak daun salad, bawang besar goreng, telur, mayonis dan sos. Kalau ada kelapangan nak membuat daging burger sendiri boleh jugak. Mak nenek kat dalam burger tu terpulanglah pada citarasa sendiri, ikut suka.
 
Oklah, kat sini cheq sue letakkan resepinya. Kalau ada yang nak cuba buat bun burger sendiri sila2lah semak resepinya ya. Wassalam...

BUN BURGER
Resepi : Yani @ MyR

Bahan-bahan (6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu (jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil (3g) dry yeast
bijan secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar