Agaknya orang lain dah puas bersantai2 di rumah sempena dengan cuti sekolah ni, cheq sue baru aje sampai petang tadi. Terasa lama sangat tak balik, last pada Aidiladha yang lalu. Walaupun SPM dah habis 7 Disember, tapi lepak2 dulu sehari dua di CH kerana menerima kunjungan kakak sekeluarga. Seronok berjalan & melancong beramai-ramai ni... Sepanjang dua hari tu x sempat nak berblog. Dengan budak2 3 4 orang tak cukup kaki tangan rasanya. Pada yang datang walaupun xde n3 terbaru dari cheq sue, terima kasih ya... Memang rindu sangat nak menghapdate dan selongkar juadah2 yang korang sediakan.
Untuk resepi pizza ni, cheq sue taknak la tonjolkan dia punya filling, sebab masing2 pun ada selera sendiri dan penuh kreativiti. Cheq sue cuma guna sos spagetti tradisional dan sosej aje. Kali ni kita tambah lagi satu resepi doh pizza yang sedap. Macam namanya juga, master pizza dough ni memang lembut dan gebu. Satu adunan tu cheq sue buat sebiji aje. Makan sekeping memang kenyang sungguh. Kalau untuk bilangan tukang makan yang sedikit, bolehlah cuba resepi ni. Kalau agak2 tak cukup tu bolehlah gandakan... (*_*)
Resepi ni cheq sue dapat dari rumah Tun Telani. Rasanya dia pun dah selamat sampai di Terengganu. Selamat bercuti ya Tun, mesti seronok sesekali dapat balik ke kampung. Mesti bermacam2 menu yang dah ada untuk dirasa. Apapun, kepada semua, selamat bercuti, jangan lupa jaga diri okeh....Wassalam... MASTER DOUGH PIZZA
Bahan2:
2 1/2 c tepung gandum
7 g @ 2 sk yis
1 sk garam
1 c air suam
2 sb minyak sayuran
1 sk gula
Cara2:
Campurkan yis, air suam, gula dan sedikit tepung dalam bekas. Biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung dan gaul.
Masukkan garam, dan uli hingga licin dan tidak melekat pada tangan (tun guna mixer mata cangkuk). Cheq sue guna BM
Tutupkan bekas dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
Keluarkan doh dan uli sebentar. Canai doh ikut ketebalan yg disukai dan letak atas loyang yg telah di sapu mentega.
Letak topping yg disukai. bakar 180 C, 20-30 min (ikut ketebalan).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar