Petang semalam sempat bermesyuarat tingkat dengan kakak-kakak di depan rumah. Sambil2 melayan mood merudum ni, just nak share citer ni. Apa lelaki mahu? Macam mana yang mereka hendak? Kisah ini berkisar tentang perhubungan dan pemilihan seorang perempuan untuk di jadikan isteri. Kita namakan dia sebagai A. Sebenarnya A ni masih muda, belum pun 25 tahun, bekerja sebagai anggota keselamatan di selatan tanah air. Dia pernah bertunang tetapi ditakdirkan tiada jodoh, maka perhubungan itu terpaksa diputuskan. Sebabnya kerana si perempuan itu 'agak' cemburu dan 'kurang kepercayaan' kepada bakal suami yang berjauhan.
Okeh, bila dah putus tunang, agaknya sedikit terasa, maka A memberi kepercayaan kepada keluarga untuk menentukan dan memilih jodoh untuknya. Dia menyatakan TIDAK KISAH yang macam mana pun. Maka berlakulah sesi cari mencari, intai mengintai dan risik merisik. Ada sesekali A membawa balik seorang gadis, tetapi tidak disetujui oleh datuknya dengan alasan TERLALU KURUS. Kemudian diperkenalkan pula dengan seorang jururawat tetapi tak mahu juga, kerana BANYAK HUTANG (kita andaikan dia hutang PTPTN la tu...). Ok takpe. Jumpa pulak seterusnya dengan seorang cikgu. Mmmmm ditolak jugak kerana ada sedikit kecatatan fizikal padanya. Kemudian ketemu lagi dengan seseorang tetapi tidak berkenan sebab kulitnya hitam (lahir masa bulan gerhana kot). Yang berada jauh-jauh pun tak mahu juga. Yang x ada kerja pun dirijeknya juga. Agaknya mahu yang cantik aje macam Aishwarya Rai atau Kareena Kapoor.... Iyalah, zaman sekarang ni masalah jugak kalau dapat calon isteri tak lawa. Nanti lima enam tahun pun orang asyik dok cerita benda sama aje.
Tiba-tiba rasa seram, terbayang diri sendiri, kalau semuanya nak yang lawa-lawa tahap retis, yang tinggi lampai macam Ziana Zain, atau yang tubuhnya seperti Amber Chia... kesian la yang tak berapa lawa ni. Yang debab, yang kemetot, yang gerhana kulitnya...maka siapa yang akan memilih dia? Kenapa syarat luaran yang dijadikan keutamaan? Lalu bagaimanakah dengan syarat-syarat yang ini... (Sumber Mr Wiki)
- beriman & solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
- tidak memandang harta semata-mata
Pada pandangan cheq sue, A masih muda dan masih punya banyak masa untuk mencari yang serasi dan memahami jiwa. Urusan ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan. Hal nikah kawen ni bukan macam main pondok-pondok. Ianya hal sepanjang hayat. Apalah guna syurga di dunia jika derita juga sudahnya? Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan sebagai bakal pasangan, andalah yang akan melengkapkan kekurangan pasangan diri anda. Sebenarnya ini bukan saja untuk A, tetapi juga untuk diri sendiri.... Dan lelaki, carilah pelengkap tulang rusukmu dengan sebaiknya kerana ia akan melengkap dan menyempurnakan kehidupan anda selamanya... Wassalam...
"Ya Allah, rezekikanlah aku dengan cintaMu, dengan orang yang mencintaiMu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar