Jumat, 11 November 2011

3 SPESIES BUAYA PURBA DI TEMUI DI UTARA AFRIKA




Para penyelidik telah melaporkan, terdapat sejenis buaya berkaki panjang yang sepanjang 20 kaki dengan tiga set taring pernah menjelajahi bahagian utara Afrika berjuta-juta tahun yang lampau.


Tidak jauh daripada tapak penemuan itu ditemui pula jenis buaya lebar dengan muncung yang rata. Dan sebuah penemuan lagi yang lebih kecil, panjangnya sekitar 3 kaki di kawasan yang sama. Paul Sereno dari University of Chicago dan Hans Larsson dari McGill University di Montreal telah memaparkan tiga spesies baru buaya purba dalam sidang akhbar yang diadakan oleh National Geographic Society juga yang membiayai penyelidikan mereka."Spesies ini telah membuka jendela di dunia buaya yang sepenuhnya asing bagi kehidupan di benua utara sebelum ini," kata Sereno. Buaya ini hidup sekitar 100 juta tahun yang lalu di benua selatan yang dikenali sebagai Gondwana.


Hans Dieter dari Smithsonian Institution 's National Museum of Natural History mengatakan penemuan ini telah membuat penyemakkan semula pandangan tentang buaya dan jenis reptilia terpaksa dilakukan. Ini merupakan kegembiraan untuk sesiapa sahaja yang berminat pada kehidupan purba bagi melihatnya, kata Dieter yang juga editor di ZooKeys, yang menerbitkan hasil penyelidikan. 

 

Para penyelidik mengatakan bahawa buaya ini boleh berlari laju bagi mengejar mangsa dan boleh menyelam ke dalam air serta berenang. "Buaya Afrika nampaknya mempunyai kaki untuk melompat tangkas di darat dan ekor yang serbaguna untuk mengayuh di dalam air. Amphibi pada masa lalu boleh menjadi kunci untuk memahami bagaimana mereka berkembang dan akhirnya selamat di era dinosaur, "kata Sereno. Mereka bukan kuda pacuan, tapi mereka boleh bergerak cepat. Buaya air tawar di Australia berjaya makan beberapa orang setiap tahun dan buaya purba ini pasti mampu melakukannya juga. 



Tidak ada komentar:

Posting Komentar