Nasi Goreng Belacan... Jadik La
Tensen jugak bila dah lama bercuti ni. 2 3 hari jugak blog ni terbiar...dah bersawang agaknya. Terima kasih pada yang setia mengunjungi ila_cheqSue walaupun tiada n3 terbaharu. Hari2 bukan x masak, ada jugak beberapa resepi baru dicuba sempena Aidiladha, tetapi lupa nak bawa balik kamera. Maka xleh la nak kongsikan dengan kawan2 kat sini. Masa buat easy peasy cupcake tu pun pinjam kamera abang....segan pulak asik nak meminjam aje. Kenangan Aidiladha tahun ni pun xde la jawabnya....
Pagi tadi, sengaja bertolak awal sikit ke CH. Dalam pukul 9 kereta dah pun banyak di jalanan, cuma alhamdulillah xde la sampai jem teruk. Orang Kelantan ni tak kira raya apa pun, tetap nak balik kampung, termasuklah cheq sue. Singgah di GM tadi konon2 nak beli lauk, tapi ikan aje yang ada. Ayam agaknya dah habis. Nampaknya esok kena keluar ke pasar malam. Selongkar apa yang ada di dapur...hanya sebungkus baby corn dan 2 carrot yang sudah masuk angin. Ada sedikit daging yang dibawa dari kampung, tapi rasanya dah x ada selera nak makan, tu yang tercipta nasi goreng belacan ni. Memang simple dan sesuai sungguh time xde ape dalam peti ais. Nasib baik jugak ada bawak 2 ketul ayam segera, bolehlah dilawan dengan nasi ni. Mmmmmm macam ni la bila dah jauh dari keluarga... :)Wassalam...
NASI GORENG BELACANResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :1 pot nasi3 biji bawang putih2 ketul ibu jari belacan1/2 kiub pati ayam Sedikit lobak merah parut (boleh tambah sayur lain jika ada)Sedikit sos ikan dan kicapSedikit minyak untuk menumis Jika suka boleh masukkan cili padi
Cara-cara :Ketuk bawang putih dan tumis bersama belacan dan kiub ayam hingga garing & wangiMasukkan lobak merah, sos ikan dan kicap. Masak seketika hingga lobak merah layuMasukkan nasi, kacau hingga rata. Bila sudah mesra bolehlah diangkat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar