Selasa, 24 Februari 2009
Obsesi
Manusia selalunya gemar melakukan kehendak hati serta kemahuan diri.Tidak kira hajat itu berbentuk barang,hobi,aktiviti atau benda hidup manusia sentiasa berusaha mendapatkannya.Apa yang berlaku pada dunia hari ini ialah matlamat atau kehendak perlu dicapai walau apa jua keadaan yang berlaku atau kekangan yang menimpa.Sebagaimana pemimpin inginkan kuasa,rakyat inginkan keadilan,penagih inginkan suntikan,fakir inginkan kesenangan dan remaja inginkan kebebasan semuanya perlu menjalani satu peringkat yang dipanggil ketetapan atau consistentcy.Mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan apa yang dihajati jika tidak melalui peringkat ini kerana dimana-mana sahaja akan ada anasir yang berlawanan dengan kehendak mereka seperti konduktor dan penebat.Ironinya hanya manusia yang punya kepentingan akan sanggup untuk masuk ke dalam lembah ini dan sikap ini dilabelkan positif dan membina walaupun ada pro dan kontra.Semakin hari semakin ramai manusia telah mencapai matlamat mereka.Kekal atau tidak itu adalah soal kedua.Apa yang pasti kehidupan kita dicorakkan dengan warna-warna kemahuan lebih daripada keperluan.Namun harus diingat keinginan perlulah disusuli dengan pemikiran yang rasional dan tidak terlalu obsesi supaya di kemudian hari tidak membawa kepada kemahuan yang melampaui batas.
Rabu, 18 Februari 2009
Malam Puisi Warisan Tun Abdul Razak
Rabu, 11 Februari 2009
Khilaf Bahagia : Suatu Idea
Selasa, 10 Februari 2009
Ujian Tuhan
Jumaat hingga Isnin lepas, Fakulti Penulisan Aswara telah berada di Hotel Seri Malaysia, Kuantan untuk Bengkel Deklamasi Puisi. Alhamdulillah, bengkel itu benar-benar memberi banyak manfaat di bawah bimbingan Prof Rahman Shaari, Penyair Masril NO dan Abang Rosman. Sekurang-kurangnya, sudah tahu cara-cara terbaik untuk mendeklamasikan puisi. Malah, tidak sangka pula yang dalam diri ini ada bakat untuk menyampaikan pemikiran penyair melalui deklamasi.
Sejak Jumaat itu pun sebenarnya, badan dah rasa sakit-sakit. Tekak pun mula rasa perit. Suara sekejap ada sekejap tidak. Tapi, alhamdulillah dapat sampaikan dengan baik. Kata rakan-rakan, sewaktu deklamasi puisi, suara yang sakit ini tidak seperti sakit. Syukur sekali, tambahan pula Allah anugerahkan daya upaya untuk menghafal dengan mudah. Jadi, itu lebih membantu sewaktu mendeklamasikan puisi. Dalam keparauan suara ini, terpilih pula antara yang terbaik dariapda 30 peserta. Syukur, sekurang-kurangya sudah tahu kemampuan diri dan ya ... kemampuan itu perlu digunakan dengan sebaik mungkin
Semalam, En Z beritahu yang saya perlu mendeklamasikan sajak untuk Malam Puisi Tun Abdul Razak Jumaat ini. Rasa sangat gembira. Tapi, cuma agak khuatir sebab tekak ini masih sakit. Harap-harap sembuhlah tak lama lagi. Aminnn.
Barulah saya tahu bahawa mendeklamasikan puisi itu suatu kerja dan tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Semoga segala laluan kehidupan ini dipermudahkan dan diberkati Allah.
Jumat, 06 Februari 2009
Rumah Ayam
Apabila waktu membiak, ayam-ayam kampung ini akan bertelur dan meneram di tempat yang terdedah kepada bahaya pemangsa seperti anjing,biawak dan ular sawa. Ramai orang luar datang ke rumah yang ingin ayam kampung tidak dapat membeli ayam kerana sukar untuk menangkap ayam-ayam tersebut. Maka Kautsar terpaksa membina reban ayam berukuran 10 kaki x 10 kaki x 8 kaki untuk memudahkan ayam-ayam kampung mendiami reban tersebut dengan tempat tenggek yang selesa serta sarang telur mengandungi 18 buah untuk membiak.
Rajah di atas merupakan rekabentuk reban ayam yang baru dibina boleh memuatkan angaran 50 ekor ayam sahaja
Rajah di atas menunjukkan tempat atau sarang bertelur ayam di dalam reban.
Kamis, 05 Februari 2009
Kawasan Penternakan Ayam Kampung.
Dengan tanah berkeluasan 1.5 hektar yang sedia ini dapat memberi ruang penternakan ayam kampung ini untuk membiakan lagi ayam-ayam tersebut.
Rajah di atas menunjukkan ruang atau kawasan untuk memelihara ayam.
Rabu, 04 Februari 2009
Projek Menternak Ayam Kampung
Projek ayam kampung adalah salah satu projek komersial pada baru-baru ni mendapat sambutan di sektor makanan ayam . Ia mendapat sambutan kerana ayam kampung bebas daripada penggunaan ubat-ubat kimia dan ia adalah mudah diperlihara serta tahan lasak. Oleh kerana itu AHMAD KAUTSAR BIN MD ALI mendapat idea untuk memajukan pemeliharaan ayam kampung ke peringkat komersil. Sememangnya sebelum ini ayam kampung di rumah sudah dipelihara sejak bertahun-tahun sehinggakan ayam-ayam ini mendiami di merata-rata tempat dan tidur di atas pokok rambutan,jambu batu dan durian serta ada yang berpindah atau berhijrah ke rumah jiran-jiran berdekatan.