Rabu, 11 Februari 2009

Khilaf Bahagia : Suatu Idea


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati.


Hari ini cuaca agak mendung. Maklumlah sejak akhir-akhir ini, hujan turun hampir setiap hari. Seawal jam lapan pagi lagi sudah berada di perpustakaan. Cuba untuk memikirkan idea terbaik untuk disampaikan dalam kelas En Zakaria sebentar nanti. Idea itu sudah ada, harap-harap apabila sesi pitching nanti, akan dapat lebih banyak input daripada En Z dan rakan-rakan.


Untuk Penulisan Skrip Drama Tv, ideanya tentang perjalanan hidup seorang watak bernama Sofia Munawirah yang akur meninggalkan kekayaan keluarganya untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar. Hasratnya itu awal-awal lagi telah ditentang oleh bapanya iaitu Dato' Mustafa yang lebih suka jika Sofia membantu urusan syarikatnya bersama abang Sofia, Munawir.


Namun, Sofia sebagai anak bongsu agak tegas dengan pendiriannya. Bagi Sofia, dengan kegawatan nilai bahasa Melayu dalam diri kalangan masyarakat Malaysia, dia yang sangat mencintai bahasa Melayu ingin memperjuangd an menyebarkan bahasa Melayu kepada anak-anak didik yang masih muda dan masih mudah untuk menerima ilmu. Jadi, Sofia pun terpaksalah keluar daripada rumah mewah keluarganya akibat perselisihan dengan ayahnya. Bapa Sofia tidak suka Sofia menjadi guru dan mengajar bahasa Melayu kerana bagi beliau, itu hanya perkara sia-sia dan remeh. Hal ini mendatangkan banyak perdebatan antara mereka berdua.


Setelah bergelar guru di SMK Seri Selayang, Sofia berasa sangat gembira. Selain menjadi guru, Sofia juga aktif mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak memperkatakan isu-isu bahasa. Blog Sofia mendapat sambutan yang baik daripada peminat-peminat blog yang lain.


Pada suatu hari, sewaktu Sofia memasuki pusat sumber pada masa rehat. Sofia terlihat seorang anak murindnya, Wardah pelajar tingkatan 1 sedang menangis di satu sudut hujung perpustakaan. Sofia mendekati Wardahj dan cuba menenangkannya. Wardah, anak bongsu kepada Fairul Fadli dan Insyirah itu mengadu tentang masalah yang dialaminya.


Ibunya, Insyirah sedang berperang dengan kanser pembuluh darah tahap tiga. Hal ini memberi tekanan kepada Wardah. Sofia yang bersimpati dengan nasib Wardah menjadi semakin akrab dan tempat Sofia meluahkan perasaannya.


Pada suatu hari, Wardah telah membawa Sofia menziarahi ibunya. Pada ketika ini Sofia bertemu dengan ayah Wardah iaitu Fairul yang baru pulang dari kerja. Melihatkan Sofia, suami itu rasa tidak senang dan tidak suka dengan kehadiran Sofia. Fairul tidak mahu Insyirah diganggu. Sifat tidak senang Fairul itu sangat ketara.


Idea ini masih dalam perkembangan, mungkin konflik akan berlaku antara Sofia dengan Fairul. Semoga diberikan kemudahan dan lintasan yang baik untuk meneruskan penulisan ni. Aminn.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar