Selasa, 24 Februari 2009

Obsesi


Manusia selalunya gemar melakukan kehendak hati serta kemahuan diri.Tidak kira hajat itu berbentuk barang,hobi,aktiviti atau benda hidup manusia sentiasa berusaha mendapatkannya.Apa yang berlaku pada dunia hari ini ialah matlamat atau kehendak perlu dicapai walau apa jua keadaan yang berlaku atau kekangan yang menimpa.Sebagaimana pemimpin inginkan kuasa,rakyat inginkan keadilan,penagih inginkan suntikan,fakir inginkan kesenangan dan remaja inginkan kebebasan semuanya perlu menjalani satu peringkat yang dipanggil ketetapan atau consistentcy.Mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan apa yang dihajati jika tidak melalui peringkat ini kerana dimana-mana sahaja akan ada anasir yang berlawanan dengan kehendak mereka seperti konduktor dan penebat.Ironinya hanya manusia yang punya kepentingan akan sanggup untuk masuk ke dalam lembah ini dan sikap ini dilabelkan positif dan membina walaupun ada pro dan kontra.Semakin hari semakin ramai manusia telah mencapai matlamat mereka.Kekal atau tidak itu adalah soal kedua.Apa yang pasti kehidupan kita dicorakkan dengan warna-warna kemahuan lebih daripada keperluan.Namun harus diingat keinginan perlulah disusuli dengan pemikiran yang rasional dan tidak terlalu obsesi supaya di kemudian hari tidak membawa kepada kemahuan yang melampaui batas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar